Ejaan Kompetensi | Kompetensi | Ejaan | 10.01.2012 |
adakah perkataan berikut boleh digunakan: 1. kompetensi 2. fasiliti atau fisiliti 3. subkomponen 4. survival 5. persisten | Kompetensi boleh digunakan yang bermaksud kecekapan; fasiliti tidak digunakan, boleh digantikan dengan kemudahan; fisiliti kepada kefisilan (bidang Geologi); subkomponen boleh digunakan dalam perkara sukatan atau butiran; survival digantikan dengan hidup atau kewujudan atau peninggalan; persisten tidak digunakan, dan gantikan dnegan berterusan, berulang-ulang, atau tidak henti-henti. | Makna | 18.03.2008 |
saya memerlukan bahan rujukan yang melibatkan penulisan rencana berkaitan dengan kompetensi bahasa Melayu di sekolah-sekolah. Bolehkah pihak DBP membantu saya mencarikan saya tajuk-tajuk yang berkaitan tentang perkara ini? Terima kasih. | Terima kasih atas soalan anda. Anda boleh datang membuat rujukan dan penyelidikan di Pusat Dokumentasi Melayu, Menara DBP. Anda boleh merujuk koleksi bahan kertas kerja, tesis dan artikel majalah tajuk berkaitan. | Lain-lain | 22.10.2010 |
Kepada sesiapa yang berkenaan, Adakah pihak DBP menerbitkan buku panduan ulangkaji PTK untuk kertas kompetensi umum dan pengurusan pengajaran dan pembelajaran? Sekian, terima kasih. | Puan Ooi terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Untuk pengetahuan Puan kami tidak mengeluarkan sebarang buku untuk kegunaan PTK. Terima kasih. | Lain-lain | 25.06.2009 |