Biasanya klu dpt statas iklan lulus atau tidak.. Berapa lama ya... Sbb sy da hantar 3hari... | Sila hubungi kami ditalian 03-21479400/9500/9600 dan nyatakan nombor pendaftaran ikalan untuk kami memproses permohonan tuan dengan kadar yang segera. | Lain-lain | 24.06.2015 |
Fauzi Jibril MON 11:33PM klu kt DBP ade jual lgi x buku ni. sbb 5 tahun lepas klu x silap sy prnah g DBP tnye psal buku ni kt kaunter kate nye dh habis. dan mcm mne sy blh dpt kn buku ni | Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. | Lain-lain | 18.07.2016 |
permainan silang kata klu minyak untuk engin diesel ada 5 konsonen bermula dengan huruf d dan akhir dengan huruf v... | Untuk makluman sdr perkhidmatan KNDBP tidak meliputi pertandingan teka silang kata atau apa-apa pertandingan, tugasan pelajar, dan sebagainya. walau bagaimanapun, sdr dinasihatkan menggunakan Kamus Dewan dalam talian di laman web DBP. | Lain-lain | 10.02.2009 |
SAT 13:06 Daus A'aily Daus Assalamualaikum. ..klu ade kje kosong utk part time. .mntk tlg infi kt sy...sy dtg bwk smua dokumen yg dprlukn | Iklan jawatan kosong di DBP akan diiklankan melalui laman web kami dan akhbar harian utama berbahasa Melayu. Sila layari laman web kami dari semasa ke semasa. | Lain-lain | 04.02.2017 |
Mee Wee Ting SEL 9.19 PTG Maaf, sy ingin tnya, klu untuk mengucap selamat, selepas pukul 7pm disebut selamat petang ataupun selamat malam? | Terima kasih. Penggalan waktu yang betul adalah seperti yang berikut: 12.00-1.59 tengah hari; 2.00 - 6.59 petang; 7.00- 11.59 malam; 12.00- 12.59 tengah malam; 1.00- 11.59 pagi. Harap maklum dan terima kasih. | Istilah | 23.05.2017 |
Selamat petang saudara admin. Mohon bertanya, mana satukah ejaan yang betul, sentimeter atau centimeter klu digunakan dalam bahasa Melayu. Mohon penjelasan, terima kasih. | Dalam bentuk ejaan penuh ialah sentimeter, manakala kependekannya ialah cm. | Makna | 05.05.2015 |
1)askm,soalan saya yang mana hendakdigunakan peti pos@peti surat.didalam pejabat pos terdapat peti surat yang terdapat pada dinding pejabat pos.klu ditepi jln peti peti surat yg brwrna merah dipanggil peti surat,ttp ddlam pjbt pos trdapat peti pada dinding pjbt pos untuk mngeposkan surat.apayg prlu kt panggil peti pos,peti surat atau ada prkataanlain...trma ksih hrp dpt bantu | peti surat | Istilah | 28.07.2010 |
Fiza Aziz SAT 12:25PM Assalamualaikum. Sya nk bertanya... penggunaan ayt yg betul. Adakah sempena hari kemerdekaan ke atau sempena hari kebangsaan? Sbb katanya klu *hari kemerdekaan, hanya pada 31ogos1957 | Hari Kebangsaan ialah hari penting yang dirayakan oleh seluruh rakyat, manakala Hari Kemerdekaan ialah hari yang dirayakan oleh seluruh rakyat khusus untuk memperingati kemerdekaan negara. Ini bermakna Hari Kemerdekaan juga ialah Hari Kebangsaan tetapi Hari Kebangsaan tidak semestinya Hari Kemerdekaan.Kedua-duanya betul tetapi lazimnya disebut Hari Kebangsaan (terjemahan kepada National Day dalam bahasa Melayu). | Lain-lain | 13.08.2016 |
Pengguna 'Premier'itu adalah terburuk dan membelakangi bahasa kebangsaan.Sbb,tidak beridentiti gelaran bahasa Kebangsaan.Juga, memisahkan gelaran yg diguna oleh negeri lain di Malaysia.Klu diperhati dgn lanjut,para menteri - mnteri di Sabah & Sarawak bila berucap dlm Bahasa Inggeris juga lemah.B.Inggeris peringkat rendah.Untuk apa ditukar guna Premier?Perkataan Premier juga hampir pd Prime .Ini diguna pakai untuk Prime Minister(PM) saja.PM menwakili 32.4 juta rakyat.Premier cuma 2.8 juta saja!Yg. hairan,kenapa ditukar dgn tergesa-gesa?Jika hendak ditukar juga,guna pakai Premier hanya kuatkuasa dlm Sarawak saja.Dlm urusan resmi Persekutuan ,hanya layak diguna perkataan Ketua Menteri saja.Persekutuan mesti tolak sbb Premier tidak menepati aspirasi keluarga Malaysia! | Kami ambil maklum pandangan tuan dalam hal penggunaan perkataan "premier" dalam konteks yang berkenaan. Dalam konteks umum premier diterjemahkan kepada "utama" atau "ulung", manakala dalam konteks perjawatan diterjemahkan kepada Perdana Menteri seperti yang tuan maklumi. Atas keprihatinan tuan dalam hal penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul kami ucapkan syabas dan terima kasih. | Lain-lain | 17.02.2022 |
Penggunaan perkataan Dato' dan Datuk?.Untuk makluman tuan,sblum ini saya pernah berkhidmat di Pej Sultan Kelantan.Sememangnya kami amat mengutamaan Protokol dlm penggunaan perkataan/bahasa bg urusan surat menyurat dgn VVIP.Saya difahamkn,Darjah Kebesaran yg d'anugerahkan olh Sultan gelaranya adlah Dato' manakala anugerah dr Ketua Menteri spt Melaka & P/Pinang gelaranya adlah Datuk.Klu blh pihak tuan dpt membuat penyelarasan dengan pihak berkaitan dlm pengunaan gelaran/perkataan tersebut,memandangkan sumbangan/jasa perkhidmatan drpd penerima darjah adlah berbeza.Seseorang yg memberi sumbangan dgn sangup berkorban untuk negeri,rakyat dan negara perlu diangkat darjatnya berbanding dgn seseorg peniaga yg berjya dlm perniagaanya.Sekian,terima kasih | Untuk makluman saudara kami maklum bahawa Dato' ialah gelaran kebesaran yang dianugerahkan oleh Sultan/Yang di-Pertuan Besar negeri-negeri Melayu. Manakala Datuk ialah gelaran kebesaran yang dianugerah oleh Yang di-Pertuan Agong (kerajaan Persekutuan) dan negeri-negeri yang tidak mempunyai sultan seperti Pulau Pinang dan Sabah. Pihak kami amat mengambil berat penggunaan gelaran ini dalam semua urusan yang berkaitan dengan gelaran ini. Walau bagaimanapun pihak media menyelaraskan penggunaan kedua-dua gelaran ini kepada Datuk sahaja bagi mengelakkan kekeliruan/kesilapan dalam penggunaan gelaran tersebut bagi mengatasi keperluan kerja mereka yang mendesak dan segera. Penyelarasan penggunaan gelaran ini dalam kalangan media adalah di luar bidang kuasa DBP. | Karya | 10.12.2010 |