Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.ma] | کوما

Definisi : tanda baca (,) utk menandakan tempat berhenti sebentar ketika membaca; ~ bernoktah = titik ~ tanda baca (;) utk menandakan tempat berhenti membaca se­bentar; ~ di atas, tanda koma yg dituliskan di sebelah atas di hujung suku kata (spt tanda koma pd perkataan Dato’ dll); ~ terbalik tanda koma yg ditulis terbalik dan biasanya di sebelah atas baris atau perkataan, tanda ‘atau’; berkoma terdapat tanda koma; mengomakan meletakkan tanda koma pd: ~ ayat yg panjang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.ma] | کوما

Definisi : keadaan tidak sedarkan diri utk beberapa lama (biasanya akibat kemalangan atau sesuatu penyakit): dlm keadaan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.ma] | کوما

Definisi : tanda baca(an) (,) utk menandakan tempat berhenti sebentar: ~ bernoktah tanda baca(an) (;). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ko.ma] | کوما

Definisi : keadaan tidak sedar akan diri kerana sakit, cedera dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata koma


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana menggunakan tanda titik koma dengan betul dalam ayat,bagaimana ingin membezakan tanda baca titik koma dengan tanda baca koma dalam ayat,mengapa tanda baca ini jarang digunakan dan sila nyatakan beberapa contoh ayat yang mengandungi tanda baca titik koma.

Dibetulkan istilah tanda baca, daripada 'titik koma' kepada 'koma bertitik'.

Tanda koma bertitik (;) digunakan apabila:
(a)  memisahkan dua atau beberapa klausa dalam satu ayat. Contohnya: (i) Membaca menambah ilmu; berfikir mempertajam akal; jadikanlah kedua-dua ini pegangan hidupmu. (ii) Malam makin larut; kerja masih banyak.
(b)  memisahkan klausa induk daripada klausa atau frasa yang bermula dengan kata hubung juga, walau bagaimanapun, di samping itu, oleh yang demikian, sesungguhnya, dan sebagainya. Contohnya: (i) Harga barang-barang di pasaran tidak turun; malah bertambah naik. (ii) Antara pendekatan yang boleh digunakan termasuklah pendekatan psikologi; pendekatan androgogi; dan pendekatan sinergogi.

(c)  memisahkan klausa yang bersiri yang berlainan maklumat dalam satu ayat yang lengkap. Contohnya: kepada mereka yang selamat, diucapkan syukur; kepada mereka yang cedera, diminta bersabar; dan kepada keluarga mereka yang gugur, diucapkan takziah.

Tanda koma (,) digunakan:

(a)   sebagai unsur pemisah.

(b)   sebagai unsur yang mengapit keterangan subjek, predikat atau objek. Contohnya: (i) Duit syiling itu jatuh, dan sebelum sempat dipungutnya, bergolek laju ke dalam lubang. (ii) Pagi tadi, sebelum datang ke sini, saya singgah sebentar di pejabat. (iii) Lima belas orang, termasuk dua orang wanita, telah menyertai bengkel itu.

(c)   mewujudkan ada perkataan yang telah dihilangkan. Contohnya: Saya mahu kopi. Dia, teh tarik.

Tanda koma bertitik jarang digunakan, mungkin disebabkan pengguna kurang faham.

Perbezaan penggunaannya tidak ketara, boleh menggunakan sama ada tanda koma atau koma bertitik untuk memisahkan beberapa klausa dalam ayat. Kecuali, jika dalam beberapa klausa ada penggunaan tanda koma.

Lain-lain04.03.2012
Penggunaan koma selepas perkataan "dan". Bila perlukan koma dan bila tidak perlukan koma?

Penggunaan tanda koma (,) digunakan sebelum perkataan "dan", bukan selepas perkataan "dan".  Penggunaan tanda koma tidak perlu digunakan sebelum kata "dan" sekiranya ayat tersebut ialah ayat setara dan dikategorikan dalam kelompok yang sama. Contohnya: Emak membeli sayur-sayuran seperti bayam, kangkung, sawi dan kubis. (kelompok sayur).

Penggunaan koma sebelum perkataan "dan" biasanya untuk kategori yang berbeza, cthnya:   Saya membeli ikan, daging ayam, sayur, dan kad prabayar.  

Tatabahasa09.09.2009
saya keliru dengan penggunaan tanda koma dan koma bertitik. Saya sudah semak buku gaya dewan berkenaan ini tapi saya masih kurang faham. a) KATA TANYA; KATA PERINTAH DAN KATA SERU B) KATA TANYA, KATA PERINTAH DAN KATA SERU terima kasihPenggunaan tanda baca yang betul ialah tanda koma iaitu kata tanya, kata perintah dan kata seru.Tatabahasa13.05.2013
Adakah puisi berlainan mempunyai cara penandaan berbeza? eg. Pantun 4kerat; baris1 diakhiri koma, baris2 diakhiri koma bertitik, baris3 diakhiri koma dan baris4 dengan noktah. Bagaimana dengan jenis puisi lain?Itu adalah salah satu teknik penulisan puisi Melayu lama. Sila rujuk buku "Warisan Puisi Melayu" yang disusun oleh Prof. Mohd. Taib OsmanLain-lain31.10.2006
Bagaimana menggunakan pengikat kata yang mempunyai satu koma dan dua koma? Penggunaan pengikat kata dengan dua koma sudah diketahui bagi dialog. Bagaimana dengan perkara lain contohnya dalam ayat:Tertulis si situ perkataan 'keluar' atau "keluar".Terima kasih.

Saudara,

Tanda petik ("   " ) digunakan untuk i. mengapit cakap ajuk ii. mengapit judul rencana, karangan, puisi atau bab buku iii. mengapit istilah ilmiah atau kata yang mempunyai erti khusus.

Tanda petik ('   ' ) digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapait tanda petik.

Dalam ayat yang diberikan tanda baca yang digunakan ialah tanda petik ("   " ).

Lain-lain12.10.2010
salam sejahtera, Saya ingin kepastian tentang pengguanaan tanda koma(,) sebelum perkataan 'dan'. Adakah setiap kali sebelum 'dan' mesti diletak koma atau terdapat kriteria tertentu yang boleh dijadikan sebagai panduan sama ada perlu letak koma atau tidak. Adakah menjadi kesalahan jika tidak meletak koma sebelum 'dan'?Penggunaan tanda koma sebelum "dan" lebih kepada gaya penulisan, boleh ada atau tiada. Penggunaan koma sebelum "dan" biasanya digunakan apabila menyenaraikan kategori, contohnya Emak ke kedai membeli, ikan, sotong, dan surat khabar.Tatabahasa01.04.2013
Tanda baca 'koma' Bagaimanakah mengguna tanda koma dalam ayat berikut? 1. Ali, Murthy, dan Ah Chong pergi ke sekolah. ATAU 2. Ali, Murthy dan Ah Chong pergi ke sekolah. Yang mana satu betul? Terima kasih.Merujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, antara fungsi penggunaan tanda koma (,) ialah sebagai unsur pemisah bagi kata atau frasa yang berurutan. Oleh itu, ayat kedua adalah betul.Tatabahasa25.07.2008
PENGGUNAAN TANDA KOMA (,)TANDA KOMA BERFUNGSI SEBAGAI UNSUR PEMISAHLain-lain13.10.2010
selepas perkataan "walaupun" perlu tak ada tanda "," (KOMA)Tanda koma tidak perlu selepas perkataan walaupun.Tatabahasa22.09.2007
Soalan saya berkaitan dengan penggunaan koma. Adakah disebabkan perkara yang dinyatakan terletak dalam kategori yang sama sahaja , (koma) tidak perlu digunakan. Banyak buku-buku bacaan terkini (syarikat penerbitan terkenal) menggunakan koma sebelum kata hubung dan. Malah sebuah buku tulisan Dr Nik Safiah juga ada perkara yang sama. Minta dijelaskan. Terima kasih

Tidak perlu letak tanda koma sebelum 'dan' seperti contoh berikut: Ali , Ahmad dan Abu selalu bermain di padang, kecuali jika menyenaraikan benda yang berbeza seperti: Ali pergi ke kedai membeli gula, beras, dan surat khabar.

Tatabahasa25.03.2009
12345678910...

Kembali ke atas