Apakah istilah rasmi bagi komputer 'netbook' dan komputer 'ultrabook' dalam Bahasa Malaysia? | Apakah istilah rasmi bagi komputer 'netbook' dan komputer 'ultrabook' dalam Bahasa Malaysia? 'Dalam istilah komputer, 'komputer netbook' ialah komputer buku manakala 'ultrabook' pula ialah 'komputer ultrabuku'. | Istilah | 25.04.2013 |
MINI KOMPUTER ATAU KOMPUTER MINI DAN SEBAB MINI SKIRT DAN SEBAB | KOMPUTER MINI yang betul bukan MINI KOMPUTER. Kita panggil BAS MINI bukan MINI BAS sebab ini pola Inggeris sama dengan MINI SKIRT. Yang betul ialah SKIRT MINI. | Tatabahasa | 18.05.2009 |
komputer mini atau mini komputer | Mengikut Hukum D-M,iaitu yang diterangkan dan yang menerangkan, yang betul ialah komputer mini. | Tatabahasa | 28.07.2007 |
Tukarkan ayat tunggal kepada ayat majmuk. 1) Letakkan komputer riba di atas meja. (atau) Letakkan komputer riba di tempat yang selamat. Jwp: A) Letakkan komputer riba di atas meja atau di tempat yang selamat. B) Letakkan komputer riba di atas meja atau tempat yang selamat. Jawapan yang mana betul. Terima kasih. | Kedua-duanya boleh digunakan tetapi yang gramatis ialah (A) | Tatabahasa | 09.11.2011 |
Tukarkan ayat tunggal kepada ayat majmuk dengan kata hubung yang diberi. 1)Letakkan komputer riba di atas meja. (atau) Letakkan komputer riba di tempat yang selamat. Jawapan: A) Letakkan komputer riba di atas meja atau di tempat yang selamat. B) Letakkan komputer riba di atas meja atau tempat yang selamat. Jwp yang mana satu betul?Terima kasih. | Kedua-duanya boleh digunakan tetapi yang gramatis ialah (A) | Tatabahasa | 09.11.2011 |
Salam sejahtera. BAHAGIAN A 1. Jangankan membeli komputer, mesin taip pun saya tidak mampu. 2. Jangankan membeli komputer, mesin taip pun saya tidak mampu miliki. 3. Jangankan membeli komputer, membeli mesin taip pun saya tidak mampu. 4. Ibu menyimpan pisau ke laci. 5. Ibu menyimpan pisau ke dalam laci. 6. Ibu menyimpan pisau di dalam laci. = Yang manakah ayat yang betul. BAHAGIAN B naik = tidak perlu 'ke atas' turun = tidak perlu 'ke bawah' masuk = tidak perlu 'ke dalam' Adakah pernyataan di atas benar kerana ayat-berikut selalu digunakan; 1. Adik cepat-cepat turun ke bawah rumah setelah dimarahi bapa. 2. Para pemenang diminta naik ke atas pentas untuk menerima hadiah. 3. Kakak masuk ke dalam bilik tidurnya. Terima kasih. | Bahagian A: Ayat yang gramatis ialah jangankan membeli komputer, mesin taip pun saya tidak mampu dan Ibu menyimpan pisau ke dalam laci/ibu menyimpan pisau di dalam laci. Bahagian B naik: Frasa naik ke atas, turun ke bawah dan masuk ke dalam merupakan penggunaan bahasa yang lewah. Walaupun lewah bukanlah suatu kesalahan tetapi penggunaan salah satu daripadanya telah melengkapkan ayat. Dan binaan ayat yang gramatis bebas daripada unsur lewah. | Tatabahasa | 05.09.2012 |
Ayat manakah yang betul? A) Data itu disimpan di dalam komputer. B) Data itu disimpan dalam komputer. | Jawapan yang betul ialah A) Data itu disimpan di dalam komputer. | Lain-lain | 22.12.2010 |
1. Saya ghairah bermain permainan komputer, bagaimana saya dapat menjimatkan tenaga elektrik? 2. Saya ghairah bermain permainan komputer, bagaimana dapat saya jimatkan tenaga elektrik? Ayat manakah yang betul? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Saya ghairah bermain permainan komputer, bagaimana saya dapat menjimatkan tenaga elektrik?".
| Tatabahasa | 22.05.2013 |
Saya ingin mendapatkan kepastian akan penggunaan nama program Matematik dengan Komputer Grafik. Adakah nama "Matematik dengan Komputer Grafik" ini betul atau terdapat sebarang kesalahan penggunaan tatabahasa? Sekian, terima kasih. | Bentuk yang betul ialah Matematik dan Grafik Komputer | Istilah | 22.03.2012 |
Adakah komputer mengubah pemikiran kita? | Pertanyaan ini lebih berbentuk tugasan pelajar dan memerlukan kajian dan penyelidikan yang terperinci. Saudara digalakkan mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber untuk menyelesaikan tugasan kuliah saudara. | Lain-lain | 15.08.2010 |