Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : vt; ~ it, (over o’s associates, colleagues, etc) berlaku spt raja (thdp kawan-kawan sso, rakan-rakan sejawat sso, dll). (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : the ~ of beasts, raja binatang; the ~ of terrors, maut; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. male sovereign, raja; (of Malaysia) Yang di-Pertuan Agong; 2. magnate, raja: cattle ~, raja lembu ternakan; oil ~, raja minyak; 3. (in chess, draughts, card-game) raja: ~ of clu (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata king


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah perkataan King pada King George, King Edward, King James dan sebagainya dikekalkan apabila dialih bahasa ke dalam Bahasa Malaysia? Atau dialih bahasa kepada Raja George, Raja Edward dan sebagainya. TKUntuk perkataan ini dibolehkan untuk diterjemahkan ataupun dikekalkan. Misalnya King Edward ataupun Raja Edward.Tatabahasa19.11.2008
Salam dan selamat pagi. Apakah padanan yang bersesuaian bagi kedua-dua istilah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk gred durian iaitu 'musang king'? Adakah seperti berikut: - Durian Musang King (BM) - Durian of Mousang King (English) Terima kasih.

Musang king merupakan nama yang merujuk kod dan jenis durian. Maka, ejaan bagi nama durian tersebut perlu dikekalkan dengan menggunakan huruf kecil (kecuali pada permulaan ayat) seperti tumbuhan lain. Contohnya, durian belanda, lidah buaya dan periuk kera.

Ejaan10.02.2020
Bolehkan saya Mengunakan Perkataan "Bazaar King" untuk tajuk majlis atau aktiviti terima kasih

Sila gunakan perkataan "Bazar" sahaja kerana perkataan "King" merupakan bahasa Inggeris.
Lain-lain27.02.2017
Assalamualaikum, Saya ingin mendapatkan pengesahan daripada pihak DBP berkenaan dengan Papan Iklan Restoran Burger King seperti dalam lampiran. Perhatian pihak DBP amat saya hargai. Terima kasihBersama-sama ini disertakan iklan yang telah disahkan. Sila buat pengesahan iklan secara dalam talian melalui laman web kami www.prpm.dbp.gov.my, klik "e-perkhidmatan" dan klik "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa)Lain-lain03.01.2013
Saya ingin bertanya tentang peraturan huruf besar dan huruf kecil. Bagi menterjemahkan frasa seperti "the king of Denmark", perlukah saya menghurufbesarkan raja, "Raja Denmark" atau "raja Denmark" yang betul? Bagaimana pula dengan "the river of Nile"? Sungai Nil atau sungai Nil? Terima kasihEjaan yang betul ialah Raja Denmark dan Sungai Nil kerana kedua-dua frasa ialah kata nama khas.Ejaan18.06.2013
Saya ingin bertanya alih bahasa untuk permainan catur seperti berikut, dan adakah ayat didalam kurungan masih digunapakai? 1. Pawn (bidak) 2. Knight (kuda) 3. Bishop (gajah) 4. Rook (tir) 5. Queen (menteri) 6. King (raja) 7. Check (shah atau syah) 8. Checkmate (shahmat atau syahmat) 9. Castling 10. en passant Terima kasih

Berikut padanan yang sesuai untuk menjawab pertanyaan pihak tuan:
1. Pawn (bidak)
2. Knight (kuda)
3. Bishop (gajah)
4. Rook (tir)
5. Queen (menteri)
6. King (raja)
7. Check (mat)
8. Checkmate (mengemat)
9. Castling (tir)
10. en passant
(sambil lalu)

Tuan boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari prpm.dbp.gov.my  dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".

Lain-lain13.02.2018
Saya menghadapi masalah dengan terjemahan WALK -IN SHOWER. Adakah menggunakan BILIK MANDI PANCURAN LUAR terjemahan yang tepat atau PANCURAN KHAS ? Saya percaya Pancuran Khas adalah lebih tepat, minta bantuan pihak Tuan merujuk ayat-ayat di bawah: 1. Complete with double King size bed, walk-in shower and separate bath as well as those all important extra Mal ingredients. 2. Every suite at Hotel Skyler in Syracuse has a private bedroom, safe, iron/ironing board, iHome clock radio, walk-in shower, flat-panel TV, HDTV, and free high-speed wired and wireless internet. All suites also have a refrigerator and desk, and all are smoke-free. 3. If you want to build a custom walk-in shower with curved walls, for example, you will use a custom-floated concrete shower pan. Terima kasih.Untuk makluman puan, dalam data kami tiada padanan khusus dalam bahasa Melayu bagi perkataan "Walk In Shower". Berdasarkan carian kami, perkataan "walk in shower" boleh diterjemahkan kepada "pancuran mudah alih".Istilah17.10.2013
saya amat berminat dalam bidang penulisan tetapi prosedur yang di minta oleh pihak dewan bahasa contohnya majalah dewan bahasa agak ketat.. jadi saya ingin tahu adakah disket diperlukan untuk menghantar karya? dan saya ingin tahu satu persatu langkah-langkah yang di perlukan oleh saya atau rakan lain untuk menghantar karya.. kerjasama pihak tuan dan puan amat dihargai untuk pengetahuan juga saya pernah mengikuti kursus penulisan yang dianjurkan oleh oihak dbp di hotel king melaka dan saya telah memenangi sebuah buku kerana mencipta cerpen pendek mengenai hang tuah dan hangjebat di zaman moden..hehehe terima kasih kepada yang sudi memilih.. asslammualaikum

Waalaikumusalam wbk. Terima kasih atas pertanyaan tersebut. Dalam hal menghantar karya berupa manuskrip novel, cerpen, artikel dan lain-lain ke penerbitan DBP (atau penerbitan lain), sebaik-baiknya perlulah mengikuti prosedur penerbitan yang ditetapkan oleh pihak tersebut. Selain daripada menghantar teks manuskrip, sdr. amat  digalakkan menyertakan salinan disket bagi memudahkan tugas editor untuk tujuan penerbitan karya tersebut. Selamat berkarya! Sekian dan salam.  

Lain-lain05.06.2008

Kembali ke atas