Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.man.dan] | کومندن

Definisi : pegawai (polis atau tentera) yg memerintah sesuatu tempat, pasukan, atau organisasi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.man.dan] | کومندن

Definisi : ketua pasukan tentera atau polis di sesuatu kawasan; pemerintah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata komandan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pelajar yang memberi arahan kawad semasa perhimpunan rasmi Mingguan dikenali sebagai komandan kawad/komander kawad? Atau ada istilah lain? Apa beza komandan dan komander? DBP ada menulis Komander ialah istilah yang digunakan di Malaysia dan komandan digunakan di Indonesia.

komandan

pegawai polis atau tentera yang memerintah atau mengetuai sesuatu pasukan atau institusi.

ASAL: [daripada Belanda daripada Perancis commandant daripada Latin com- (awalan penegas) + mandare ‘minta, menyuruh’]

komander

1 pegawai tentera yang memerintah sesebuah pasukan atau operasi tentera;

2 pangkat pegawai dalam tentera laut yang lebih rendah daripada kapten tetapi lebih tinggi daripada leftenan komander;

3 orang yang pangkatnya lebih rendah daripada kapten tetapi lebih tinggi daripada leftenan komander dalam angkatan tentera laut.

ASAL: [daripada Inggeris commander, terdiri daripada command (daripada comanden daripada Anglo Perancis cumander daripada Latin commandare daripada commendare ‘melakukan suruhan’) + akhiran kata nama -er]


Jadi, pelajar yang memberikan arahan kawad, dikenali sebagai komander kawad.
Makna24.08.2024

Kembali ke atas