1. Di dalam kluster atau dalam kluster 2. Di kalangan atau dalam kalangan atau di dalam kalangan | Jawapan yang betul ialah dalam kluster dan dalam kalangan | Tatabahasa | 13.06.2020 |
1. Istilah Bahasa Melayu bagi "win win situation" 2. Penggunaan kata sendi nama; di dalam kluster atau dalam kluster 3. Penggunaan kata sendi nama; di kalangan atau dalam kalangan atau di dalam kalangan | Salam sejahtera, 1. win-win situation- situasi sama menang 2. dalam kluster 3. dalam kalangan Sekian, terima kasih. Layari www.prpm.dbp.gov.my untuk mengetahui lebih lanjut tentang penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul. | Tatabahasa | 22.06.2020 |
1.PUSAT BELI - BELAH ATAU PUSAT MEMBELI BELAH? 2.APAKAH MAKSUD KLASTER? DAN BEZA KLUSTER DENGAN KLASTER? | Berdasarkan rujukan kami, tiada kata klaster. Manakala kluster terdapat dalam istilah MABBIM yang digunakan di Indonesia. Di Malaysia istilah kluster bermaksud kelompok, gugusan dalam bidang teknologi maklumat. | Lain-lain | 10.06.2010 |
Program Pemuafakatan Sekolah Kluster | Majlis Permuafakatan Sekolah Kluster | Lain-lain | 05.08.2008 |
Mohon pengesahan perkataan ini dalam tulisan jawi Kluster | Ejaan jawi bagi perkataan kluster ialah کلوستر
| Ejaan | 12.04.2020 |
Saya ingin bertanya. Di INSTUN, terdapat 3 buah pusat kecemerlangan (kelas) untuk bidang ukur dan pemetaan. Bagi menggambarkan ketiga-tiga pusat kecemerlangan tersebut, bolehkah ianya disebut sebagai Kluster Kecemerlangan Ukur dan Pemetaan. Sekian, terima kasih. | Kluster Kecemerlangan Ukur dan Pemetaan boleh diterima. | Istilah | 16.01.2017 |