Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.mén.tar] | کومينتر

Definisi : (koméntar) IB komen, huraian, ulasan (yg mengandungi penjelasan, kritik, atau pendapat mengenai sesuatu perkara dll): tidak habis-habis orang memberi ~ mengenai rang undang-undang yg akan dikemukakan itu; mengomentar 1. membuat komentar (komen), mengulas; 2. = mengomentari mengeluarkan pendapat mengenai sesuatu, mentafsirkan, mengulas: beliau enggan ~ perjanjian pertahanan antara kedua-dua buah negara itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata komentar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
di mana saya hendak mendapatkan maklumat terperinci tentang ulasan dan komentar?maklumat tentang makna ulasan dan komentar boleh diperoleh di dalam kamus seperti Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna20.12.2006
assalamualaikum, saya nak dapatkan artikel mengenai komentar ' SMS yang merosakkan bahasa Melayu'Sila rujuk Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau perpustakaan lain untuk mendapatkan artikel yang berkaitan.Lain-lain11.06.2010
1.Merujuk kepada surat tuan? 2.merujuk surat tuan? Frasa mana yang betul? Kalau dilihat dari KKT,1 betul kalau lihat dari KKTT, 2 betul.komentar munsyi 3.Ali menguruskan atau mengurus hal penting itu?Frasa yang betul ialah merujuk surat tuan. Ali menguruskan hal penting itu.Tatabahasa26.07.2010
1Pegawai itu datang DARIPADA Pejabat Daerah. 2.Pegawai itu datang DARI Pejabat Daerah. Menurut pejelasan daripada KNB pada 29.7.08,soalan 1 betul kerana daripada digunakan untuk institusi yang berkaitan dengan manusia.Namun,dalam Tatabahasa Dewan (2006) m.s.256 soalan 2 adalah persis.Apa komentar Tuan Munsyi?Untuk makluman saudara buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga yang diterbitkan pada tahun 2008 ialah buku tatabahasa yang terkini. Dalam  ayat pertama penggunaan kata sendi nama dari betul selepas perkataan datang kerana menunjukkan tempat atau arah.. Walau bagaimanapun dalam konteks ayat seperti ini kata sendi nama daripada digunakan yang menyatakan punca bagi manusia ,haiwan,benda,dan unsur mujarad.Contoh: Pegawai daripada Pejabat Daerah itu ialah seorang wanita.  Saudara boleh rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 269- 271 untuk contoh penggunaan yang lain.  Tatabahasa01.08.2008
Tuan, saya merujuk jawapan pihak tuan tentang ungkapan “Quran buruk” pada 17 April 2012. Saya bukan meminta agar ungkapan itu ditukar kepada “Quran lama”. Yang saya minta ialah pendapat pihak tuan tentang cadangan rakan saya agar ungkapan itu ditukar menjadi “Quran lama”. Rakan saya itu mengemukakan cadangan setelah terbaca komentar tentang “Quran buruk, Quran lama” dalam majalah Pelita Bahasa tahun 2009. Saya mengutamakan pandangan KN DBP apabila menjawab pertanyaan rakan/pelajar. Mohon ulasan susulan. Wassalam.Merujuk Kamus Dewan perkataan buruk bermaksud tua dan rosak atau tidak cantik, manakala lama antaranya bermaksud telah wujud dalam jangka masa yang agak panjang atau wujud sejak dahulu lagi. Melihat kepada makna kedua-dua perkataan tersebut frasa "Quran Buruk" lebih tepat dari segi semantik berbanding dengan frasa "Quran Lama" dan frasa "Quran Buruk" telah diterima dalam bahasa Melayu untuk mengiaskan maksud tertentu.Istilah17.04.2012
1.Dalam membangunkan negara atau dalam pembangunan negara?Manakah yang betul? 2.Kesalahan ejaan pada muka surat 131 Tatabahasa Dewan iaitu mendokong atau mendukung? 3.Kata majmuk yang mantap ada 15,mengapakah pada Tatabahasa Dewan(Edisi 2006)muka surat 132 ada hanya 14? 5.Meja itu terangkat oleh saya?Ayat itu betul atau salah? 6.Kekeliruan timbul antara ayat kerja transitif dengan ayat pasif songsang diri pertama iaitu pengamal bahasa berada dalam persimpangan sama ada menerima atau menolak kerana rata-rata mendukung ilmu kebahasaaan .Contoh: 1.Saya baca novel Badai Semalam(Ayat ini betul kerana merupakan ayat pasif sonsang diri pertama) Namun ayat ini dianggap tidak gramatis dalam konteks ayat kerja transitif ,sepatutnya menjadi 2.Saya membaca novel Badai Semalam(Ayat kerja tramsitif).Apa komentar tuan Munsyi?

1. Kedua-duanya betul.  2. Telah dibuat pembetulan kesalahanejaan tersebut dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, hal 134 (mendukung)  3. Dalam buku Tatabahasa DewanEdisi Ketiga, terdapat 14 kata yang telah mantap, walau bagaimanapun terdapat bentuk mantap yang lain (dibincangkan dalam bab tentang kata kerja).  5. Ayat itu betul.  6. Kedua-dua bentuk ayat tersebut betul, ayat pertama mengikut pola ayat pasif songsang diri pertama dan ayat kedua mengikut pola ayat aktif transitif.

Tatabahasa01.08.2008

Kembali ke atas