Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.ri] | کيري

Definisi : 1. lwn kanan; tangan ~ tangan kidal (lwn tangan kanan); ~ kanan a) kedua-dua sisi atau bahagian sesuatu (spt sungai, jalan, dll), kiri dan kanan: di ~ kanan lorong sempit itu, terdiri beberapa buah rumah; orang ~ kanan orang sebelah-menyebelah rumah, jiran; b) = kanan ~nya Jw lebih kurang, kira-kira; 2. cenderung menggunakan tangan kiri apabila membuat sesuatu, kidal; 3. ki kurang baik, malang (sial, celaka, dsb); langkah ~ tidak kena masanya atau tempatnya (perbuatan, tindakan, dll), sial (mendatangkan keburukan dll); 4. miring (cenderung) ke arah faham sosialis atau komunis (bkn pertubuhan atau pergerakan politik dll): parti ~; pihak ~; mengiri menepi (menuju, berundur, dll) ke sebelah kiri; mengirikan 1. mengundurkan (mengalih­kan, meletakkan, dll) ke sebelah kiri; 2. mengetepikan, membiarkan dahulu (kerana kurang mementingkan), mengesampingkan: perkara itu boleh dikirikan dahulu; 3. me­nyingkirkan atau membuang (drpd kumpulan dll): orang yg dikirikan drpd masyarakat; terkiri terletak ke sebelah kiri (ke kiri atau lebih ke kiri dr tempatnya yg sebenar atau yg sepatutnya), berada di sebelah kiri sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.ri] | کيري

Definisi : bahagian badan yg menghala ke utara apabila kita menghadap ke timur; lw kanan: Kalau hendak melintas jalan, kita mesti melihat ke ~ dan ke kanan dahulu. ~ kanan bahagian yg di sebelah-menyebelah sesuatu (jalan, sungai dll). mengiri menuju ke sebelah kiri. mengirikan meletakkan sesuatu di sebelah kiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kiri

Puisi
 

Kiri jalan kanan jalan,
     Batang pauh dibuat titi;
Kirim jangan pesan jangan,
     Biar sama berjauh hati.


Lihat selanjutnya...(33)
Peribahasa

Cubit paha kanan,
     paha kiri pun merasa juga.

Bermaksud :

Jika seseorang itu menyusahkan kaum keluarganya sendiri maka ia pun akan merasa susah juga.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
contoh surat rasmi kerajaan

Surat rasmi kerajaan biasanya ada perkara-perkara berikut :

Logo dan alamat lengkap institusi pengirim, nama penerima (kiri), rujukan dan tarikh (kanan), sapaan (kiri), perkara (kiri), perenggan penanda wacana, perenggan sokongan, perenggan penutup, slogan (kiri), perakuan (kiri), tandatangan berserta nama dan jawatan (kiri), parap (kiri).

Sila rujuk format surat rasmi oleh INTAN dan Jabatan Perkhidmatan Awam.

Lain-lain15.01.2009
1.ke kiri dan kanan atau ke kiri dan ke kanan ? 2.di luar dan dalam atau di luar dan di dalam ?Jawapan yang betul ialah ke kiri dan ke kanan, di luar dan di dalam.Lain-lain04.05.2010
Yang manakah betul? 1. Saya membelok ke kiri. 2. Saya belok ke kiriAyat yang gramatis ialah saya membelok ke kiri.Tatabahasa24.07.2012
bole gunakan ayat "belok kiri 300 sekitar 300 meter" untuk papan tandaAyat yang boleh digunakan ialah LAGI 300 METER, BELOK KIRILain-lain23.11.2016
Soalan 1 Mengapakah "semakin bertambah mantap" adalah salah?Berikan penjelasannya. Soalan 2 Yang mana betul?Berikan penjelasannya Di kiri dan di kanan jalan/di kiri dan kanan jalan Soalan 3 Adakah anggota badan seperti pinggang, bahu dikira sebagai tempat dan harus diikuti dengan perkataan dari/daripada? Soalan 4 Yang mana betul?Berikan penjelasan a)Kejadian gempa bumi yang berlaku sejak akhir-akhir ini menimbulkan kebimbangan. b)Kejadian gempa bumi yang berlaku akhir-akhir ini menimbulkan kebimbangan. Soalan 5 Apakah perbezaan antara jarang dan jarang-jarang? Yang mana betul? Pelajar itu terpilih sebagai pelajar cemerlang kerana dia (jarang/jarang-jarang) ponteng sekolah. Soalan 6 Yang mana betul? kedua-dua orang ibu bapa/kedua-dua ibu bapa Soalan 7 Adakah imbuhan ter- yang diikuti dengan perkataan sekali boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya atau terdapat sebarang pengecualian? Berikan beberapa contoh perkataan yang menggunakan imbuhan ter- dengan perkataan sekali. Soalan 8 Yang mana betul? Sejak kebelakangan ini/sejak belakangan ini Soalan 9 Yang mana betul? a)Sebagai anak kita mestilah sentiasa mendengar nasihat ibu bapa kita. b)Sebagai anak, mestilah sentiasa kita ikuti nasihat ibu bapa kita.

1. Semakin bermaksud kian bertambah. Jika ditulis semula "semakin bertambah mantap" menjadi "kian bertambah bertambah mantap". Adakah betul?

2. Di kiri dan di kanan jalan. Sekiranya membawa maksud bersama (sekali), ayat "di kiri dan kanan jalan" juga boleh digunakan.

3. Ya.

4. (b) betul. Sejak bermaksud: bermula dari, mulai, dari.

5. jarang:- tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap (tenunannya dll): gigi ~; kain yg ~; 2. tidak lebat, tidak padat: rambut yg ~;

jarang-jarang tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim; ~ berlaku tidak sering berlaku; ~ dapat tidak selalu dapat; dia ~ datang dia tidak sering datang; ~ dipakai tidak lazim dipakai;

Pelajar itu terpilih sebagai pelajar cemerlang kerana dia jarang-jarang ponteng sekolah.

6. Kedua-dua ibu bapa.

7. Penanda darjah penghabisan yang terakhir ialah: amat, sungguh dan sangat diikuti oleh kata adjektif kemudian kata penguat biasa sekali. Contohnya, amat besar sekali. Frasa "ter-...  sekali", contohnya, "terpandai sekali" adalah salah kerana terdapat dua penanda darjah penghabisan, iaitu ter- dan sekali. Sila rujuk akhbar sisipan Berita Harian, Klik DBP bil. 53, 22 Oktober 2008.

8. Kedua-duanya betul.

9. Sebagai anak, kita mestilah sentiasa mendengar nasihat ibu bapa kita.

 

Lain-lain20.12.2008
bagi ayat dia berjalan terhoyong-hayang ke kiri dan kanan, perlu ke kata sendi ke sebelum perkataan kanan, maksudnya dia berjalan terhoyong-hayang ke kiri dan ke kanan,

Puan Jamisah

Dalam ayat ini kata sedi ke memang perlu ada bagi tujuan penegasan.

Tatabahasa24.03.2010
Mereka memasang akan kain rentang di kiri dan di kanan bahu jalan. Adakah ayat ini gramatis?Ayat yang gramatis:  Mereka memasang kain rentang di kiri dan kanan bahu jalan.Tatabahasa28.10.2018
Selamat sejahtera, soalan berkenaan ayat majmuk. Soalannya,a) Murid-murid mengangkat tangan kiri atau tangan kanan. b) Murid-murid mengangkat tangan kiri atau kanan. Adakah a) atau b) betul? Terms kasih.Ayat tersebut tidak gramatis. Untuk mengetahui berkenaan ayat majmuk dengan lebih lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan, halaman 497.Tatabahasa20.10.2015
Saya tidak faham berkaitan dengan ayat ini-Sila masukkan keterangan aktiviti perniagaan di bahagian atas sebelah kiri iklan. Contohnya PEJABAT URUSAN (perlu ada keterangan aktiviti perniagaan)Berdasarkan lampiran dan sejarah penyemakan iklan yang dilampirkan, kami memerlukan pihak pengiklan untuk meletakkan keterangan utama syarikat pada bahagian atas sebelah kiri papan iklan.

(Sebelum ini terdapat teks PEJABAT OPERASI di penghujung nama syarikat, kemudian telah dibetulkan kepada PEJABAT URUSAN, juga terletak di hujung nama syarikat).

Sila letakkan teks PEJABAT URUSAN (pada penghujung nama syarikat tersebut) ke bahagian penjuru atas, sebelah kiri iklan.
Lain-lain13.07.2020
Bolehkah perkataan 'terhuyung hayang' digunakan untuk kapal atau perahu yang menunjuk bergerak ke kanan dan ke kiri setelah dipukul ombak?Terhuyung-hayang biasanya digunakan untuk orang. Istilah yang tepat untuk merujuk perahu yang bergerak ke kiri dan ke kanan ialah beroleng-oleng.Istilah19.04.2009
12345678910...

Kembali ke atas