Bolehkah saya namakan Anugerah Komited dan Anugerah Dedikasi sebagai dua anugerah yang berbeza? Saya melihat perkataan Komited dan Dedikasi kedua-duanya membawa maksud "bersungguh-sungguh terhadap sesuatu". bagaimana saya nak menerangkan perbezaannya kepada orang lain? | Salam sejahtera, Komited dan Dedikasi membawa maksud yang sama iaitu sesuatu perkara yang dilakukan melalui pengabdian diri atau masa semaksimumnya kepada sesuatu tujuan tertentu. Cadangan kami, gunakan Anugerah Dedikasi. Sekian, terima kasih. | Makna | 17.12.2019 |
APAKAH MAKSUD INTERGERITI , KOMITED , SIASAH MENGIKUT KAMUS DEWAN | 1. ejaan sebenar ialah integriti - kejujuran: mencemarkan nama baik - keadaan sempurna dan utuh. 2.komited - mempunyai atau menunjukkan komitmen (terhadap sesuatu) 3. siasah - pengetahuan yang bersangkutan dengan hal-hal kenegaraan atau pemerintahan | Makna | 01.08.2007 |
Adakah istilah pelaburan komited adalah terjemahan yang sesuai untuk committed investment, atau lebih sesuai ditukar kepada komitmen pelaburan? | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah committed investment ialah pelaburan terikat. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 25.10.2023 |
MAKNA KOMPETEN DAN MAKNA KOMITED | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud kompeten ialah cekap, layak, dapat menjalankan tugas dgn sempurna; 2. berhak (berkuasa) melakukan atau memutuskan sesuatu. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Terima kasih. | Makna | 22.05.2008 |
English We are committed as a team to achieve clean, safe, and organised working environment to ensure operational efficiency, high quality of services and customer satisfaction through continual improvement. Bahasa Kami komited sebagai satu pasukan bagi mencapai persekitaran kerja yang bersih, selamat, & teratur untuk memastikan kecekapan operasi, kualiti produk dan kepuasan pelanggan melalui penambahbaikan berterusan. | Kami komited sebagai satu pasukan bagi mencapai persekitaran kerja yang bersih, selamat dan teratur untuk memastikan kecekapan operasi, kualiti produk dan kepuasan pelanggan melalui penambahbaikan yang berterusan. | Penyemakan dan penterjemahan | 21.12.2015 |
Dengan hormatnya saya memohon bantuan pihak Dewan bahasa dan Pustaka untuk menyemak ayat di bawah: Saya ingin mengajak warga MAMPU untuk bersama-sama melaksanakan kerja dengan penuh komited dan sekiranya mempunyai masa yang lapang, bersama-samalah kita membantu rakan-rakan kita yang memerlukan bantuan untuk melakukan tugas-tugas rasmi, berusaha untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran yang berkaitan tugas kita, bersama-sama menceriakan pejabat, menyempurnakan tugasan yang tertunggak dan sentiasa muhasabah diri mengenai tugasan seharian untuk memastikan hari ini lebih baik dari semalam. | Saya ingin mengajak warga MAMPU untuk bersama-sama melaksanakan kerja dengan penuh komited. Sekiranya mempunyai masa lapang, bersama-samalah kita membantu rakan sekerja menyelesaikan tugasan rasmi, dan berusaha untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran yang berkaitan tugas kita. Selain itu, sentiasa bekerjasama menceriakan pejabat, menyempurnakan tugasan yang tertunggak dan sentiasa muhasabah diri mengenai tugasan seharian untuk memastikan hari ini lebih baik dari semalam. | Tatabahasa | 06.06.2014 |
Apakah perbezaan antara "supaya" dengan "agar", contoh ayat, Menteri Pelajaran mengingatkan semua guru agar mereka perlu komited dalam menjalankan tugas serta mendidik pelajar dengan sepenuh hati. "agar" dalam contoh ayat di atas dikatakan salah. Apakah pilihan jawapan yang lebih sesuai, "supaya" ?? Bukankah "agar dan supaya" membawa maksud yang sama? | "agar" dan "supaya" berfungsi sebagai kata perangkai yg menerangkan maksud ayat sebelumnya, dan digunakan dalam situasi yang sama, contohnya; ia berpesan agar/supaya kami pandai-pandai membawa untung. Jawapan sama ada betul atau salah hendaklah dirujuk kepada pembuat soalan. Bagi DBP kedua-duanya boleh digunakan kerana membawa maksud yang sama. | Tatabahasa | 08.10.2012 |
Pihak kami memohon pengesahan perkataan sebenar bagi ayat di bawah iaitu samada 'menyelenggara' atau 'menyenggara' untuk kenyataan ayat didalam Piagam Pelanggan kami. Mohon mendapat maklumbalas pihak tuan. "Kami komited untuk menyedia dan menyelenggara ATAU menyenggara aset kerajaan bagi memenuhi keperluan pembangunan negara dengan memberikan perkhidmatan profesional yang berkualiti berteraskan penekanan kepada: 1. Jangka masa yang ditetapkan 2. Kos yang ekonomik 3. Reka bentuk yang berkualiti dan mapan" | Senggara dan selenggara, kedua-dua perkataan tersebut membawa maksud yang sama iaitu mengurus atau mengendalikan. Perkataan selenggara dari aspek Linguistik - berlaku pengimbuhan (el, em, er, dan sebagainya) yang disisipkan di tengah-tengah sesuatu kata pokok (senggara - selenggara, guruh - gemuruh, cerlang - cemerlang). | Tatabahasa | 07.05.2010 |
Tuan, Saya Mohammad Haikal Bin Omar dari Bank Simpanan Nasional memerlukan bantuan pihak DBKL untuk membuat "tagline" bagi Jabatan saya. Untuk makluman kami baru memperolehi Pensijilan ISO 9001:2008. Bantuan dari pihak tuan diperlukan untuk memberi "tagline" bersesuaian dengan pensijilan ini. Cadangan sedia ada dari saya adalah :- a. Kami Adalah Organisasi ISO 9001:2008 b. Kami Komited Dengan Pensijilan ISO 9001:2008 Jasa baik tuan untuk perkara ini amat saya hargai. Sekian Terima Kasih | Slogan organisasi saudara bergantung pada konsep dan gagasan, misi atau visi organisasi saudara sendiri. Pihak kami cuma membetulkan dari aspek tatabahasa sahaja. | Lain-lain | 04.11.2011 |
Soalan Pertama:Dedah pembelian secara terperinci PAC puas hati penjelasan isu harga vaksin COVID-19 Adakah kesalahan-kesalahan tersebut? Soalan kedua:Pengerusinya,Wong Kah Woh,berkata taklimat berkenaan selari dengan hasrat PAC dalam memastikan perbelanjaan kerajaan kebanar-benar telus demi manfaat rakyat secara keseluruhannya. Mengapakah ayat di sini mengunakan perkataan 'berkenaan' bukannya berkenan?Adakah perbelanjaan ada kesalahan atau ada kesalahan lain? Soalan ketiga:Bilakah menggunakan 'Bagaimanapun dan Walau bagaimanapun'' Soalan keempat:PAC komited membantu memberikan keyakinan kepada rakyat dalam mendapatkan vaksinasi COVID-19 supaya penularan wabak ini dapat dihentikan. Saya nak tanya bolehkah menggunakan dua kali imbuhan ''mem'' dalam satu ayat ?Contoh:membantu memberikan .Hal ini ialah betul atau salah? Soalan kelima:Setiap syarikat atau semua syarikat? Soalan keenam:Di kawasan rendah (untuk sentiasa )berwaspada dan mengutamakan keselamatan diri dan keluarga serta bersedia berpindah ke PPS dengan segera jika diarahkan pihak berkuasa. ''Untuk sentiasa''betul atau salah.Saya ada kekeliruan dalam ayat ini kerana ayat ini adalah ''untuk sentiasa dan diarahkan''sepatutnya diarahkan bukan ke belakang mampu tambah''oleh'' ya?Minta Puan/Tuan boleh memberikan penerangan.Terima kasih. | 1. Ayat tidak lengkap. Penggunaan bahasa dalam media perlu dilihat dengan berhati-hati kerana berlaku pemendekan ayat dengan menggugurkan imbuhan dan membuang kata sendi nama. PAC berpuas hati dengan penjelasan pihak kementerian tentang isu harga vaksin COVID-19. 2. Lihat maksud perkataan berkenaan dan berkenan. Penggunaan kata berkenaan dalam konteks ayat tersebut, betul. 3. Kedua-dua perkataan ini boleh digunakan bersilih ganti, sama ada bagaimanapun atau walau bagaimanapun. 4. PAC komited membantu kerajaan memberikan keyakinan kepada rakyat dalam mendapatkan vaksinasi COVID-19 supaya penularan wabak ini dapat dihentikan. 5. Kedua-duanya betul. 6. Penduduk di kawasan rendah hendaklah sentiasa berwaspada dan mengutamakan keselamatan diri dan keluarga serta bersedia berpindah ke PPS dengan segera jika diarahkan pihak berkuasa. | Tatabahasa | 14.01.2021 |