Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kom.pe.lin] | کومڤلين

Definisi : bp aduan kerana tidak puas hati (terhadap sesuatu): wakil rakyat tersebut telah menerima ~ drpd orang ramai terhadap kekasaran sesetengah kakitangan kerajaan; mengompelin mengadukan (menyatakan) rasa tidak puas hati terhadap sesuatu: mereka ~ kerana makanan tidak memuaskan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kompelin


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam... ap itu "menalakan''? betul ke ejaan "kompelin''?Kata terbitan yang betul ialah menalak, daripada kata akar tala, bermaksud: 1. menentukan bunyi (alat muzik dan sebagainya) dengan nada yang bersesuaian; dan 2. melaraskan pergerakan enjin (motor dan sebagainya) supaya berjalan dengan lancar. Komplein hanya digunakan dalam bahasa percakapan, perkataan yang baku ialah aduan.Makna30.05.2011
1. bagaimanakah penulisan kata majmuk tanggung jawab apabila ditambah dengan imbuhan ber-. bertanggungjawab atau bertanggung jawab. 2. apakah makna jargon? bolehkah pihak tuan menberikan contoh untuk perkataan jargon ini? 3. yang manakah betul, kata-kata aluan atau kata alu-aluan? 4. adakah perkataan kompelin diterima dalam bahasa melayu? atau kita sepatuttnya guna perkataan aduan? 5. sebagai kata sapaan atau rujukan dalam ucapan, yang manakah betul tuan-tuan dan puan-puan atau tuan dan puan sahaja. 6. cara penulisan yang manakah betul Yang di-Pertuan Agong, Yang di Pertuan Agong, Yang diPertuan Agong atau Yang Di Pertuan Agong? terima kasih.

1. Ejaan yang betul ialah bertanggungjawab. 

2. Jargon ialah istilah linguistik merujuk bentuk ungkapan yang dipadatkan atau diringkaskan, yang biasanya tidak lengkap dari segi tatabahasa dan digunakan dalam pertuturan bahasa basahan atau jargon khusus, misalnya BERHENTI dan BERI LALUAN pada papan tanda jalan raya. 

3. Yang betul ialah Kata alu-aluan. 

4. Tidak diterima, perkataan yang betul untuk maksud tersebut ialah aduan.

5. Yang biasa digunakan dalam ucapan ialah tuan-tuan dan puan-puan.

6. Yang betul ialah Yang di-Pertuan Agong.

Tatabahasa08.10.2009

Kembali ke atas