Apa beza komitmen penuh dan komitmen tinggi? Mana yang lebih sesuai digunakan untuk contoh ayat di bawah? Contoh ayat : Terima kasih kepada Semua Kakitangan yang sentiasa ikhlas memberi komitmen yang penuh dalam mengharungi cabaran ini. Anda juga seorang wira. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud perkataan penuh dan tinggi adalah seperti yang berikut: -Penuh: ki tidak kurang, cukup -Tinggi: peringkat atas (ttg. Pangkat, taraf dll); sangat baik (mutunya dll) Berdasarkan maksud-maksud di atas, komitmen penuh bermaksud memberikan komitmen yang cukup, dan komitmen tinggi bermaksud memberikan komitmen yang sangat baik. Oleh itu, kedua-dua perkataan (komitmen penuh dan komitmen tinggi) boleh digunakan dalam ayat contoh di atas. | Tatabahasa | 21.04.2020 |
komitmen kami | komitmen kami -SDA | Tatabahasa | 12.11.2008 |
Salam DBP, Mohon nasihat bagi pilihan ayat yang lebih tepat: - Gabungkan semua pinjaman anda dan ringankan komitmen bulanan. atau - Satukan semua pinjaman anda dan ringankan komitmen bulanan. - Servis perbankan ke muka pintu atau - Servis perbankan di muka pintu Terima kasih | Ayat yang sesuai ialah gabungkan semua pinjaman anda dan ringankan komitmen bulanan. Frasa "servis perbankan ke muka pintu atau servis perbankan di muka pintu" betul dan penggunaan frasa tersebut bergantung pada maksud sesuatu itu begerak atau tidak. Sebagai contoh, kata sendi nama ke digunakan untuk sesuatu yang masih bergerak iaitu "Untuk pergi ke Kundasang, pengunjung perlu melalui perjalanan yang agak mencabar dari Kota Kinabalu". Kata sendi nama di pula digunakan untuk maksud sesuatu itu telah tidak bergerak lagi iaitu "Untuk tiba di Kundasang, pengunjung perlu melalui perjalanan yang agak mencabar dari Kota Kinabalu".
| Lain-lain | 31.12.2015 |
Saya juga ingin bertanya sama ada istilah di bawah adalah betul atau tidak. "Relationship of effort-reward imbalance and overcommitment towards work engagement" = "Hubungan antara ketidakseimbangan usaha-ganjaran dan kelampauan komitmen terhadap penglibatan kerja" | Terjemahan yang dicadangkan ialah Hubungan antara ketidakseimbangan usaha-ganjaran dan komitmen berlebihan terhadap keterlibatan kerja. | Penyemakan dan penterjemahan | 29.12.2015 |
Tuan, Adakah terjemahan ini betul? (dalam laras bahasa papan iklan) 1. 100 years of commitment. 100 tahun penuh komitmen. 2. 100 years of serving the nation. 100 tahun menyemai bakti. Dari segi tatabahasa, adakah ayat-ayat di atas betul? Terima Kasih. | Terjemahan yang diberikan adalah betul dan boleh digunakan. 1. 100 years of commitment - 100 tahun penuh komitmen 2. 100 years of serving the nation - 100 tahun menyemai bakti | Tatabahasa | 24.10.2012 |
comitted | Makna comitted ialah mempunyai atau menunjukkan komitmen (terhadap sesuatu). | Makna | 30.12.2009 |
Terima kasih kerana menjawab soalan saya. | Terima kasih juga atas komitmen sdr. dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan. | Lain-lain | 15.03.2010 |
MAKSUD ILTIZAM | (i) KETERLIBATAN SECARA BERSUNGGUH-SUNGGUH DAN PENUH TANGGUNGJAWAB DALAM MELAKUKAN SESUATU, KOMITMEN. (ii) PENYATAAN BERUPA PERSETUJUAN (PERJANJIAN) YANG MENYEBABKAN SESEORANG (SESUATU PIHAK) TERIKAT (BERAZAM) UNTUK MELAKUKAN SESUATU. | Lain-lain | 02.12.2010 |
maksud perkataan 'beriltizam', 'menggapai', 'wawasan' | Beriltizam bermaksud keterlibatan secara bersungguh-sungguh dan penuh tanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu atau komitmen. Menggapai bermaksud menghulurkan tangan hendak mencapai atau memegang sesuatu manakala wawasan bermaksud fahaman atau tanggapan berkenaan sesuatu hal atau pandangan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut. | Makna | 22.10.2009 |
Berlatar belakangkan warna merah yang melambangkan semangat yang membara dalam mencapai kejayaan. Paparan petak-petak yang membentuk kolum, signifiken pada elemen nilai murni yang jitu bagi memupuk semangat jatidiri para pekebun kecil ke arah peningkatan usaha dan komitmen yang lebih tinggi. | [(Berlatar belakangkan warna merah yang melambangkan semangat yang membara dalam mencapai kejayaan.) Ayat ini tergantung kerana tiada subjek.] Paparan petak-petak yang membentuk kolum, signifikan dengan elemen nilai murni yang jitu bagi memupuk semangat jati diri para pekebun kecil ke arah peningkatan usaha dan komitmen yang lebih tinggi. | Tatabahasa | 23.05.2014 |