Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kod] | کود

Definisi : 1. = tulisan ~ tulisan dgn tanda dll yg mempunyai erti yg tertentu atau yg tersem­bunyi (rahsia): arahan kpd pegawai tentera itu dikirim dlm tulisan ~; 2. sistem simbol­-simbol utk menyampaikan maklumat atau arahan kpd komputer: ~ Morse; 3. serangkai huruf atau nombor yg digunakan utk mengenal pasti sesuatu tempat, objek, dsb mis kod alamat surat-menyurat; ~ Morse kod yg terdiri drpd titik dan sempang yg digunakan dlm pengiriman berita dll menerusi telegraf; ~ warna sistem kod yg menggunakan pelbagai warna sbg cara utk mengenal pasti komponen, objek dsb yg ber­lainan; berkod mempunyai (dlm bentuk) kod: mereka menerima arahan ~; mengekodkan 1. menulis dlm bentuk kod; 2. mengadakan kod; 3. mengkodifikasikan; pengekodan perbuatan (kerja, proses) me­ngekodkan atau mengkodifikasikan: ~ tatabahasa Yunani telah dijalankan pd zaman kerajaan Helenistik; pengekod orang yg mengekodkan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kod] | کود

Definisi : ; ikan ~ sj ikan laut drpd famili Gadidae, yg minyak drpd hatinya kaya dgn vitamin A dan D. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kod] | کود

Definisi : 1 = tulisan ~ tulisan, tanda dll yg mempunyai erti yg tersembunyi atau yg khusus, atau sbg singkatan. 2 sistem yg menggunakan simbol-simbol utk menyampaikan sesuatu maklumat atau arahan. ~ warna kod yg menggunakan pelbagai warna sbg cara utk mengenal pasti komponen, objek dsb yg berlainan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kod


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya telah membuat carian bestari untuk perkataan "style", malangnya, hasil carian adalah kod-kod HTML. berikut merupakan contoh hasil carian: style="font-style: italic;">style="color: #9999cc; font-family: "times new roman", times, serif;">Terengganustyle="font-family: "times new roman", times, serif;"> style="color: #660033; font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: small;">air kotor di pelimbahan yang biasanya terdapat di belakang dapur rumah Diharap pihak DBP dapat membuat penambahbaikan untuk kes seperti ini.Terima kasih atas keprihatinan dalam perkara ini, pihak kami akan panjangkan perkara ini kepada pihak sistem maklumat kami untuk penambahbaikan. Kami mohon maaf atas kesulitan yang anda hadapi.Lain-lain04.08.2021
Selamat pagi DBP, Saya ingin meminta tunjuk ajar DBP berhubung soalan-soalan berikut: 1. Code switching = peNcampuran kod atau peRcampuran kod? 2. Semantic Trait = trait semantik? 3. adakah

1. code switching - alih kod (bidang Linguistik)

2. semantic trait - ciri semantik (bidang Linguistik)

Istilah15.04.2011
salam, saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang makna pencampuran kodDalam data kami, tiada makna khusus bagi istilah percampuran kod.

Walau bagaimanapun, Kamus Dewan mendefinisikan kod sebagai serangkai huruf atau nombor yang digunakan untuk mengenal pasti sesuatu tempat. Manakala percampuran ialah perihal bercampur atau bercampur aduk.

Oleh itu, percampuran kod bermaksud perihal mencampurkan serangkai huruf atau nombor yang digunakan untuk mengenal pasti sesuatu tempat. Tuan boleh menyesuaikan makna tersebut mengikut bidang kajian dan merujuk buku yang berkaitan.
Makna18.09.2013
QR Kod di dalam buku teks sejarah tahun 4 tidak lagi berfungsi. Contoh-contol URL selepas imbas QR Kod. http://bukuteks.dbp.gov.my/media.php?id=2022 Di manakan boleh maklumat ini boleh didapati sekarang?Hasil semakan pihak kami, tiada masalah untuk mengakses kod QR dalam buku teks Sejarah Tahun 4 SK. Mohon kerjasama saudara untuk mencuba sekali lagi.Lain-lain15.07.2023
Salam. Apakah sebutan dan ejaan Jawi bagi istilah "Unikod"? Adakah ia u.ni.kod (اونيکود) atau yu.ni.kod (يونيکود)? Terima kasih.Ejaan Jawi yang betul ialah اونيکود dan sebutannya seperti ejaan, iaitu (u.ni.kod).Ejaan05.04.2021
Salam dan terima kasih kerana sedia membantu. "Code of Practice" merupakan suatu set kaedah bertulis yang menerangkan bagaimana orang yang bekerja dalam profesion atau kumpulan tertentu harus bertindak. Apakah terjemahan yang paling sesuai untuk "Code of Practice" - Kod Amalan, Kod Tata Amalan atau apa-apa terjemahan lain? Sekali lagi, terima kasihIstilah "code of practice" dalam bahasa Melayu ialah "tataamalan".Penyemakan dan penterjemahan22.07.2019
Saya ingin mendapatkan kepastian istilah yang lebih sesuai bagi istilah Bahada Inggeris 'Code of Ethics and Conduct'? Sama ada 'Kod Etika dan Tatakelakuan' atau 'Kod Etika dan Tatalaku' atau 'Tataetika dan Kelakuan' atau 'Tataetika dan Tatalaku'?'Code of Ethics and Conduct' - 'Kod Etika dan Tatakelakuan'Istilah30.01.2018
Terjemahan bagi terma "Code of Practice" ialah Tataamalan. Boleh kan Tataamalan di tambah perkataan Kod di depan nya dan menjadi Kod Tataamalan bagi menjadikan ia selari dengan Code of Practice?
Menurut data kami, terjemahan bagi "Code of Practice" ialah tataamalan dan perkataan tersebut telah mantap tanpa perlu ditambah dengan perkataan "kod" di hadapan.
Makna04.05.2016
Salam. Saya hendak mengetahui terjemahan Bahasa Melayu bagi istilah "QR Code". QR pula merupakan singkatan bagi Quick Response. Terima kasih.Salam sejahtera,

Tuan,

Terjemahan QR Code: Kod QR atau Kod respons pantas.

Sekian, terima kasih.
Makna20.06.2017
Soalan : Mohon semak ayat - tatabahasa. Walaubagaimanapun, pihak Kementerian dan pihak-pihak lain yang terlibat dengan penyediaan dan penerbitan Kod ini tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian, kerosakan atau kecederaan yang berbangkit secara langsung atau tidak langsung akibat sebarang Akta atau Peraturan-peraturan dengan penerimaaanpakai Kod ini.

Puan Rozita,

Ayat yang betul ialah - Walau bagaimanapun, pihak kementerian dan pihak-pihak lain yang terlibat dalam penyediaan dan penerbitan kod ini tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian, kerosakan atau kecederaan yang berlaku secara langsung atau tidak langsung mengikut akta atau peraturan jika kod ini diterima pakai. 

Tatabahasa04.10.2010
12345678910...

Kembali ke atas