| Salam sejahtera. Adakah perkataan "ko-akademik " boleh digunakan T.kasih | Tidak ada makna ko-akademik dalam sumber rujukan kami. | Makna | 21.11.2018 |
| Assalamualaikum 1.Apakah yang dimaksudkan dengan koakademik? 2. yang mana betul? koakademik atau ko-akademik | Tidak ada makna koakademik dalam sumber rujukan kami. Jika kokurikulum bermaksud kurikulum yang merupakan sebahagian daripa kurikulum asas, maka koakademik boleh membawa maksud sebahagian daripada ilmu pengetahuan asas. | Makna | 21.06.2012 |
| bagaimanakah cara untuk mengisi sebarang kekosongan jawatan di DBP | Sila isikan borang permohonan jawatan yang boleh dimuat turun melalui laman web: http://www.dbp.gov.my. Sertakan dokumen yang boleh menyokong permohonan anda contohnya salinan sijil akademik, ko-kurikulum, penglibatan dalam persatuan pelbagai peringkat dan sebagainya. Pastikan salinan sijil tersebut disahkan seperti salinan asal terlebih dahulu sebelum dihantar kepada kami. | Lain-lain | 30.01.2008 |
| Pengetua menasihati pelajar-pelajar agar mereka ()mementingkan pencapaian dalam bidang akademik, () dalam bidang ko-kurikulum Asama ada....ataupun Bsungguhpun...tetapi Cbagaimana...begitulah Dbukan sahja...tetapi mana satu yang betul Terima kasih | Jawapan yang betul ialah D. bukan sahaja … tetapi Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau sila layari laman web PRPM. | Tatabahasa | 22.03.2022 |