Bolehkah kita menggunakan perkataan 'kitalah' dalam penulisan. Jika ya, bagaimanakah ejaannya? 'Kitalah' atau ' kita lah'? Adakah ia dikira sebagai satu perkataan atau dua. Terima kasih. | kitalah | Tatabahasa | 29.11.2007 |
“Saya diarah merujuk perkara di atas ….” --- Adakah ayat ini gramatis? | Ayat “Saya diarah merujuk perkara di atas” betul. Walau bagaimanapun penggunaan yang baik dan lazim digunakan ialah "Dengan hormatnya kami merujuk perkara yang tersebut di atas ..." atau "Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa ...". Pada pandangan kami ungkapan "saya diarah merujuk perkara di atas" atau "saya diarah menarik perhatian tuan" tidak perlu digunakan kerana apabila ketua mengarahkan kita menjawab surat tersebut bermakna kitalah yang perlu mengambil tanggungjawab menjawab surat atau menarik perhatian penerima surat tentang perkara tersebut. | Tatabahasa | 06.11.2012 |
Yang manakah cara memulakan ayat yang betul dalam surat rasmi kerajaan : Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah menarik perhatian tuan mengenai perkara di atas atau Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah menarik perhatian tuan berhubung perkara yang tersebut di atas. | Penggunaan yang betul ialah "Dengan hormatnya kami merujuk perkara yang tersebut di atas ..." atau "Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa ...". Ungkapan "saya diarah menarik perhatian tuan" tidak perlu digunakan kerana apabila ketua mengarahkan kita menjawab surat tersebut bermakna kitalah yang perlu mengambil tanggungjawab menjawab surat atau menarik perhatian penerima surat tentang perkara tersebut. | Tatabahasa | 20.06.2011 |