Pelajar yang memberi arahan kawad semasa perhimpunan rasmi Mingguan dikenali sebagai komandan kawad/komander kawad? Atau ada istilah lain? Apa beza komandan dan komander? DBP ada menulis Komander ialah istilah yang digunakan di Malaysia dan komandan digunakan di Indonesia. | komandan pegawai polis atau tentera yang memerintah atau mengetuai sesuatu pasukan atau institusi. ASAL: [daripada Belanda daripada Perancis commandant daripada Latin com- (awalan penegas) + mandare ‘minta, menyuruh’] | komander 1 pegawai tentera yang memerintah sesebuah pasukan atau operasi tentera; 2 pangkat pegawai dalam tentera laut yang lebih rendah daripada kapten tetapi lebih tinggi daripada leftenan komander; 3 orang yang pangkatnya lebih rendah daripada kapten tetapi lebih tinggi daripada leftenan komander dalam angkatan tentera laut. ASAL: [daripada Inggeris commander, terdiri daripada command (daripada comanden daripada Anglo Perancis cumander daripada Latin commandare daripada commendare ‘melakukan suruhan’) + akhiran kata nama -er] | Jadi, pelajar yang memberikan arahan kawad, dikenali sebagai komander kawad. | Makna | 24.08.2024 |
Salam. Maaf tentang soalan saya yang tak begitu jelas. Dalam ayat "Comander, can you hear, over?". Adakah "Komander, kamu boleh dengar tak, tamat?" terjemahan yang betul? Terima kasih. | Terjemahan yang sesuai bagi 'Comander, can you hear, over' ialah Komander, boleh anda dengar, tamat | Makna | 10.08.2020 |
Assalamualaikum. Pertanyaan, (1) Adakah "k" huruf besar untuk ejaan Komander Ahmad? Adakah sama seperti Inspektor Ali, yang menjadi kata nama khas? (2) Yang manakah yang betul, "rejim zionis" atau "Rejim Zionis" atau "rejim Zionis"? (3) Yang manakah yang betul, "tentera zionis" atau "Tentera Zionis" atau "tentera Zionis"? Terima kasih. | “Komander Ahmad” dan “Inspektor Ali” merupakan kata nama khas dan perlu dieja dengan menggunakan huruf besar pada pangkal perkataan, manakala “rejim Zionis” dan “tentera Zionis” merupakan gabungan antara kata nama am dengan kata nama khas. Hanya perkataan “Zionis” dieja menggunakan huruf besar pada pangkal perkataan kerana “Zionis” merupakan kata nama khas. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014) halaman 96 - 97. | Tatabahasa | 22.05.2025 |
PERKATAAN RINGKAS : Sila nyatakan bagi perkataan berikut ; (1) Pengarah. (2) Penolong (3) Jabatan (4) Timbalan (5) Komander (6) Briged (7) Pegawai (8) Pemerintah (9) Batalion (10) Kompeni (11) Pelatun (12) Seksyen (13) Kontinjen. | Soalan tuan tidak jelas. Untuk carian makna, tuan boleh menggunakan Pusat Rujukan Persuratan Melayu dengan melayari prpm.dbp.gov.my. | Tatabahasa | 27.09.2013 |