Adakah struktur ayat di bawah ini betul? Produk yang unik ini mempunyai tiga kompartmen sesuai bagi melatih kanak-kanak untuk belajar makan secara sendiri. | Produk unik ini mempunyai tiga kompartmen yang sesuai bagi melatih kanak-kanak untuk belajar menyuap makanan. | Tatabahasa | 17.03.2014 |
Saya ingin bertanya mengenai susunan ayat dan bahasa yang digunakan bagi ayat berikut: Maklumat ini adalah petikan dari sejarah kompartmen iaitu mencatitkan tahun dan aktiviti bancian dan rawatan yang dijalankan bersama dengan sedikit penerangan mengenai pengeluaran dari tebangan akhir termasuk spesies, jenis dan keputusan bancian dan aktiviti rawatan. Jumlah perbelanjaan kos dan jenis guna tenaga iaitu secara kontrak atau jabatan juga boleh di masukkan sebagai catitan. Lain-lain aktiviti yang boleh juga dimasukkan ialah mengenai serangan oleh serangga perosak, penyakit dan rawatan. Sekian, terima kasih. | Saudara, Dikemukakan teks yang dibaiki penggunaan bahasa Melayunya: Maklumat ini ialah petikan daripada sejarah kompartmen, iaitu mencatatan tahun dan aktiviti bancian dan rawatan yang dijalankan bersama-sama dengan sedikit penerangan mengenai pengeluaran daripada tebangan akhir termasuk spesies, jenis dan keputusan bancian dan aktiviti rawatan. Jumlah perbelanjaan kos dan jenis guna tenaga, iaitu secara kontrak atau jabatan juga boleh dimasukkan sebagai catatan. Aktiviti lain yang boleh juga dimasukkan adalah mengenai serangan serangga perosak, penyakit dan rawatan. | Tatabahasa | 16.07.2009 |