Mohon penjelasan manakah yang betul: klinik kesihatan atau Klinik Kesihatan. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah "klinik kesihatan" kerana ia merupakan kata nama am, kecuali apabila menjadi kata nama khas seperti "Klinik Kesihatan Gombak" baharulah ditulis dengan huruf besar. | Tatabahasa | 29.01.2013 |
kami akan mengadakan minggu berhenti merokok di klinik-klinik kesihatan di daerah Muallim. Kami berminat untuk menggunakan media digital di Majlis Daerah Tanjung Malim. temanya adalah: NAFAS BARU BERMULA RAMADAN saya ingin meminta jasa baik pihak tuan/puan untuk memeriksa tatabahasa dan perkataan yang digunakan sebelum dipamerkan di media digital. sekian, terima kasih. | Tema NAFAS BAHARU BERMULA RAMADAN sebagai slogan adalah betul daripada aspek penggunaan Bahasa. | Tatabahasa | 13.04.2018 |
Afif Abd Rahman 16:30 Terima kasih di atas maklum balas yang diberikan. Saya nak tanya lagi, sekiranya tempat kerja baru saya ini, boleh kah alamatnya ditulis dalam bentuk sebegini? (Buat masa ini masih belum ada alamat rasmi) Cawangan Penguatkuasa Farmasi Johor Utara d.a. Klinik Kesihatan Batu Pahat Jalan Kluang 83000 Batu Pahat Johor Untuk makluman, pejabat ini terletak di belakang klinik kesihatan batu pahat. (Bangunan berasingan). Terkma kasih.Seen by Afif Abd Rahman at 16:30 | Penggunaan alamat seperti di atas boleh digunakan. Terima kasih. | Lain-lain | 09.11.2016 |
BERDEKATAN | Merujuk lampiran notis yang diberi oleh pihak tuan/puan, sila buat pembetulan berdasarkan cadangan daripada pihak kami seperti yang berikut: TANAH LOT UNTUK DIJUAL (rapatkan ejaan DIJUAL) 1. DI KAWASAN BETING TINGGI. 2. BERDEKATAN DENGAN KAWASAN INDUSTRI. 3. BERDEKATAN DENGAN KAWASAN PERUMAHAN. 4. BERDEKATAN DENGAN PUSAT PENGAJIAN TINGGI UITM 5. BERDEKATAN DENGAN JARINGAN LEBUH RAYA BAHARU. 6. BERDEKATAN DENGAN KAWASAN PERKAMPUNGAN. 7. BERDEKATAN DENGAN PEKAN KUALA PILAH. 8. BERDEKATAN DENGAN KEMUDAHAN ASAS SEPERTI KLINIK KESIHATAN, BALAI RAYA, STESEN MINYAK, MASJID DAN LAIN-LAIN. 9. KELUASAN DARIPADA 5150 KPS. 10. HARGA DARIPADA RM8 PER KPS. 11. GERAN INDIVIDU 12. HARGA DARIPADA RM8 PER KPS. JIKA BERMINAT, SILA HUBUNGI:XXX Jika pihak tuan/puan ingin mendapatkan pengesahan bahasa berkenaan iklan ini, sila layari laman web www.dbpsahbahasa.my, kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan seperti di atas setelah pembetulan dilakukan. Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 24.01.2018 |
Salam, Permohonan saya untuk kelulusan untuk dua design papan tanda seperti di dalam lampiran telah ditolak atas alasan: 1) SPA DAN PUSAT KESIHATAN = SPA 2) PUSAT RAWATAN DAN KESIHATAN = SPA Untuk memenuhi syarat yang diperlukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan, menetapkan supaya ditulis Deskripsi ringkas tentang apa aktiviti yang dijalankan oleh syarikat di atas papan tanda yang akan dipamerkan di hadapan kedai, apakah yang boleh sayatulis sekarang? Ini adalah permohonan semakan untuk cawangan saya yang ke empat. Untuk 3 permohonan terdahulu telah diluluskan oleh pihak DBP tanpa membangkitkan isu ini dan pihak PBT juga telah mengeluarkan lesen dengan mudah. Saya sertakan juga contoh permohonan terdahulu yang telah diluluskan. Saya ingin memohon pihak DBP menilai semula terhadap keputusan penilaian yang telah dibuat. Terimaksih. | Untuk makluman, pihak kami telah mendapat arahan terkini yang kami tidak dibenarkan meluluskan papan iklan PUSAT KESIHATAN jika merujuk kepada kedai biasa. PUSAT RAWATAN KESIHATAN hanya dibenarkan jika merujuk kepada klinik kesihatan. | Lain-lain | 26.01.2017 |
Perbezaan Poliklinik dan Klinik. | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, klinik ialah 1. tempat utk memberi diagnosis dan merawat pesakit luar: amat perlu mendirikan ~ di kampung-kampung utk menjaga kesihatan orang-orang kampung; 2. tempat yg serupa yg dianggotai oleh pakar perubatan atau pakar pembedahan yg mengkhusus akan satu atau lebih bidang: ~ mata. Poliklinik pula ialah hospital atau klinik tempat merawat berbagai-bagai penyakit. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 14.05.2009 |
maksud penyakit sopak dan kusta | Merujuk Kamus Dewan, penyakit sopak ialah penyakit kulit (berbelang-belang putih pd tangan atau kaki). Kusta pula ialah sejenis penyakit yg merosakkan kulit atau daging dgn menyebabkan bahagian-bahagian anggota atau tubuh pecah-pecah dan bernanah dan merosakkan jari-jari tangan dan kaki. Untuk mengetahui sesuatu maksud perkataan, sila rujuk Kamus Dewan atau mengenai penyakit ssila rujuk pihak berkaitan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia atau klinik yang berdekatan. | Makna | 26.08.2008 |