1)kipas angin berputar-putar di dalam bilik 2) kipas angin berkisar-kisar di dalam bilik Sila tanya ayat yang mana paling gramatis. Tq | Ayat yang gramatis: Kipas angin berputar-putar di dalam bilik. | Tatabahasa | 13.05.2018 |
Adakah perkataan "mengisar gigi" bersesuaian dengan perkataan "teeth grinding" | Hasil carian dalam data PRPM kami, istilah yang wujud dalam bidang biologi dan perikanan ialah grinding teeth yang bermaksud gigi kisar manakala dalam bidang veterinar pula ialah teeth grinding yang bermaksud pengertakan gigi. | Makna | 25.10.2018 |
Salam sejahtera Tuan/Puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1. Attritor 2. Bead Mill 3. Classifying Impact Mill 4. Thixomolding Machine 5. Bin Blender 6. Bundle Loader Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. Attritor - Pengisar 2. Bead Mill – Pengisar Halus 3. Classifying Impact Mill – Mesin Kisar Tukul Pengelasan 4. Thixomolding Machine – Mesin Pengacuan Suntikan Magnesium 5. Bin Blender – Pengisar Tong 6. Bundle Loader – Pembeban Berkas | Istilah | 23.03.2016 |
Salam. Yang mana lebih tepat penggunaan. kitar semula atau mengitar semula. Adakah maksud perkataan mengitar boleh berdiri sendiri atau perlu mengitar-ngitar. Terima kasih. | Kitar semula dan mengitar semula, kedua-duanya betul. Kata kitar semula hadir sebagai satu rangkai kata daripada padanan bahasa Inggeris recycle. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, mengitar sama maksud dengan mengitar-ngitar, iaitu 1. = mengitar-ngitar berkisar(kisar), berputar(-putar); 2. = mengitar-ngitar berkeliling, beredar; 3. = mengitar-ngitar memusing-musing, memutar-mutar: serta dikitar-kitarnya tombaknya, lalu ditikamkan pd dada Tun Tuah. | Istilah | 17.03.2010 |
Adakah hot dog boleh digunakan dalam bahasa Melayu? Jika tak, bagaimana untuk menterjemah ayat yang mengandungi kedua-dua perkataan hot dog dan sausage? Contohnya; Daniel took out the sausage out of the hot dog because he didn't want the bread. (Daniel mengeluarkan sosej daripada ___ itu kerana dia tak mahukan rotinya). Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud hot dog ialah daging frankfurter yang dimasak biasanya dihidang dalam bentuk rol panjang. Manakala sosej pula bermakna sejenis makanan daripada daging kisar yang diisi dalam usus atau sarung tiruan. Kedua-dua istilah ini memberikan maksud yang sama dan boleh digunakan dalam bahasa Melayu, istilah sosej lebih sesuai digunakan dalam penulisan rasmi. Maksud ayat yang diberikan ialah Daniel mengeluarkan sosej daripada roti itu kerana dia tak mahukan rotinya. Sekian terima kasih. | Makna | 29.05.2017 |
Encik, 1. Adakah "berganding bahu" ialah peribahasa? 2. Apakah perbezaan maksud dan penggunaan antara perkataan 'berpusing-pusing' dengan 'berputar-putar'? Terima kasih. | Encik Wee, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. . berpusing membawa makana - --bp berputar; ~ belit akal (perkataan, tipu daya, dll) yg berbelit-belit; cakap ~ berputar balik (perkataannya); 2. = ~ kepala sakit kepala, pening: ia tidak dapat berdiri kerana ~ kepalanya; 3. hilang akal, tidak keruan fikiran, bingung: sampai ~ saya dibuat olehnya; 4. = pusing-pusing bp bersusah payah, sibuk-sibuk, susah-susah: janganlah pusing-pusing sangat tentang soal duit itu boleh saya usahakan; 5. bp turut memikirkan dll, endah, peduli: saya tidak ~, itu bukan urusan saya; (tidak) ambil ~ bp (tidak) ambil peduli, (tidak) mempedulikan; 6. = dadu ~ Id dadu putar, sintir; ~ ganti (Eko) a) jumlah hasil jualan sesuatu perniagaan; b) nisbah jualan dgn purata stok utk sesuatu tempoh yg dinyatakan. berpusing 1. berputar (baling-baling, kipas, roda, dll): enjin sebuah motokar ~ 4 berputar-putar 1. berpusing-pusing, berkisar-kisar, berpusar-pusar: baiklah jangan ~ pd keterangan ini sahaja; sebuah kereta radio polis dgn lampu birunya ~; 2. = berputar bergerak (berjalan, terbang, dll) berkeliling: mereka datang kerana melihat gadis-gadis cantik yg ~ di pasar itu; 3. tidak langsung menuju (tempat dll yg dimaksudkan, tujuan yg sebenarnya), berbelok-belok (berjalan, bercakap, dll); memutar 1. menjadikan berputar, memusing(kan): ~ dadu; ~ skru; 2. mengubah arah dll, membelokkan, mengelokkan: meriam itu diputar ke arah kapal perang yg sedang belayar; kesedaran ini akan ~ haluan hidupnya kpd yg lebih sempurna; 3. membelit-belitkan (perkataan dll), membolak-balikkan (kebenaran dll): kebenaran tidak dapat diputar-putar; ia seorang yg pandai ~ perkataan; 4. memindahkan (tanaman dll): apabila ia berumur beberapa bulan pohon itu hendaklah diputar ke tempat lain; 5. mencampur, mengaduk, mengarau; ~ enjin menghidupkan enjin; ~ filem mempertunjukkan filem; ~ lidah membelit-belitkan perkataan, mengingkari (mengubah) janji; ~ otak memikirkan dgn sungguh-sungguh (atau dgn susah payah); ~ percakapan (cakap kecek, perbualan) mengubah tajuk atau pokok perbualan, memindahkan atau membelokkan percakapan kpd perkara lain; ~ wang (modal) menjalankan wang utk berniaga | Makna | 01.07.2009 |