Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata klien


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Klien kami telah meminta untuk menukarkan ejaan perkataan 'paha' dalam teks sebuah iklan kepada 'peha'. Adakah ejaan 'peha' masih digunakan lagi? Jika tidak, sila jelaskan. T'kasih.Ejaan yang betul ialah paha, manakala ejaan peha dianggap tidak baku dan tidak digunakan dalam konteks rasmi walaupun sebutan peha lebih kerap kita dengari.Ejaan16.08.2012
Apakah ejaan jawi bagi perkataan "klien"? Contoh ayat bahasa Inggeris: Customers must ensure that their clients are compatible with our servers so that it does not interrupt other users. All clients are accepted, including desktop software, web and mobile application. Contoh ayat bahasa Melayu rumi: Pelanggan mestilah memastikan klien yang digunakan serasi dengan pelayan kami supaya ia tidak mengganggu pengguna lain. Semua klien diterima, termasuk perisian meja, aplikasi sesawang dan mudah alih. Jadi untuk tulis dalam jawi:
ڤلڠݢن مستيله ممستيکن klien يڠ دݢوناکن سراسي دڠن ڤلاين کامي سوڤايا اي تيدق مڠݢڠݢو ڤڠݢونا لاءين. سموا klien دتريما⹁ ترماسوق ڤرايسين ميجا⹁ اڤليکاسي سساوڠ دان موده اليه.
Jadi apakah ejaan jawi bagi perkataan "klien" itu?
Ejaan Jawi bagi perkataan 'klien' ialah كلاين ت

Ejaan22.06.2020
Adakah perkataan 'Klien' yang bermaksud 'Pelanggan' wujud dalam Kamus Bahasa Melayu?Kata "klien" terakam dalam kamus. Walau bagaimanapun, penggunaannya tidak digalakkan kerana merupakan kata pinjaman. Kata yang lebih tepat ialah "pelanggan".Makna13.02.2022
Salam, Saya pelajar PhD bidang Kerja Sosial (Social Work) UKM ingin mendapatkan penjelasan mengenai perkataan berikut: 1. Assessment 2. Evaluation Penerangan Untuk perkataan 'assessment' pekerja social atau pegawai kebajikan akan melakukan 'assessment' berkaitan situasi klien yang dirujuk kepada mereka. Diantara proses-proses 'assessment' yang dilakukan ialah seperti berjumpa klien, bertanyakan tentang masalah-masalah yang dihadapi, melawat ke rumah klien untuk melihat situasi dan persekitaran tempat tinggal mereka, bertanyakan jiran-jiran , keluarga rapat klien, agensi-agensi-agensi berkaitan misalnya sekolah, pejabat kesihatan, pejabat agama, majikan keluarga klien bekerja dan sebagainya. Pekerja social akan menyediakan laporan social(untuk kes bantuan, warga emas, perpindahan sekolah, tujuan pelesan/pembebasan daripada institusi), laporan pelindung (jika kes berkaitan penderaan kanak-kanak), laporan akhlak(jika kes juvana terlibat salahlaku), laporan pengangkatan (kes anak angkat) Jadi, di sini apakah terma yang paling sesuai digunakan untuk 'assessment;' dalam konteks kerja social ini? Sekian, harap dapat memahami konteks yang saya maksudkan. SOPIAN BRAHIM Calon PhD Kerja Sosial UKMAssessment dalam ungkapan umum diterjemahkan kepada penilaian atau penaksiran, dan istilah penaksiran juga digunakan dalam bidang pendidikan dan ekonomi, seperti assessment task diterjemahkan kepada tugas penaksiran. Evaluation diterjemahkan kepada penilaian dalam ungkapan umum dan juga peristilahan, seperti evaluation research diterjemahkan kepada penyelidikan penilaian.Tatabahasa22.04.2016
Saya ingin bertanya kepada pihak DBP tentang terma "Double-Dummy" yang digunakan dalam penyelidikan klinikal. Klien saya sering merujuk istilah "Double Blind" sebagai "Rabun Dua Pihak" dalam dokumen borang persetujuan termaklum (Informed Consent Form) peserta penyelidikan. Namun, terma Double Dummy belum pernah digunakan sebelum ini oleh klien saya dan saya juga tidak mendapat hasil carian di PRPM. Menurut carian di Google, Double-Dummy merujuk kepada "A technique for retaining the blinding of a clinical trial, where the two treatments cannot be made identical." Apakah istilah yang sesuai bagi terma ini menurut pihak DBP? Terima kasih.

Padanan istilah yang tepat bagi “double blind” ialah “gelap ganda” (Perubatan). “Double dummy” pula merupakan ujian klinikal yang kerap digunakan dalam penyelidikan, khususnya untuk membandingkan dua jenis ubat atau dua kaedah rawatan yang berbeza. Kami mencadangkan "double dummy" diterjemahkan sebagai kaedah atau teknik “cubaan berganda”, “uji kaji dedua”, atau “banding rambang”, bergantung pada konsep dan konteks penggunaan yang sesuai bagi istilah tersebut.

Istilah04.11.2020
Selamat Petang, Saya dari syarikat pengiklanan kini sedang membuat iklan TV untuk klien kami. Saya ingin membuat semakan untuk penggunaan istilah "Cetane Booster". Jika disemakan dalam Carian Kata, istilah yang diterjemahkan adalah "Penggalak Setana". Soalan saya, bolehkah kami mengekalkan istilah ini dalam Bahasa Inggeris tanpa perlu diterjemahkan kepada Bahasa Malaysia untuk penggunaan iklan dalam TV? Sebabnya, ia adalah istilah yang tidak biasa didengari oleh orang awam dan akan keluar di dalam TV nasional seluruh negara. Disertakan bersama ini lampiran rujukan "storyboard" untuk pihak DBP. Mohon kelulusan pihak DBP untuk kebenaran menggunakan istilah ini dalam iklan TV kami. Terima kasih, Lidia RomliTerjemahan istilah bagi Cetane Booster ialah Penggalak Cetana. Jika Istilah ini telah didfatarkan tuan/puan boleh menggunakannya di iklan televisyen. Sekiranya tidak didaftarkan tuan/puan perlu menterjemahkan dalam bahasa Melayu atau buat dalam dwibahasa.Makna08.11.2016
pihak kami akan menghantar Discharge voucher kepada pihak tuan selepas ditandatangani oleh klien kamiDischarge voucher bermaksud baucar pembayaran. Penggunaannya bergantung kepada kesesuaian konteks dan situasi ayat.Lain-lain03.10.2010
"Beliau berkata fasal tersebut sekaligus akan memberikan perlindungan bukan hanya kepada individu iaitu klien malah kepada pekerja sosial bagi memastikan mereka turut dilindungi dari tuduhan tidak munasabah atau fitnah semasa menjalankan tugasan." 1. Berdasarkan ayat di atas, adakah penggunaan kata "tugasan" betul? jika tidak, mengaoa? 2. Adakah terdapat apa apa kesalahan tatabahasa yang lain?Ayat yang betul ialah “Beliau berkata fasal tersebut sekali gus akan memberikan perlindungan bukan hanya kepada pelanggan malah kepada pekerja sosial bagi memastikan mereka turut dilindungi daripada tuduhan yang tidak munasabah atau fitnah semasa menjalankan tugas.”Tatabahasa20.04.2024
Saya ingin membuat semakan penggunaan nama ‘Rice King’ pada Papan Iklan bagi pihak klien, jika betul dan dibenarkan boleh balas kepada email saya bagi urusan kelulusan di Majlis Subang. Terima kasih.

Untuk mendapatkan pengesahan visual pada papan tanda premis, sila daftar akaun melalui laman web dbpsahbahasa.my dan rujuk Panduan Pelanggan atau Video Penggunaan DBP Sah Bahasa yang tertera.

Lain-lain14.08.2023
saya mohon teguran sama ada wujud kesalahan atau sebaliknya berkenaan ayat yang saya bina ini ; 1. "KLIEN YANG BERURUSAN DIMESTIKAN MEMAKAI MASK/PENUTUP MULUT" 2. " SILA PASTIKAN JARAK ANDA 1 METER " sekian terima kasih.Salam sejahtera,

1. PELANGGAN DIWAJIBKAN MEMAKAI PELITUP MUKA SEMASA BERURUSAN DI KAUNTER. ATAU PELANGGAN DIWAJIBKAN MEMAKAI PELITUP MUKA KETIKA BERURUSAN.

2. SILA PASTIKAN JARAK ANDA 1 METER ANTARA PELANGGAN LAIN
Tatabahasa13.05.2020
12

Kembali ke atas