Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.si.ki.si] | کيسي٢

Definisi : sj tumbuhan (pokok), ganda rusa, temenggung melela, urat sugi, Gendarussa vulgaris. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.si.ki.si] | کيسي٢

Definisi : 1. batang-batang drpd kayu atau logam (besi dll) yg dipasang berdiri (pd tingkap dll), jeruji, terali, kekisi: penjara yg ada sekarang ini berpuluh-puluh jendelanya, dan ~nya semuanya drpd besi; 2. palang (drpd kayu dll) yg menghubungkan gandar (pusat) roda dgn lingkarannya; 3. celah (pintu dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.si.ki.si] | کيسي٢

Definisi : , kekisi kayu, besi dsb yg dipasangkan tegak pd tingkap, tepi tangga dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kisi-kisi

Puisi
 

Ikan kisi ikan gelama,
     Pucuk pelampan bertaruk muda;
Tuan pergi janganlah lama,
     Dapat tumpang baliklah juga.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perkataan jejari bolehkah digunakan untuk jejari tangan?

Jejari tidak boleh digunakan untuk jejari tangan. Jejari ialah 1. jari-jari kisi-kisi pada pintu atau pada jendela. 2 = jari-jari besi atau kayu



yang dipasang dari pusat roda hingga ke lingkarannya. 3 garis lurus dari pusat bulatan ke lilitannya.




Bagi menggandakan perkataan jari yang menunjukkan banyak jari, jari-jemari boleh digunakan.

Tatabahasa10.05.2013
Assalamualaikum, Geriji dan jeriji adakan objek yang sama? Terima kasih.Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, hanya terdapat perkataan jeriji. Jeriji ialah kisi-kisi. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=jeriji untuk lebih lanjut.Tatabahasa29.03.2013

Kembali ke atas