Apakah perkataan komersil ataupun komersial yang sesuai digunakan dalam ayat seperti ditandakan merah pada lampiran fail? | Ejaan yang betul ialah komersial. Oleh itu, dalam konteks ayat yang diberikan, ejaan yang betul ialah pengkomersialan. | Ejaan | 20.11.2012 |
1. Ejaan komersial atau komersil yang betul sebab rakan saya menghadiri kursus bahasa baru-baru ini dan mereka suruh eja komersil. Jadi yang mana satu betul. 2. Ejaan pengkomersilan atau pengkomersialan. (walaupun saya dah rujuk dalam soal jwp DBP tapi ia tahun 2011 mungkin ada perubahan) | Dalam data kami, ejaan yang masih digunakan ialah komersial dan pengkomersialan. | Tatabahasa | 12.07.2013 |
tuan apakah bezanya perkataan komersial dgn komersil. adakah komersial digunakan untuk maksud perniagaan | Ejaan yang betul ialah komersial (tidak ada ejaan komersil dalam bahasa Melayu). | Ejaan | 21.09.2011 |
Apakah ejaan yang betul 'komersil' atau 'komersial' terima kasih. | komersial | Tatabahasa | 26.11.2007 |
Ejaan bagi perkataan ; komersial atau komersil, efisien atau efisyen | Ejaan yang betul ialah komersial dan efisien. | Ejaan | 21.07.2009 |
Bagaimana ejaan yang betul untuk perkataan berikut : 1. Komersial @ Komersil terima kasih | Ejaan yang betul ialah komersial. | Ejaan | 15.01.2009 |
apa "Commercial Financial Sector" dalam BM? Sektor Kewangan Perdagangan atau Sektor Kewangan Komersil | Puan Noryeen, Padanan bahasa Melayu bagi istilah tersebut ialah sektor kewangan perdagangan. | Istilah | 13.01.2010 |
Salam Sejahtera, Saya ingin kepastian tentang ejaan untuk pengkomersialan. Sama ada pengkomersialan atau pengkomersilan. adakah sama istilah komersil dan komersial... mohon bantuan.. kerjasama dan keperihatianan pihak tuan didahului dengan ucapa terima kasih.. | Ejaan yang betul ialah komersial dan pengkomersialan. | Ejaan | 12.06.2011 |
Salam, Mohon pengesahan penggunaan istilah yang betul dalam konteks menamakan sesuatu Unit/bahagian dalam sesuatu Jabatan. Unit Komersil atau Unit Komersial? Terima kasih. | Penggunaan/ejaan yang betul ialah 'Unit Komersial'. | Ejaan | 29.04.2011 |
Apakah perbezaan antara Pengkomersil dan Pengkomersialan? Adakah penggunaan istilah/tatabahasa bagi Pusat Hubungan Industri dan Pengkomersialan, Aras 1, Pusat Komersil betul? | Untuk makluman istilah pengkomersialan (commercialization) bermaksud perihal memperdagangkan atau menjadikan sesuatu barang dan lain-lain untuk dijual beli. Istilah pengkomersial tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Pusat Perhubungan Perindustrian dan Pengkomersialan (Industrial Relation and Commercialization Centre). Pusat Komersial atau Pusat Perdagangan ialah padanan bahasa Melayu untuk Commercial Centre. | Istilah | 23.05.2011 |