Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. (for sale of refreshments, newspapers, etc) warung, gerai; 2. (telephone booth) pondok (telefon). (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kiosk


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah perkataan kiosk (food kiosk) ada dalam istilah bahasa melayu?Padanan bahasa Melayu bagi perkataan kiosk ialah kios, iaitu pondok kecil tempat menjual rokok, surat khabar, makanan dan lain-lain.Lain-lain29.05.2010
Info Kiosk diterjemah ke dalam Bahasa Malaysia (digunakan di paparan info digital di cawangan)Info kiosk boleh diterjemahkan sebagai kios maklumat atau pondok maklumat.Istilah22.09.2011
Assalamualaikum tuan. Pengunaan 'majlis' yang merujuk kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya, adakah perlu huruf besar? Contohnya "anda tidak dibenarkan berniaga tanpa kebenaran Majlis" Yang kedua, Kiosk Taman Medan adalah nama khas jadi adakah ejaan kiosk itu boleh diterima sebagai betul kerana kios itu digabungkan dengan kata nama khas Taman Medan?Jika menulis majlis sahaja sewajarnya dieja dengan huruf kecil. Walau bagaimanapun ada cara untuk kita menulisnya dengan huruf besar, iaitu dengan memaklumkan dalam ayat pertama ... Majlis Bandaraya Petaling Jaya (selepas ini disebut sebagai Majlis) ... maka selepasnya hanya dieja dengan Majlis dan penggunaan ini haruslah tekal dalam keseluruhan wacana. Jika telah didaftarkan sebagai Kiosk Taman Medan, maka ejaan tersebut diterima.
Ejaan24.07.2012
Apa khabar, Mengapakah perkataan kiosk digugurkan k terakhirnya dalam ejaan bahasa melayu iaitu kios? Adakah DBP mempunyai sebab menggunakan ejaan tersebut dalam kamus dewan? Setahu saya, ejaan perkataan asing sebolehnya dikekalkan seperti perkataan standard (bukannya standar atau standad). Mohon penjelasan.Untuk makluman tuan, kata asing yang diserap dalam Bahasa Melayu disesuaikan bentuk ejaannya mengikut ejaan Bahasa Melayu, seperti kios (asalnya kiosk) dan stok (stock).Lain-lain02.10.2017
Untuk laman sesawang dan kiosk bergerak, sekiranya pelanggan ingin membuat pilihan bahasa, adakah sesuai sekiranya kami menulis Bahasa Melayu berbanding dengan Bahasa Malaysia? Apakah perbezaan antara kedua-dua istilah dan cara penggunaannya?Bahasa Melayu dan Bahasa Malaysia - Kedua-duanya betul, namun begitu, untuk makluman puan,Bahasa Malaysia kebiasaannya ialah subjek dan dalam akta, kebiasaannya disebut bahasa Melayu atau bahasa kebangsaan.Tatabahasa30.03.2015
Saya ingin pengesahan bahasa di dalam banner kiosk saya bagi tujuan kelulusan Majlis Prebandaran.Sila masukkan keterangan aktiviti perniagaan dalam bahasa Melayu di bahagian atas sebelah kiri iklan. Contohnya KIOS MAKANAN DAN MINUMAN dan betulkan ejaan jawi   کيوس . Nama premis perniagaan perlulah sama dengan nama perniagaan yang telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Jika ingin menggunakan nama yang lain, sila pilih dan gunakan nama dalam bahasa Melayu sepenuhnya dengan maksud yang baik.  

Lain-lain11.10.2021
Perkataan jawi untuk 1) KEDAI LOGAM 2) KIOSK MAKAN DAN MINUMAN

Konteks yang sebenar ialah KEDAI BARANGAN LOGAM. Tulisan jawinya seperti yang berikut: کداي بارڠن لوݢم

Ejaan jawi bagi KIOS MAKANAN DAN MINUMAN ialah

کيوس ماکنن دان مينومن

 

   

 

Ejaan15.08.2019
May 18 Nazirul Nazrin Nasaruddin salam.. nk tanya, di bangunan DBP ada kiosk jualan semua buku-buku keluaran DBP ke..?a few seconds ago Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Terima kasih kerana bersahabat dengan DBP dan pihak kami mohon maaf atas kelewatan memberi maklum balas kerana masalah teknikal. Sungguhpun begitu, kami tetap membantu. Pihak tuan boleh terus ke Koperasi DBP di aras bawah Menara DBP untuk membeli buku terbitan DBP. Moga ini membantu tuan. Terima kasih.Lain-lain18.05.2014

Kembali ke atas