| Menu "Maklum Balas " dengan icon tanda soal berwarna biru tidak berfungsi sebaliknya masih memaparkan helaian carian tidak sebagaimana icon facebook di sebelah kirinya.. | Soalan kurang jelas maksudnya. Sila berikan maksud yang hendak disampaikan. Terima kasih. | Lain-lain | 30.07.2017 |
| Tuan, Adakah penggunaan perkataan melibas betul dalam ayat ini? 1. Seorang pemain sedang melibas bola takraw ke gelanggang lawan menggunakan kekuatan kaki kirinya. Adakah menggunaan perkataan mengerah betul dalam ayat inin ? 2.Dua orang tukang masak mengerah tenaganya mengacau rendang menggunakan sudip panjang di dalam sebuah kawah. | Perkataan melibas untuk ayat pertama sesuai digunakan. Akan tetapi perkataan mengerah tenaga tidak sesuai untuk ayat kedua. Perkataan yang lebih sesuai ialah memerah tanaga atau memerah keringat. | Istilah | 06.04.2014 |
| Saya ingin bertanya dari segi ejaan huruf untuk nama makanan dan minuman seperti di bawah. Adakah perlu menggunakan huruf kecil atau huruf besar bagi setiap perkataan? 'Tangan kanannya sedang memegang pinggan berisi Nasi Lemak berlaukkan Ayam Goreng Berempah manakala tangan kirinya pula, dia memegang segelas Teh O Ais Limau.' | Nama makanan atau menu ditulis dengan huruf kecil: Tangan kanannya memegang pinggan berisi nasi lemak berlaukkan ayam goreng berempah manakala tangan kirinya pula memegang segelas teh o limau ais. | Ejaan | 01.05.2021 |
| Tuan, 1.Soalan:Mak Kiah ............ ikan keli itu di atas bara api. jawapannya : memanggang atau membakar . 2 Soalan :Pak Hamad sedang ............ sebiji durian untuk anaknya. Gambar menunjukkan seorang lelaki memegang sebiji buah durian pada tangan kanannya manakala tangan kirinya memegang sebilah parang. jawapannya : membelah atau mengupas | 1. Mak Kiah memanggang ikan keli itu di atas bara api. 2 Pak Hamad sedang membelah sebiji durian untuk anaknya. | Tatabahasa | 06.03.2012 |