Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kom.bi.na.si] | کومبيناسي

Definisi : gabungan, cantuman, satuan: pd asasnya seni itu adalah hasil ~ teknik dan ilham; pelukis yg baik dapat menimbulkan ~ warna yg menarik; mengkombinasikan menggabungkan, me­nyatukan: jika dikombinasikan kesemua persoalan ini, kita akan menghadapi suatu masalah yg besar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kombinasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya yang manakah kombinasi simbol fonetik untuk vokal 'e' yang tepat? 1. [é] (untuk e taling) dan [e] (untuk e pepet) atau 2. [e] (untuk e taling) dan [ə] (untuk e pepet) Terima kasih.Simbol bunyi untuk e pepet [e] seperti e.mak dan simbol bunyi untuk e taling [ə] seperti ə.kor.Tatabahasa23.07.2015
Salam. Saya memerlukan penerangan mengenai bahasa dan format teks taklimat yang dibuat untuk majlis formal dan kombinasi atau tidak formal. Apa yang saya paham, penyediaan teks taklimat bergantung kepada taraf para khalayak yang hadir untuk sesebuah majlis. Tetapi tidak banyak rujukan yang menerangkan perbezaan format dan bahasa yang digunakan untuk teks taklimat sesuatu majlis formal dan tidak formal. Sekian . Terima kasih.Bagi membantu, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Panduan Pengucapan Awam karya Dr. Zamri @ Muati, Pidato Berpidato, karya Rahmat Ismail atau buku-buku panduan pengucapan awam yang lain atau melayari laman sesawang DBP, klik pada Katalog Awam Dalam Talian dan boleh mendapatkan tajuk-tajuk buku berkaitan perkara ini melalui carian pada Katalog Awam tersebut.Lain-lain26.07.2007
Tuan, Kami ingin mendapatkan pandangan berkaitan istilah berikut, merujuk kepada tajuk yang bakal diberikan kepada penerbitan kami kelak. Adakah kombinasi perkataan bagi tajuk-tajuk tersebut memberi makna dan penggunaanya betul? i. JEJAK WARISAN ii. DENAI BENTALA iii. 3 DEKAD: JEJAK DAN DENAI BENTALA iv. 3 DEKAD: DENAI NADI DAN JIWA Terima kasih kerana membantu.Frasa Jejak  Warisan dan Denai : Nadi dan jiwa adalah betul. Namun, dalam data PRPM, perkataan bentala tidak mempunyai makna.Lain-lain19.02.2013
maksud teater dan jenis-jenisnya

1.   Teater adalah persembahan kesenian yang dilakonkan di hadapan penonton secara langsung menggunakan kombinasi pertuturan, gerak isyarat, gerak lakon, muzik, tarian, bunyi-bunyian dan sebagainya.

2.   Antara jenis-jenis teater ialah opera, balet, pantomin, wayang kulit, arena dan pementasan.

Sekian dan salam.

Lain-lain28.03.2009
Soalan saya mengenai penggunaan kata pemeri "ialah" dan "adalah". Setahu saya, hanya frasa nama boleh menyusul pemeri "ialah" dan hanya frasa adjektif atau frasa sendi nama boleh menyusul pemeri "adalah". Terdapat beberapa contoh dalam buku 'Nahu Melayu Mutakhir' oleh Asmah Haji Omar yang menggunakan kombinasi "adalah + FN". Adakah ini gramatis? Oleh sebab tatabahasa bahasa Melayu masih dalam proses kodifikasi, adakah penggunaan frasa nama selepas "adalah" dan frasa adjektif atau frasa sendi nama selepas "ialah" semakin diterima sepertimana penggunaan "oleh kerana" pada mulanya tidak gramatis tetapi sudah diterima? Terima kasih.Untuk makluman tuan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menjadikan Tatabahasa Dewan sebagai pegangan berkaitan nahu bahasa Melayu. Kata pemeri ‘ialah’ hadir di hadapan frasa nama, manakala kata pemeri ‘adalah’ hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti dalam Tatabahasa Dewan halaman 495-496. Bentuk ‘oleh kerana’ sehingga hari ini tidak pernah diterima oleh DBP sebagai bentuk yang gramatis, sebaliknya tuan harus menggunakan sama ada ‘oleh sebab’ atau ‘kerana’ sebagai penghubung musabab seperti dalam Tatabahasa Dewan halaman 527.Tatabahasa15.11.2014
ubahsuai (akronim)?Ubah suai ialah kata majmuk. Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa kata dasar dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu , dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Contohnya, kapal terbang dan gambar rajah. Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan kombinasi huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata. Contohnya, cerpen dan Bernama.  Tatabahasa04.07.2011

Kembali ke atas