Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : persetujuan atau penyelesaian yg berdasarkan tolak ansur atau jalan tengah (antara dua tuntutan yg bertentangan): penyelesaian itu merupakan satu ~ antara pihak majikan dan kesatuan pekerja; berkompromi bersetuju atau mencapai persetujuan (kesepakatan dsb) dgn cara berĀ­tolak ansur (dlm pertikaian dll): pertikaian itu tidak dapat diselesaikan kerana kedua-dua pihak enggan ~; mengkompromikan menyatakan persetuĀ­juan atau kesepakatan dgn unsur lain sehingga mencemarkan prinsip, pegangan hidup: penganut agama Islam dilarang ~ prinsip hidup mereka dgn mana-mana fahaman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kompromi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan persetujuan, penyelesaian, persepakatan, tolak ansur;,
Kata Terbitan : berkompromi,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon berikan perkataan Bahasa Melayu bagi 'Medically Compromised Patient'. Saya sudah semak pesakit berkompromi perubatan. Soalannya bolehkah saya dapatkan terjemahan yang lebih berbahasa Melayu baku tanpa perkataan kompromi? Sekian, terima kasihDalam data kami, perkataan yang sinonim dengan kompromi ialah penyelesaian, persetujuan, persepakatan dan tolak ansur. Kami mencadangkan puan boleh menggunakan penyelesaian bagi maksud kompromi, pesakit penyelesaian perubatan.Istilah13.11.2013
Saya mohon untuk papan tanda dan pada logo ada slogan iaitu "Save Environment Without Compromise". Saya telah terjemahkan kepada "Memelihara Alam Sekitar Tanpa Kompromi" tapi pihak DBP meminta untuk tukar kepada ayat yang lebih baik. Jadi, boleh pihak tuan/puan mencadangkan ayat yang lebih sesuai untuk menggambarkan slogan tersebut. Terima kasih atas bantuan dan pertimbangan.

Terjemahan yang sesuai dengan penggunaan papan tanda/iklan ialah Memelihara Kelestarian Alam Sekitar atau Sayangi Alam Sekitar. Perkataan kompromi tidak sesuai digunakan pada papan tanda/iklan kerana  membawa maksud tindakan yang tegas, tiada tolak ansur dan tiada pengecualian. Ayat pada papan tanda/iklan bertujuan untuk memujuk atau memberikan kesedaran kepada pengguna.
Istilah10.06.2026

Kembali ke atas