Syarikat saya bercadang untuk mengadakan promosi untuk satu produk baru yang di adakan dengan kerjasama antara KL Monorail dan bas KL HOP ON HOP OFF, jadi kami sedang mencari 1) Soalan saya, adakah ayat di bawah sesuai digunakan? Ronda-ronda Kuala Lumpur dengan hanya satu tiket sahaja-RM20 2) Apakah makna atau maksud penuh bagi perkataan ronda-ronda? 3) Adakah perkataan lain yang sesuai digunakan bersesuaian dengan perkataan ronda-ronda tersebut. | 1) Ronda Kuala Lumpur dengan hanya satu tiket bernilai RM20. 2) makna ronda-ronda Ronda:- = meronda 1.berjalan berkeliling kerana berkawal (menjaga keselamatan): polis ~ di jalan-jalan raya utk mencegah berlakunya rusuhan; 2. perbuatan berjalan berkeliling kerana berkawal; 3. = peronda orang atau sesuatu yg menjaga keselamatan (di jalan raya, di laut, di kampung, dll): polis ~; askar ~; kapal peronda; 4. Mn bersiar-siar, makan angin; 3) i-Bersiar-siar ii- Jalan-jalan | Lain-lain | 16.12.2008 |
bila anda di sini, anda tidak perlu pusing ke seluruh KL untuk mencari hiburan, kerana semua itu boleh didapati di sini. betulkah ayat ini? | Apabila anda berada di sini, anda tidak perlu merayau-rayau ke seluruh KL untuk mencari hiburan, kerana semua itu boleh didapati di sini. | Tatabahasa | 25.06.2008 |
Sha Saerah Sulaiman Salam..sy mencari buku tatatertib penjawat awam.tak silap terbitan dbp | Sila hadir ke reruai DBP di Pesta Buku Antarabangsa KL 2017 di Dewan Tun Hussein Onn. Pesta Buku Antarabangsa KL 2017 bermula 28 April 2017 hingga 7 Mei 2017. Terima kasih. | Lain-lain | 03.05.2017 |
Ramo Omran Aug 31st, 10:14am ingin btemu sdr Mat Daud (Dr) Sastra. asal Kelantan bekas pelajar Jogjakarta . kenalan semasa d Temerluh 1975 dan KL 1980an. hilang hubungan. Ramo Omran Aug 31st, 10:14am Omar Mohamad Sg Besi KL | Untuk makluman tuan, pegawai berkenaan telah bersara daripada perkhidmatan. Maklumat berkaitan beliau tidak ada dalam sumber rujukan kami. | Lain-lain | 31.08.2015 |
Assalamualaikum,saya asrab khan dari kl ingin menyertai kembara bahasa 2013.sebelum ini saya ada menyertai tahun 2000.sebelum ini saya ada mohon menyertai tetapi tidak ada sebarang jawapan. saya benar-benar berminat menyertai program kembara bahasa 2013 | Untuk makluman tuan urus setia Kembara Bahasa 2012 ialah Bhg. Promosi dan Pengiktirafan, DBP. Urus setia pada tahun hadapan akan diputuskan oleh pihak pengurusan. Oleh itu, apabila hebahan mengenainya disiarkan segeralah tuan hubungi urus setia Kembara bahasa. | Lain-lain | 05.12.2012 |
Farah Raina Jaafar Iklan papan tanda di KL "1BULAN AKSES TANPA HAD PERCUMA!" 13:34 Farah Raina Jaafar Farah Raina Assalammualaikum, kalu mcm ni, apa tindakan yg perlu di lakukan? Antara saya dah tidak tahu bahasa malaysia atau bahasa yg di gunakan tidak betul? | Puan boleh mengemukakan aduan ini dengan mengambil gambar dan menghantarnya kepada Encik Mulia Nasution melalui e-mel mulia@dbp.gov.my atau memberi maklumat terperinci melalui talian 03-21479114. Terima kasih. | Lain-lain | 27.11.2016 |
Jika saya ingin memohon pekerjaan di cawangan DBP KL , apakah kelayakan utama yang diperlukan ? | Terima kasih di atas minat yang ditunjukkan untuk berkhidmat dengan DBP. Untuk makluman sdr, semua jawatan kosong (sekiranya ada) akan disiarkan di laman web DBP dan juga akan diiklankan melalui akhbar utama. Semua butiran/syarat yang diperlukan termasuklah tarikh tutup permohonan dinyatakan dengan jelas di dalam iklan tersebut. Sila rujuk laman web DBP atau iklan yang disiarkan dari masa ke masa. Seperkara lagi, dimaklumkan juga bahawa sdr boleh mengemukakan permohonan pada bila-bila masa untuk sebarang jawatan di DBP dan sekiranya ada kekosongan jawatan, permohonan sdr akan dipertimbangkan. Tempoh sah permohonan adalah selama setahun dari tarikh permohonan diterima oleh DBP.sila hubungi unit pengambilan, bahagian pengurusan personel (up. Pn Fairuz) | Lain-lain | 01.03.2009 |
dari atau daripada | dari untuk tempat atau masa (dari KL, dari pukul 3.50ptg.) daripada untuk (selain masa dan tempat) | Tatabahasa | 02.06.2011 |
Assalamualaikum. 1. Adakah buku Sejarah Johor terdapat di pusat dokumentasi DBP KL? Jika ada, bagaimana caranya untuk saya meminjamnya tanpa perlu saya ke DBP? (Saya menetap di Johor Bahru) | Saya percaya buku yang dimaksudkan ialah karangan Buyong Adil. Sdr Zaidah boleh meminjam buku tersebut di Pusat Dokumentasi Melayu di Pejabat DBP Wilayah Selatan di Johor Bahru melalui khidmat Sistem Perbekalan Penerbitan atau dikenali sebagai Pinjaman Antara Perpustakaan. Jika sdr belum menjadi ahli sdr boleh mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan di Pusat Dokumentasi Melayu dan seterusnya mendapat kemudahan meminjam buku. Terima kasih kerana sudi menghubungi kami. | Lain-lain | 02.06.2011 |
Saya ada dua pertanyaan. 1) Untuk kata nyokak yang terakam dalam Kamus Dewan (diletakkan Kl yang bermakna asalnya dialek Kelantan) adakah kata ini halal digunakan dalam penulisan ataupun ada kata mirip dalam kosakata Melayu baku yang saya terlepas pandang? 2) Nyokak ditakrif membongkokkan badan dan meÂnyisihkan tangan (ketika berjalan di hadapan orang). Apakah yang dimaksudkan dengan frasa 'menyisihkan tangan'? Terima kasih. | Dialék adalah satu bentuk bahasa yg digunakan dlm sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza drpd bahasa standard, loghat, pelat daerah (negeri dll). Variasi bahasa yg. dituturkan oleh sesuatu kumpulan sosial atau lapisan masyarakat bahasa, mis bahasa istana. Penggunaan dialek dibenarkan dalam penulisan asalkan dialek tersebut telah disahkan dan diterima pakai dalam konteks rasmi, contohnya perkataan tersohor, cakna dan sebagainya. Untuk makluman tuan juga, Kamus Dewan berfungsi merakam perkataan yang banyak digunakan dalam kalangan masyarakat dengan merujuk data korpus. Itulah antara justifikasi sesuatu perkataan itu dimasukkan sebagai entri dalam Kamus. Semua perkataan yang dimasukkan dalam Kamus Dewan tidak semestinya diterima sebagai baku dan boleh digunakan untuk tujuan rasmi. Untuk carian makna lain, tuan boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari laman http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". | Lain-lain | 11.12.2018 |