Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kirim (kata kerja)
Bersinonim dengan hantar, utus, pos, titip;,
Kata Terbitan : mengirimkan, kiriman, pengiriman, pengirim,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, 1.Antara hadir di sekolah dengan hadir ke sekolah yang manakah lebih tepat penggunaannya? 2.Betulkah perkataan ke hadapan dalam surat kiriman rasmi dieja kehadapan? 3.Adakah kata ia hanya digunakan untuk manusia sahaja? Terima kasih.

1. Hadir di sekolah - kata sendi nama 'di' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat, manakala kata sendi nama 'ke' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju (seperti ayat: Dia akan ke sekolah)

2. Ejaan yang betul ialah ke hadapan.

3. 'Ia' ialah kata ganti nama diri ketiga atau kata ganti benda (bukan binatang) yang dibicarakan.

Tatabahasa01.04.2011
Surat Kiriman Rasmi Berhubung dengan perkara di atas, saya, Lai Lee Chin, murid Tahun Enam Kenanga ingin memohon kepada pihak sekolah untuk tinggal di Asrama Puteri. Soalan: 1. Berhubung perkara di atas/ Berhubung dengan perkara di atas? 2. Selepas perkataan saya, perlu bubuh tanda koma? Kata Pemeri Soalan: Tugas doktor ialah/ adalah merawat pesakit. Terima kasih. Cikgu Tan dari Melaka.1. Berhubung dengan perkara di atas.
2. Perlu tanda koma. 
3. Tugas doktor merawat pesakit.
Tatabahasa18.05.2012
Selamat Pagi, Tuan, Saya ingin bertanya tentang pemadanan Bahasa Melayu bagi rangkaian kata dan perkataan berikut: 1. Agro-based Industry 2. Courier Service 3. Intermediate Consumption 4. Operating Surplus 5. Auxiliary Sekian, terima kasih.

Padanan kata Bahasa Melayu yang betul adalah seperti yang berikut:

 1. Industri berasaskan pertanian

 2. Perkhidmatan kiriman cepat

 3. Penggunaan tengah

 4. Lebihan pengendalian

 5. Tambahan

Makna30.12.2009
Assalamualaikum dan salam sejahtera. (i) Bolehkah kita menggunakan ayat "Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk." untuk memulakan surat kiriman rasmi? (ii) Yang manakah ayat yang tepat? "Kerjasama daripada pihak tuan/puan saya dahulukan ucapan terima kasih." atau "kerjasama daripada pihak tuan/puan saya dahului ucapan terima kasih." TERIMA KASIH.
1. Dengan segala hormatnya perkara yang di atas dirujuk.
2. Kerjasama daripada pihak tuan/puan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Tatabahasa05.09.2013
minta contoh format minit mesyurat dan contoh surat tunjuk sebab yang betul. sekian terima kasih

1. Untuk makluman saudara, format surat-menyurat ditentukan oleh Jabatan Perdana Menteri dan format ini diguna pakai oleh semua jabatan sektor awam termasuk DBP. Untuk format memo(urusan dalaman)  ditentukan oleh jabatan masing-masing. Format surat rasmi boleh dirujuk pada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007, halaman 43 : Surat Rasmi Kerajaan. Manakala format surat tidak rasmi adalah seperti surat kiriman lama yang mengikut kesesuaian penulisnya bergantung pada perkara yang dibincangkan.  

2. Format penulisan minit mesyuarat  adalah bergantung pada jenis mesyuarat yang diadakan. Format minit bagi setiap mesyuarat  masih sebagaimana yang diamalkan pada masa kini. Format yang biasa digunakan ialah bentuk bebas (tanpa kotak) dan dalam kotak. Apabila menggunakan bentuk dalam kotak, tajuk setiap lajur adalah bergantung pada keperluan sesebuah organisasi. Lazimnya bentuk kotak menggunakan tiga lajur, iaitu Bilangan, Perkara/Keputusan, dan Tindakan. Sesetengah jabatan pula menambah satu lagi lajur, iaitu Status Semasa.  Saudara boleh merujuk buku Bahasa Laporan oleh Asmah Haji Omar, terbitan DBP untuk maklumat lanjut.  Sebagai maklumat tambahan, sila rujuk juga Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil.1/1993 untuk penjelasan lanjut mengenai Panduan Mengenai Mesyuarat Pagi yang juga mengandungi panduan menyediakan minit mesyuarat. Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai perkara ini, sila berhubung dengan Jabatan Perdana Menteri atau Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

 

Lain-lain08.02.2011

Kembali ke atas