Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kiub] | کيوب

Definisi : benda yg mempunyai enam permukaan yg semuanya berbentuk empat persegi dan sama besarnya (spt dadu), kubus; ~ berpusat jasad (Kim) unit struktur bagi hablur berbentuk kiub yg terdiri drpd satu atom di setiap penjuru dan satu atom di pusat kiub; ~ berpusat muka (Kim) unit struktur bagi hablur berbentuk kiub yg terdiri drpd satu atom di setiap penjuru dan pusat mukanya; ~ rebusan bahan drpd air rebusan daging, ikan atau sayur-sayuran yg dikeringkan dan berbentuk kiub, digunakan utk membuat sup, dlm masakan dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kiub] | کيوب

Definisi : bongkah yg mempunyai enam permukaan yg semuanya berbentuk empat segi yg sama besarnya (spt dadu); kubus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kiub


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
kelaskan frasa berikut mengikut kategorinya, iaitu diftong, vokal berganding, digraf atau konsonan bergabung: susu cair, Hari Raya Aidilfitri, berbentuk kiub, setelah selesai, mendirikan khemah, taman rekreasi , mangkuk kecil, stesen bas. Sekian, terima kasih.Diftong ialah dua huruf vokal seperti ai, au, dan oi yang menghasilkan bunyi berangkap seperti pantai, pulau dan amboi. Vokal berganding pula ialah dua huruf vokal berurutan dalam satu perkataan seperti dalam kata pulau dan saat; dan vokal berganding tidak semestinya menghasilkan dua bunyi. Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, dan sy. contohnya, nganga, nyamuk dan syarikat. Konsonan bergabung juga ialah digraf. Pengelasan perkataan yang tersenarai boleh dibuat mengikut huraian maksud yang telah diberikan. Perlu diingat contoh perkataan bagi setiap istilah lazimnya merujuk satu per satu perkataan, bukan frasa seperti yang tuan berikan.Tatabahasa07.10.2015

Kembali ke atas