apa itu koheren dan kohesi | Koheren bermaksud ada kesinambungan (keterikatan) antara satu ayat dgn ayat yg lain (dlm sesebuah wacana) supaya mudah difahami. Kohesi bermaksud perhubungan yang erat ataupun perpaduan. | Makna | 31.05.2011 |
Bagaimana meningkat koheren dan kohensi dalam penulisan formal dan bentuk cereka, novel dan cerpen. | Bagus kerana saudara mengambil berat tentang prinsip asas dalam linguistik teks dan retorik terutama amalan praktis untuk meningkatkan koheren serta kohesi dalam penulisan formal dan kreatif. Ringkasnya, koheren tentang idea wacana tersusun dan logik, manakala kohesi tentang keterkaitan hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain untuk menghasilkan satu wacana yang lengkap dan gramatis. Tips Meningkatkan Koheren dan Kohesi dalam Penulisan Formal: Susun Rangka Penulisan Secara Sistematik: Mulakan dengan pengenalan yang jelas, diikuti isi utama yang tersusun mengikut topik, dan diakhiri dengan kesimpulan yang menguatkan mesej. Gunakan Kata Hubung yang Sesuai: Antara misalan termasuklah "oleh itu", "selain itu", "bagaimanapun", "seterusnya", untuk mengaitkan idea agar aliran tulisan lebih lancar. Jaga Kesinambungan Idea: Setiap perenggan harus berpaut kepada idea utama. Elakkan lompat dari satu perkara ke perkara lain secara tiba-tiba. Periksa Gaya Bahasa dan Tatabahasa: Penulisan formal memerlukan bahasa yang tepat dan lengkap dari segi tatabahasa untuk memudahkan pemahaman. Tips Meningkatkan Koheren dan Kohesi dalam Penulisan Cerpen, Novel, dan Cereka: Bangunkan Plot dan Tema dengan Jelas: Pastikan jalan cerita tersusun dengan baik supaya pembaca boleh mengikuti perkembangan cerita dengan mudah. Gunakan Dialog dan Naratif yang Bersifat Kohesif: Dialog antara watak harus berkaitan dengan keadaan cerita dan naratif menjelaskan suasana, perasaan, atau tindakan watak secara jelas. Pengulangan dan Sinonim: Penggunaan perkataan yang berulang atau sinonim dapat membantu mengekalkan fokus pembaca dan sambungan antara ayat dan perenggan. Perhatikan Gaya Bahasa: Dalam bentuk sastera, bahasa boleh bersifat lebih kreatif tetapi jangan sampai mengganggu kelancaran pemahaman. Untuk rujukan tambahan, sila dapatkan buku tulisan Asmah Haji Omar, Wacana Teks Genre: Teori dan Kaedah di kedai Ujana Buku DBP atau layari DBPniaga (dbpniaga.my).
| Karya | 21.07.2025 |
Apakah maksud 'koheren' dan 'kohesi'..?? Berikan contoh TQVM | Koheren bermaksud ada kesinambungan (keterikatan) antara satu ayat dengan ayat yang lain (dlm sesebuah wacana) supaya mudah difahami. Kohesi ialah perhubungan yang erat atau disebut perpaduan. | Tatabahasa | 27.05.2011 |
Minta npenjelasan tentang maksud kohesi dan koheren | Kohesi bermaksud 1. Kekuatan tarik-menarik di antara molekul dlm sesuatu benda yg menjadikan molekul-molekul itu bertautan atau bergabungan; dan 2. perhubungan yang erat, atau perpaduan. Manakala koheren bermaksud 1. berhubungan, bersangkut paut; dan 2. ada kesinambungan (keterikatan) antara satu ayat dengan ayat yang lain (dlm sesebuah wacana) supaya mudah difahami. | Makna | 26.12.2009 |
Boleh namakan teori-teori yang berkaitan kohesi dan koheren? | Tidak ada maklumat dalam pangkalan data kami yang menjurus kepada tajuk tersebut. Sila rujuk artikel yang disenaraikan yang diharapkan dapat membantu sudara mendapatkan maklumat tersebut. Kohesi dalam wacana bertulis, Radiah Yusoff, Nor Aini Ismail, Dewan Bahasa,1 February 2002 Sarana kohesi dalam pengajaran karangan, Zamri Salleh, Pelita Bahasa, 1 March 2009 Peranan kohesi dalam membina ketekstualan teks berita arab dalam talian, Mohd Azidan Abdul Jabar, Jurnal Bahasa, 1 March 2005 Wacana, penanda wacana, kohesi, koheren, Mohd. Zaini Othman, Pelita Bahasa, 1 March 2004 Analisis Tautan Ayat dari Segi Kohesi Nahuan, dan Leksikal dalam Penulisan Karangan, Abdul Jalil Othman, Jurnal Dewan Bahasa, 1 August 2000 Wacana dalam teks penulisan: satu tinjauan tentang pertautanberdasarkan analisis kohesi dan koheren, Khathijah Abdul Hamid, Jurnal Dewan Bahasa, 1 October 1996 | Tatabahasa | 03.07.2011 |
Bolehkah memulakan ayat dengan perkataan ' Namun ' ? Sekian, terima kasih. | Namun boleh digunakan untuk memulakan ayat. Walau bagaimanapun, ayat tersebut perlu mempunyai unsur koheren. | Tatabahasa | 06.05.2009 |
Bagaimanakah cara untuk baca perkataan 'cache'? Apakah ejaan Jawi untuk perkataan 'cache'?
Saya merujuk kepada perkataan 'cache' dalam bidang komputer dan teknologi maklumat seperti "ingatan cache", "capaian cache", "cache data", "capaian ingatan tak seragam koheren cache", yang mana kesemuanya ada di bahagian "Kamus Bahasa Melayu" dan "Istilah Bahasa Melayu" di PRPM
Adakah ianya dibaca seperti bahasa Inggeris iaitu késh dan dieja dalam Jawi seperti کيش ataupun ianya dibaca ikut cara eja Melayu iaitu cacé dan dieja dalam Jawi seperti چاچي ataupun ianya dibaca dengan cara yang lain sama sekali? | Cara untuk menyebut perkataan cache ialah "kesh". Oleh itu, ejaan Jawi untuk perkataan cache ialah کيش.
| Lain-lain | 09.07.2020 |
Pada 2 tahun lepas, pihak DBP telah memperkenalkan perkataan baru iaitu selam rinci yang asalnya daripada perkataan Bahasa Inggeris iaitu deep dive. Boleh tunjuk contoh penggunaan selam rinci dalam ayat? Kalau dalam English, "My manager wants me to a deep dive on our main competitor." | Selam rinci ialah istilah yang digunakan dalam bidang pendidikan. Contoh penggunaannya Tujuan selam rinci adalah untuk menyoal siasat dan mewujudkan asas bukti yang koheren mengenai kualiti sistem pendidikan. | Tatabahasa | 03.07.2024 |