Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kom.po.nen] | کومڤونن

Definisi : bahagian yg menjadikan sesuatu (spt enjin, pesawat, alat, dll) lengkap atau sempurna, (yg menjadi) bahagian drpd se­suatu yg lebih besar (kompleks atau lengkap): strategi yg disebut tadi mesti ada ~ sosial yg menjalankan dasar dan disiplin yg boleh menjamin harmoni; parti-parti ~ Barisan Nasional. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kom.po.nen] | کومڤونن

Definisi : ist 1 bahagian yg melengkapi atau yg mencukupkan sesuatu. 2 bahan atau zat yg membentuk sesuatu: Nitrogen ialah ~ penting bagi protein, klorofil dan protoplasma. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata komponen


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Satu per satu komponen motosikal itu ditanggalkan dari rangka motosikal / Satu per satu komponen motosikal itu ditanggalkan daripada rangka motosikalSatu per satu komponen motosikal itu ditanggalkan daripada rangka motosikal.Tatabahasa19.10.2011
Mengapa komponen sastera perlu diperkenalkan dalam matapelajaran Bahasa Melayu sedari sekolah rendah lagi.?.supaya dapat melahirkan pelajar yang mempunyai nilai jati diri sedari kecil lagi. (untuk makluman lanjut, sila rujuk pelan PPIP )Lain-lain22.08.2007
Semasa mengajar komponen sastera pelajar saya sering bertanya mengapa lain buku rujukan lain pula tema dan persoalan sesebuah karya itu, sedangkan mereka mengulas karya yang sama. Persoalnnya, adakan tema dan persoalan sesebuah karya itu tetap atau bergantung pada tafsiran si pembacanya? Minta pandangan, terima kasih.Tema dan persoalan ialah idea atau pemikiran yang timbul yang berkait secara langsung dengan tema yang dikemukakan. Berdasarkan maksud tersebut, berkemungkinan terdapat pelbagai pendapat dan pemikiran tentang hasil sesebuah karya daripada pelbagai buku rujukan, namun pemikiran tersebut pasti berkisar pada tema yang diutarakan dan tidak ada banyak perbezaannnya.Sastera26.04.2012
Bolehkah perkataan facebook diberi imbuhan seperti berfacebook ?Facebook ialah kata nama khas yang mempunyai pelbagai komponen di dalamnya. Dalam bahasa percakapan kata berfacebook antaranya merujuk kepada perbuatan seseorang yang menggunakan komponen facebook untuk bersembang di ruang maya. Walau bagaimanapun dalam situasi rasmi kata berfacebook tidak digunakan dan hendaklah digantikan dengan kata lain untuk merujuk kepada pengaplikasian komponen facebook yang dilakukan. Oleh itu, dalam usaha memartabatkan penggunaan bahasa Melayu kami cadangkan masyarakat menggunakan bahasa yang baku sama ada dalam urusan rasmi ataupun tidak rasmi.Tatabahasa13.12.2010
Apa itu konsep menulis dan komponen-kompenan nya? Terima kasihMenulis ialah proses melahirkan/memindahkan idea/pemikiran seseorang ke atas kertas atau sebarang bahan dalam bentuk tulisan. Komponen penulisan perlu menjawab persoalan asas iaitu- apa, siapa, di mana, bila, bagaimana (what, who, where, when, how - 4W 1H).  Lain-lain14.02.2009
penggunaan perkataan bagi 'masing-masing@respectively' Edisi Bahasa Melayu : Komponen utama menyumbang kepada penurunan ialah Indeks Perusahaan Bursa Malaysia, Import Benar Semi Konduktordan Bilangan Unit Kediaman Diluluskan yang masing-masing mencatatkan negatif0.2%. Edisi Bahasa Inggeris : The main components that contributed to the decrease were Bursa Malaysia industrial Index, Real Imports Of Semi Conductors and Number of Housing Permits Approved which registered negative 0.2% respectively. Perkataan ini samada sesuai digunakan bagi tiga komponen yang mempunyai nilai yang sama seperti ayat diatas atau hanya sesuai digunakan bagi dua komponen sahaja.Perkataan 'masing-masing'boleh digunakan dalam konteks tersebut dan tidak dihadpukan untuk dua komponen sahaja.Tatabahasa20.06.2011
MEMIMPIN PEMIMPIN MUDA ARP Kita seharusnya mengambil contoh dari Badan Operasi Persatuan Belia Cergas Pontian diatas inisiatif mereka dalam mengadakan satu bengkel bagi melahirkan Pemimpin Anugerah yang berkualiti. Bengkel yang diadakan pada 25 dan 26 Oktober 2008 bertujuan membimbing dan melatih pemimpin muda dalam melaksanakan aktiviti Program Anguerah Remaja Perdana Rakan Muda. Bengkel tersebut dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan (ADUN) kawasan Pekan Nenas, YB Tan Lai Soon. Selama 2 hari, para pemimpin telah didedahkan mengenai falsafah program dimana ia merupakan nadi kepada program tersebut dan tidak ketinggalan tentang kefahaman pengendalian teknikal bagi komponen-komponen Kemahiran, Rekreasi Fizikal, Kemasyarakatan dan Penjelajahan Lasak. Bengkel diakhiri dengan penyampaian sijil pertauliahan yang disertakan dengan pin merah yang berbentuk “Burung Dove” melambangkan mereka adalah Pemimpin Anugerah yang telah ditauliahkan.Soalan saudara tidak jelas. Sekian, terima kasih.Lain-lain24.11.2008
apakah perbezaan di antara komsas pra dan pasca tahun 2000?

Saudara,

Memang ada perbezaan antara sebelum dan selepas pelaksanaan KOMSAS, walaupun unsur sastera telah diperkenalkan secara formal dalam mata pelajaran bahasa Melayu dari tingkatan 1 hingga 5, sejak tahun 1987, namun teks sastera tidak dijadikan komponen wajib yang perlu dipelajari oleh semua pelajar,  dan diajar dalam konteks unsur sastera yang asas sehingga keberkesanan dan pelaksanaannya tidaklah mantap seperti yang diharapkan.

Kurikulum bahasa Melayu telah disemak semula dan  seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani maka diperkenalkan  KOMSAS  bermula Mac tahun 2000, secara berperingkat-peringkat bermula tingkatan 1 dan 5 dan diwajibkan kepada semua pelajar bermula tahun 2002. Melalui KOMSAS  mata pelajaran bahasa Melayu mengandungi dua komponen, iaitu komponen bahasa dan komponen sastera. karya-karya sastera yang bermutu dan sesuai dengan tahap pembaca telah dipilih dan dijadikan teks wajib yang perlu dipelajari oleh para pelajar.  KOMSAS lebih berkesan dalam  pengajaran dan pembelajaran ilmu kesusasteraan dan diajar secara sistematik.

Pelaksanaan Kesusasteraan Melayu sebagai komponen wajib dalam mata pelajaran bahasa Malayu juga dapat memberi pendedahan kepada para pelajar tentang aspek-aspek asas dalam memahami genre sastera antaranya:

- mengenal genre cerpen, novel, drama dan prosa tradisional

- mengenal puisi moden dan puisi tradisional

- memahami istilah kesusasteraan bagi karya prosa dan puisi

- memahami binaan dan teknik plot

- menilai dan mengulas mesej, pengajaran, nilai-nilai kemanusiaan, kemasyarakatan dan kebudayaan

- menaakul tema dan pemikiran, mesej dan pengajaran, serta nilai-nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan

- menilai dan mengulas gaya bahasa, unsur bunyi dan nada.

 

Sastera28.05.2011
Saya ingin bertanya ejaan sebenar komponen kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu selepas diakronimkan sama ada KOMSAS ataupun komsas. Terima kasihEjaan yang betul ialah Komsas.Ejaan21.12.2011
Saya ingin mencari semula buku-buku teks komponen sastera yang terdahulu (2000 - 2009). Di mana saya boleh dapatkan buku tersebut? Apa yang terjadi kepada kesemua salinan buku teks di seluruh negara sebaik sahaja buku teks KOMSAS ditukar pada 2010?Dalam hal yang tuan nyatakan ini, kami sarankan tuan merujuk Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut.Lain-lain18.09.2013
1234

Kembali ke atas