Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ko-kurikulum


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ejaan bagi ko-kurikulum dieja bergabung atau berpisah? 1. Ko-kurikulum 2. Kokurikulum Yang mana betul?Ejaan yang betul ialah kokurikulumEjaan06.08.2007
“Latihan ko-kurikulum pada hari Sabtu juga di atas permintaan mereka sendiri. Sebagai pengetua, saya cuma mengusulkan bayaran saguhati KEPADA/DARIPADA pihak PIBG agar guru-guru ini menerima sedikit sumbangan atas pengorbanan masa mereka meninggalkan keluarga di rumah pada hari-hari cuti. Kepada atau daripada?Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud Kepada ialah kata sendi nama yang menyatakan sasaran manakala daripada pula kata sendi nama untuk menerangkan asal (sumber, bahan dan lain-lain) sesuatu benda. Maka yang paling sesuai ialah DARIPADATatabahasa07.12.2016
mana yang betul: kokurikulum atau ko-kurikulumYang betul ialah kokurikulum.Tatabahasa10.08.2007
Pengetua menasihati pelajar-pelajar agar mereka ()mementingkan pencapaian dalam bidang akademik, () dalam bidang ko-kurikulum Asama ada....ataupun Bsungguhpun...tetapi Cbagaimana...begitulah Dbukan sahja...tetapi mana satu yang betul Terima kasih

Jawapan yang betul ialah D. bukan sahaja … tetapi

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau sila layari laman web PRPM.

Tatabahasa22.03.2022
Saya ingin bertanya mengenai penggunaan kata bagi berketerampilan ataupun berketrampilan dan kokurikulum ataupun ko-kurikulum. Sekian, terima kasih.berketerampilan. kokurikulum.Tatabahasa07.11.2007
Format yang betul untuk menulis DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, ejaan "venue" dalam bm, matapelajaran/mata pelajaran, ko-kurikulum/kokurikulum. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah - DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,  "venue" diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu sebagai tempat (belum ada istilah venue), mata pelajaran, kokurikulum.Ejaan30.07.2008
Assalamualaikum, Tuan bersama ini saya sertakan beberapa pertanyaan untuk mendapat jawapan. 1. Manakah cara mengeja yang tepat? Penolong Kanan Kokurikulum atau Penolong Kanan Ko-Kurikulum atau Penolong Kanan KoKurikulum. 2. Mohon tuan berikan makna kata dialek Minang di bawah dalam bahasa Melayu Baku. di ma ati ka rusuah di ma ati indak ka maupek awak ta kicuah capang capeh tiok sabanta Untuk pengetahuan tuan melalui carian internet saya mendapat jawapan, tetapi masih ragu kewibawaan pihak berkenaan, kebanyakan daripada blogger. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah: 
1. Penolong Kanan Kokurikulum 
2. Maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami, sila rujuk persatuan atau individu yang berkaitan seperti Persatuan Penulis Negeri Sembilan.
Tatabahasa05.03.2012
bagaimanakah cara untuk mengisi sebarang kekosongan jawatan di DBPSila isikan borang permohonan jawatan yang boleh dimuat turun melalui laman web: http://www.dbp.gov.my. Sertakan dokumen yang boleh menyokong permohonan anda contohnya salinan sijil akademik, ko-kurikulum, penglibatan dalam persatuan pelbagai peringkat dan sebagainya. Pastikan salinan sijil tersebut disahkan seperti salinan asal terlebih dahulu sebelum dihantar kepada kami. Lain-lain30.01.2008
Assalamualaikum 1.Apakah yang dimaksudkan dengan koakademik? 2. yang mana betul? koakademik atau ko-akademikTidak ada makna koakademik dalam sumber rujukan kami. Jika kokurikulum bermaksud kurikulum yang merupakan sebahagian daripa kurikulum asas, maka koakademik boleh membawa maksud sebahagian daripada ilmu pengetahuan asas.Makna21.06.2012

Kembali ke atas