Mohon pandangan, adakah perkataan 'body kit' sesuai digunakan untuk premis aksesori kenderaan...? Mohon cadangan ayat yang sesuai bagi iklan seumpama ini. TK | Untuk makluman, perkataan 'kit' memang terdapat dalam istilah dan kamus terbitan DBP. Kit dalam Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud set bahagian-bahagian yang sedia untuk dipasang. Walau bagaimanapun, perkataan body kit tidak boleh digunakan kerana merupakan perkataan bahasa Inggeris. Cadangan kami ialah kit badan kenderaan atau kit bahagian kenderaan. | Istilah | 02.11.2011 |
1. Pelantikan Zhun Kit sebagai ketua kelas di Tingkatan 4PD telah mendapat (persetujuan) daripada semua rakan sekelasnya. Mengapakah (persetujuan) diberi sebagai kesalahan? 2. Apakah bezanya teresak-esak dengan tersedu-sedan? 3. Terdapat guru yang mengajar penggunaan "sejak" tidak boleh diikuti dengan "dari"? Betul? 4. Mereka masih berselisih pendapat walaupun berada dalam kumpulan yang sama. Manakah kesilapan ayat ini? - tidak perlu perkataan "berada" - di dalam kumpulan | 1. Perkataan persetujuan dalam ayat tersebut adalah tepat dari segi semantiknya. 2. Teresak-esak sama maksudnya dengan tersedu-sedu. 3. Sejak bermaksud mulai dari atau dari, oleh itu penggunaan kata dari selepas sejak menjadikan ayat tersebut lewah. Ayat yang lewah bukanlah ayat yang gramatis. 4. Ayat ini betul. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 13.05.2012 |
Apa terjemahan untuk "hands free kit" | Terjemahan yang dicadangkan ialah alat atau set bebas tangan. Harap maklum. | Istilah | 05.06.2008 |
Yvonne sudah resigned. Boleh saya tukar user id to kit@dmdc.com.my. Kata laluan tidak ubah Terima Kasih Jane@dmdc.com.my/Tel: 77293878 | Bagi menangani masalah teknikal ini, sila hubungi Pegawai Sistem Maklumat DBP melalui talian 03-21479389/9373. | Lain-lain | 17.06.2015 |
1.“Pusat sumber, buku cerita, cerita rakyat, telur ayam, papan kenyataan, kacang tanah, ayam telur, kalau begitu, sudah tentu, sahabat karib,alat bantu, corong minyak, salur gas, sangkar telur, kotak tin, tin susu, kitar semula, batang paip, bongkah polistirena, ping pong, kit telefonik, guru inovatif, sekolah rendah, reka bentuk.” Sila berikan petunjuk kata manakah yang merupakan ayat majmuk rangkai kata bebas? Terima kasih. 2.Ali meminjam buku di/dari/daripada perpustakaan. Kata sendi nama apa yang sesuai dalam konteks ayat ini? | 1. Sila perincikan pertanyaan tuan. Senarai yang diberikan bukan ayat majmuk. 2. Ali meminjam buku daripada perpustakaan. | Tatabahasa | 07.12.2014 |
Boleh saya dapat terjemahan untuk perkataan-perkataan berikut: 1. Normalized the data 2. Microscope field 3. Armophous head 4. Quinoneimine 5. Catalyse 6. Lyophilized 7. Solid phase two-site enzyme immunoassay 8. Stop solution 9. Plat sealer 10. Plate shaker 11. Washing buffer solution 12. Enzyme Conjugates 13. Peroxidase-conjugated anti-insulin antibodies 14. 96-well microtiter plate 15. Tris base 16. Low melting agar 17. Normal melting agar 18. Gavage needle 19. Pouch and seal ziploc 20. Butylated hydroxytoluene 21. Calibrator for kit | 1. normalized the data - penormalan data atau menormalkan data 2. microscope field - medan mikroskop 3. amorphous head - kepala amorf 4. quinone imine - kuinon imina 5. catalyse - istilah yang dicadangkan ialah memangkinkan (istilah yang ada ialah catalysed - termangkin, catalyst - mangkin) 6. lyophilized - istilah yang dicadangkan ialah meliofilkan atau terliofil (istilah yang ada ialah lyophil - liofil, lyophilization - liofilisasi) 7. solid phase two-site enzyme immunoassay - terjemahan yang dicadangkan ialah imunocerakin enzim dua tapak fasa pepejal 8. stop solution - larutan henti 9. plat sealer - pemateri plat atau pengedap plat 10. plate shaker - penggoncang plat 11. washing buffer solution - larutan penimbal basuh 12. enzyme conjugates - konjugat enzim 13. peroxidase-conjugated anti-insulin antibodies - terjemahan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah antibodi antiinsulin berkonjugat peroksidase 14. 96-well microtiter plate - plat mikrotiter 96 telaga 15. tris base - bes tris 16. low melting agar - agar-agar lebur rendah 17. normal melting agar - agar-agar lebur normal/agar-agar lebur biasa 18. gavage needle - jarum gavaj 19. pouch and seal ziploc - kantung dan kedap ziploc 20. butylated hydroxytoluene - hidroksitoluena dibutilkan 21. calibrator for kit - penentukur untuk kit | Istilah | 07.08.2012 |