[klon] | کلون
Definisi : 1. (Bio) sekumpulan sel atau organisma yg serba serupa dr segi genetik, yg terhasil drpd leluhur sepunya melalui pembiakan aseksual, mis secara cantuman; 2. produk yg dihasilkan menyerupai model asal dr segi fungsi, ciri dsb, biasanya berkualiti kurang baik; 3. telefon bimbit (selular) atau kad kredit pendua yg telah diberi identiti elektronik telefon bimbit atau kad kredit asal yg sedia ada secara tidak sah utk tujuan penyelewengan atau penipuan; mengklon membuat atau menghasilkan klon: tindakan keras akan diambil terhadap penjenayah yg ~ telefon bimbit; ahli embriologi di universiti itu dikatakan telah berjaya ~ embrio manusia; jabatan itu telah ~ beberapa jenis buah-buahan dan sayuran liar; pengklonan perihal (proses atau perbuatan) membuat atau menghasilkan klon: ~ telefon bimbit semakin berleluasa; ~ haiwan ternakan spt bebiri boleh menghasilkan ternakan lebih bermutu; pengklon orang, pihak dsb yg membuat atau menghasilkan klon: ~ telefon selular. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[klon] | کلون
Definisi : 1 ist organisma, pokok, haiwan dsb yg diperoleh atau dihasilkan secara pembiakan tanpa seks dr satu leluhur. 2 sesuatu atau seseorang yg rupanya benar-benar sama dgn sesuatu atau seseorang yg lain: Telefon yg digunakan itu bukan yg asli tetapi ~. 3 ist bkn komputer atau litar yg ditiru drpd reka bentuk asal: komputer ~. mengklon 1 menghasilkan organisma, pokok, haiwan dsb sbg klon: Jabatan itu telah ~ beberapa jenis buah-buahan. 2 membuat atau menghasilkan sesuatu sbg klon: Tindakan keras akan diambil terhadap penjenayah yg ~ telefon bimbit. pengklonan perihal, proses atau perbuatan menghasilkan klon: ~ haiwan ternakan; ~ telefon bimbit semakin berleluasa. pengklon orang, pihak dsb yg membuat atau menghasilkan klon: ~ telefon selular. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)