soalan 1. Apakah perbezaan antara menurunkan dan menjatuhkan bagi harga . soalan 2. Apakah beza susah senang, duka lara, jerit perih,pahit getir. soalan 3 Apakah beza terkinja-kinja dan terkocoh-kocoh. soalan 4. manakha betul Pesuruhjaya -pesuruhjaya dengan pesuruh-pesuruhjaya. soalan 5. Adakah betul ayat ini. a) kawasan padang itu ketumbuhan lalang,jika salah tolong betulkan dan jelaskan. b) Empangan itu mampu mengairkan kawasan pertanian yang lebih luas. c)syarat-syarat perjanjian ini harus diperhalusi sebelum di terima oleh semua pihak. d) Pengetua akan menyiasat kejadian contengan tandas di sekolah itu. diharap pihak tuan memberi ulasan terperinci,terima kasih. | 1. Keduanya boleh digunakan. 2. Susah senang membawa maksud kesusahan dan kesenangan yang ditempohi; pahit getir membawa maksud kesulitan atau kesusahan yang bermacam-macam; manakala, duka lara membawa maksud nestapa susah (sedih) hati yang amat sangat. 3. Terkinja-kinja membawa maksud terlonjak-lonjak atau terloncat-loncat (kerana kegirangan dll). Manakala, terkocoh-kocoh membawa maksud tergopoh-gopoh, terburu-buru, tergesa-gesa. 4. Pesuruhjaya-pesuruhjaya. 5. Ayat a, b, c, dan d betul.
| Tatabahasa | 24.03.2013 |
Bolehkah beri maksud kosa kata di bawah ini? 1 bertimbul balik 2 bertitik tolak 3 terkinja-kinja 4 tetupai 5 lemah lentur 6 buruk laku 7 lampu gantung 8 kecil molek 9 kering kersang 10 gelap mata Terima kasih | 1. Tiada dalam rujukan kami. 2. berasal atau berpunca (drpd). 3. terlonjak-lonjak (terloncat-loncat) kerana kegirangan dll: Dia ~ kegirangan selepas melihat keputusan peperiksaannya. 4. tupai-tupai. 5. tidak mudah patah (tetapi boleh dilenturlentur), liat. 6. tidak baik kelakuannya. 7. lampu yg dipasangkan tergantung dr siling dsb (tidak terlekap pd dinding). 8. comel. 9. kering tidak subur (bkn tanah). 10. a) tidak dapat berfikir lagi kerana marah dsb (sehingga mengamuk, memukul, dsb); b) pitam: dia dibawa ke hospital setelah dia berasa ~ mata. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk http://prpm.gov.my. Cepat dan mudah. | Makna | 25.02.2010 |