Komen dan Catatan Kepada Pembekal 1)Pastikan boleh pakai muzik "tema Pink Panther" sebagai muzik efek...ada halangan copyright ke?sila semak. 2)Semak perkataan 'Loklaq"-(Rujuk DBP) | Ejaan yang betul ialah Loklak | Ejaan | 04.10.2011 |
Apa komen DPB tentang peribahasa "Harapkan pegar, pegar makan padi" dan "melepaskan batok di tangga"? | Pendapat baharu tentang peribahasa “Harapkan pegar, pegar makan padi” (Harapkan pagar, pagar makan padi) yang banyak dibincangkan di ruang maya ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami. Peribahasa ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan. Begitu juga dengan peribahasa “Melepaskan batuk di tangga”. Walaupun pendapat yang mengatakan bahawa yang benarnya ialah “Melepaskan batok di tangga” semakin digemari, buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada. Peribahasa ialah perumpamaan atau ibarat dan kita boleh menerangkan maksud peribahasa berdasarkan bandingan objek-objek dalam ungkapan berkenaan. Wallahua’lam. | Lain-lain | 04.01.2012 |
apakah komen pihak DBP penggunaan agribusiness di dalam jurnal?Bolehkah agribusiness tersebut dimasukkan sebagai perkataan atau ayat yang betul berkaitan perniagaan tani? | Agri kependekan perkataan agriculture dan dalam bahasa Melayu ialah pertanian/tani, apabila digabungkan dengan perkataan business menjadi agribusiness. Walau bagaimanapun gabungan kata (agribusiness) ini tidak ada dalam bahasa Melayu dan istilah yang diterima pakai untuk maksud yang tersebut ialah perniagaan tani. | Lain-lain | 08.10.2010 |
Sila komen penggunaan kata sendi daripada/kepada dalam ayat ini : "Masa kerja saudara akan diubah daripada syif 8.00 pagi – 5.00 petang kepada syif 9.00 – 6.00 petang." Terima kasih | Penggunaan kata sendi nama dalam ayat tersebut betul. Untuk ketarangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 02.06.2010 |
Boleh beri komen berkenaan penggunaan perkataan TREBEL dalam laporan akhbar di negara kita, yang merujuk kepada kemenangan pasukan bola sepak Kelantan memenangi tiga kejuaraan dalam satu musim? | Istilah "trebel" adalah betul dan boleh digunakan dalam konteks tersebut. | Istilah | 01.11.2012 |
sila beri komen kerana saya hanya terima ini. Soalan : sila semak lampiran yang saya sertakan. terima kasih Jawapan : Sila pergi ke bahagian Khidmat Pengesahan Bahasa. Terima kasih Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka. saya layari ke bahagian Khidmat Pengesahan Bahasa tetapi tidak ada apa yang membantu..sila semak sekali lagi untuk saya mendapatkan lesen MPKU. Terima kasih. | Ada beberapa pembetulan yang perlu dibuat: 1. 1hb-31hb Mac 2012 dipinda kepada 1 - 3 Mac 2012. 2. Sila betulkan ejaan Pertunjukan Kucing 2012 (betulkan baris perkataan agar tidak mengelirukan pembaca). 3. Dekorasi dipinda kepada Hiasan. Untuk tujuan pengesahan iklan, layari www.prpm.dbp.gov.my, klik "e-Perkhidmatan" dan klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). | Lain-lain | 24.02.2012 |
sila beri komen kerana saya hanya terima ini. Soalan : sila semak lampiran yang saya sertakan. terima kasih Jawapan : Sila pergi ke bahagian Khidmat Pengesahan Bahasa. Terima kasih Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka. saya layari ke bahagian Khidmat Pengesahan Bahasa tetapi tidak ada apa2apa yang membantu..sila semak sekali lagi untuk saya mendapatkan lesen MPKU. Terima kasih. | Ada beberapa pembetulan yang perlu dibuat: 1. 1hb-31hb Mac 2012 dipinda kepada 1 - 3 Mac 2012. 2. Sila betulkan ejaan Pertunjukan Kucing 2012 (betulkan baris perkataan agar tidak mengelirukan pembaca). 3. Dekorasi dipinda kepada Hiasan. Untuk tujuan pengesahan iklan, layari www.prpm.dbp.gov.my, klik "e-Perkhidmatan" dan klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). | Lain-lain | 24.02.2012 |
Tuan, Apa komen tuan tentang penggunaan " Di" dalam iklan yang berbunyi seperti berikut: 1. Pandulah dengan cermat di Hari Raya ini- (oleh Kurnia Insurans di m/s 23 Utusan Malaysia 11/10/07) 2.Balik kampung lebih selamat di Hari Raya ini- (0leh PLUS di m/s 30 U.Malaysia pada 11/10/07) Sekian terima kasih. | Penggunaan yang betul ialah perkataan pada bukan di. | Tatabahasa | 25.10.2007 |
Salam Tuan/Puan Bolehkah pihak DBP memberi komen kepada hasil nukilan saya seperti di bawah. Untuk pengetahuan pihak DBP saya tidak berapa pasti apakah hasil nukilan saya ini puisi atau sebaliknya. Saya juga ingin mendapatkan komen daripada pihak DBP sama ada hasil nukilan ini layak untuk di siarkan di mana-mana majalah atau surat khabar. Terima kasih dengan komen yang akan diberikan. Anak-anakku kau umpama cahaya matahari Yang tidak pernah jemu menyinari bumi Begitu juga kalian menyinari kehidupan ayah dan umi Anak-anakku Kecerian terpancar di wajah dan senyum di bibir kalian Sungguh mendamaikan dan menyejukkan umpama air sungai yang mengalir tenang Anak-anaku Kaulah harta yang paling bernilai di dunia ini Diri kalian tidak boleh di jual beli Jika hilang tidak akan muncul kembali Anak-anakku tanpamu kalian di sisi umpama langit yang gelap yang tidak berbintang penuh diselubungi awan hitam Anak-anakku Ayah dan ibu sentiasa mendoakan kesejahteraan kalian Agar menjadi anak-anak yang soleh dan taat Dengan perintah Tuhan | Waalaikumsalam puan, Bagi mendapatkan sebarang ulasan entang hasil nukilan puan, sebaik-baiknya puan hantarkan puisi tersebut mengikut format puisi yang sebenar kepada e ditor Dewan Sastera di Bahagian Majalah DBP, atau fadhli@dbp.gov.my. Setiap puisi yang dihantar perlu dinilai terlebih dahulu oleh editor bagi memastikan bahawa puisi tersebut menepati kriteria yang ditetapkan dan sesuai untuk diterbitkan.Terima kasih. | Lain-lain | 30.11.2013 |
Tuan, Saya memohon bimbangan tuan menghuraikan pembentukan ayat-ayat berikut: 1. Pasuskan Kelantan muncul johan dalam pertandingan peringkat kebangsaan. Apakah komen tuan sekiranya di belakang muncul ditambah sebagai? 2. Rancangan Kelantan Di Sana Sini akan bersiaran pukul 3 hinga 4 petang tiap-tiap hari. Lamaan web RTM gunakan "bersiaran"-Apakah komen tuan sekiranya digantikan dengan "disiarkan" dalam ayat tersebut? 3. "Belum ada kata putus mengenai tarikh lawatan KSU". Saya semak di kamus DBP, ada Putus Kata sahaja, kata putus tak betul? | 1. Pasuskan Kelantan muncul johan dalam pertandingan peringkat kebangsaan. ayat ini telah lengkap, manakala ayat Pasuskan Kelantan muncul sebagai johan dalam pertandingan peringkat kebangsaan juga betul. sebagai di situ bermaksud selaku. 2. Yang paling tepat ialah disiarkan - Rancangan Kelantan Di Sana Sini akan disiarkan pukul 3 hinga 4 petang tiap-tiap hari. Disiarkan bermaksud dihebahkan kpd orang ramai (melalui radio, televisyen, surat khabar, sedangkan bersiaran bermaksud mengendalikan siaran di televisyen atau radio. 3. kata putus (di bawah entri putus) ada dalam Kamus Dewan bermaksud kepastian, keputusan, ketentuan. | Tatabahasa | 16.11.2008 |