| 1. Orang tua itu memberitahu kisahnya kepada beberapa orang murid. 2. Orang tua itu memberitahu beberapa orang murid ceritanya. ayat di atas betul? Apakah perbezaan antara memberitahu dengan memberitahukan? Terima kasih | 1. Orang tua itu memberitahu kisahnya kepada beberapa orang murid. 2. Orang tua itu memberitahu beberapa orang murid ceritanya. Jawapan: Kedua-dua ayat di atas adalah betul. Apakah perbezaan antara memberitahu dengan memberitahukan? Jawapan; Memberitahukan bermaksud menyampaikan atau melaporkan sesuatu (berita dsb), memberitakan (Kamus Dewan Edisi Keempat) Memberitahu bermaksud memberi khabar kepada seseorang supaya tahu (Kamus Dewan Edisi Keempat) | Tatabahasa | 22.07.2014 |
| Cara menggunakan kata penguat. | Terdapat tiga jenis kata penguat: A. kata penguat hadapan, iaitu yang terletak di hadapan frasa atau kata adjektif. Contoh: terlalu, paling, agak, cukup; contoh ayat: pokok itu terlalu tinggi; masakannya paling enak;pemandangan di tasik itu cukup indah; harga emas makin mahal; jawapannya kurang tepat;B. Kata penguat belakang, iaitu kata yang letaknya di belakang kata adjektif. Contohnya: sekali, benar, betul dan nian. Contoh ayat: kelakuannya baik sekali; lambat benar dia datang; indah nian istana bunian; keputusan peperiksaannya buruk betul; C. Kata penguat bebas, iaitu letaknya boleh di hadapan atau di belakang kata adjektif. Contoh: amat, sangat, dan sungguh. Contoh ayat: Pakaiannya amat kemas=kemas amat pakaiannya; harganya sangat mahal=mahal sangat harganya; sungguh sedih kisahnya= kisahnya sungguh sedih. | Tatabahasa | 29.08.2006 |
| adakah sekali boleh digunakan bersama-sama dengan kata penguat sangat, amat dan sungguh. contoh masakan emak amat enak sekali. masakan emak sangat enak sekali adakah katapenguat bebas boleh digunakan di hadapan atau belakang kata adjektif contoh Budak itu amat sombong budak itu sombong amat adakah ia boleh digunakan untuk manusia sahaja. bolehkah ia digunakan untuk benda dan binatang harap tuan/puan menjawap secepat mungkin. hubungi 0123857124 | Terdapat tiga jenis kata penguat: A. kata penguat hadapan, iaitu yang terletak di hadapan frasa atau kata adjektif. Contoh: terlalu, paling, agak, cukup; contoh ayat: pokok itu terlalu tinggi; masakannya paling enak;pemandangan di tasik itu cukup indah; harga emas makin mahal; jawapannya kurang tepat;B. Kata penguat belakang, iaitu kata yang letaknya di belakang kata adjektif. Contohnya: sekali, benar, betul dan nian. Contoh ayat: kelakuannya baik sekali; lambat benar dia datang; indah nian istana bunian; keputusan peperiksaannya buruk betul; C. Kata penguat bebas, iaitu letaknya boleh di hadapan atau di belakang kata adjektif. Contoh: amat, sangat, dan sungguh. Contoh ayat: Pakaiannya amat kemas=kemas amat pakaiannya; harganya sangat mahal=mahal sangat harganya; sungguh sedih kisahnya= kisahnya sungguh sedih.Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan hal. 247 dan 397 untuk keterangan lanjut. Kata penguat boleh digunakan pada manusia, haiwan, benda dan sebagainya. | Tatabahasa | 27.06.2008 |
| Salam sejahtera. Saya ingin bertanya tentang aspek kata penguat di bawah ; - benar sekali - terlalu amat - sungguh nian - terlalu paling Adakah keempat-empat kata penguat ini dapat digunakan sebelum kata adjektif? Terima kasihl. | Terdapat tiga jenis kata penguat: A. kata penguat hadapan, iaitu yang terletak di hadapan frasa atau kata adjektif. Contoh: terlalu, paling, agak, cukup; contoh ayat: pokok itu terlalu tinggi; masakannya paling enak;pemandangan di tasik itu cukup indah; harga emas makin mahal; jawapannya kurang tepat;B. Kata penguat belakang, iaitu kata yang letaknya di belakang kata adjektif. Contohnya: sekali, benar, betul dan nian. Contoh ayat: kelakuannya baik sekali; lambat benar dia datang; indah nian istana bunian; keputusan peperiksaannya buruk betul; C. Kata penguat bebas, iaitu letaknya boleh di hadapan atau di belakang kata adjektif. Contoh: amat, sangat, dan sungguh. Contoh ayat: Pakaiannya amat kemas=kemas amat pakaiannya; harganya sangat mahal=mahal sangat harganya; sungguh sedih kisahnya= kisahnya sungguh sedih. Kata penguat "paling" dan "ter-" tidak boleh digunakan serentak dengan "sekali". Sila rujuk maklumat yang diberikan untuk penggunaan kata penguat dan maklumat perinci boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 22.07.2010 |