Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana untuk menyebut perkataan serapan daripada bahasa Inggeris yang bermula dengan psi seperti psikologi. Adakah disebut pi-si-ko-lo-gi atau si-ko-lo-gi yang bermaksud huruf P itu disenyapkan?Psikologi boleh disebut dengan dua cara iaitu [psi.ko.lo.gi] dan [si.ko.lo.gi]Tatabahasa15.04.2019
“Latihan ko-kurikulum pada hari Sabtu juga di atas permintaan mereka sendiri. Sebagai pengetua, saya cuma mengusulkan bayaran saguhati KEPADA/DARIPADA pihak PIBG agar guru-guru ini menerima sedikit sumbangan atas pengorbanan masa mereka meninggalkan keluarga di rumah pada hari-hari cuti. Kepada atau daripada?Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud Kepada ialah kata sendi nama yang menyatakan sasaran manakala daripada pula kata sendi nama untuk menerangkan asal (sumber, bahan dan lain-lain) sesuatu benda. Maka yang paling sesuai ialah DARIPADATatabahasa07.12.2016
Ejaan bagi ko-kurikulum dieja bergabung atau berpisah? 1. Ko-kurikulum 2. Kokurikulum Yang mana betul?Ejaan yang betul ialah kokurikulumEjaan06.08.2007
Salam sejahtera. Adakah perkataan "ko-akademik " boleh digunakan T.kasihTidak ada makna ko-akademik dalam sumber rujukan kami. Makna21.11.2018
Bagaimana mencerakinkan suku kata untuk perkataan berimbuhan berikut: makanan (ma+ka+nan atau ma+kan+an), mengatasi (me+nga+ta+si), mengekori (me+nge+ko+ri atau me+nge+kor+i)Merujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, perkataan makanan disebut, [ma.kan.an], mengatasi [me.nga.ta.si], mengekori [me.nge.ko.ri].

Tatabahasa04.05.2013
mana yang betul: kokurikulum atau ko-kurikulumYang betul ialah kokurikulum.Tatabahasa10.08.2007
Assalamualaikum 1.Apakah yang dimaksudkan dengan koakademik? 2. yang mana betul? koakademik atau ko-akademikTidak ada makna koakademik dalam sumber rujukan kami. Jika kokurikulum bermaksud kurikulum yang merupakan sebahagian daripa kurikulum asas, maka koakademik boleh membawa maksud sebahagian daripada ilmu pengetahuan asas.Makna21.06.2012
Saya ingin bertanya mengenai penggunaan kata bagi berketerampilan ataupun berketrampilan dan kokurikulum ataupun ko-kurikulum. Sekian, terima kasih.berketerampilan. kokurikulum.Tatabahasa07.11.2007
Mengapakah asam boi tiada dalam kamus dewan?Dalam pangkalan data kami terdapat perkataan "asam ko" dan "asam masin" yang membawa maksud sejenis buah masam yang dikeringkan.Lain-lain20.09.2018
Saya ingin bertanya ejaan yang betul bagi dialek Kelantan berikut: Wo sihat. Mu sain skolah Irfan ko? (Nenek sihat. Kamu sama sekolah dengan Irfankah?) Ore muda Singapore perangae tok molek yo? (Orang muda Singapura perangai tidak elok ya?) Terima kasih.Untuk mendapatkan ejaan yang betul sila rujuk laman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu  (PRPM) di bawah Glosari Dialek Kelantan.Ejaan24.07.2019
123

Kembali ke atas