bagaimana antikomunis dieja.Adakahkah antikomunis, anti komunis atau anti-komunis | Anti- ialah bentuk terikat dan perlu ditulis rapat dengan kata yang mengikutinya. | Tatabahasa | 18.04.2013 |
maksud politburo | Politburo bermaksud (Pol) badan penggubal dasar tertinggi di kebanyakan negara komunis atau dlm parti komunis. | Makna | 22.03.2010 |
bolehkah perkataan 'dakyah' yang membawa maksud kefahamaan digunakan dalam esei? terima kasih. | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, istilah yang betul ialah diayah yang bermaksud penyiaran (penyebaran) sesuatu ideologi (doktrin, pendapat, dsb) utk mendapat sokongan, propaganda: anasir-anasir komunis telah cuba menjadikan isu Islam utk mengembangkan ~ mereka; | Istilah | 01.04.2010 |
Saya merupakan pembaca setia novel lama 'Badan Bertuah' tulisan Ismail Salleh atau nama penanya Ismail Alfalah. Buku terbitan DBP, Kuala Lumpur, Siri Sastera DBP Bil.128. Novel ini merupakan pemenang peraduan novel 10 tahun kemerdekaan Malaysia. Saya amat tertarik dengan daya pemikiran, kebijaksaan dan wawasan penulisnya Ismail Salleh yang digambarkan melalui watak-watak utamanya.Novel ini memaparkan kisah sejarah Tanah Melayu dari zaman penjajahan Inggeris, Jepun, Gerila Komunis, kembali ke Inggeris dan pemerintahan anak bangsa sendiri. Saya mohon bantuan DBP untuk mendapatkan biografi terkini penulis Ismail Salleh. Alamat dan emailnya sekali agar saya dapat berhubungan atau berjumpa dengannya untuk bertukar-tukar pendapat. Ikhlas sebagai menghargai pemikiran luasnya, kebijaksanaannya dan karyanya. Bantuan DBP amat saya hargai dan menanti dengan penuh harapan. Terima Kaseh. | Alamat : 485, Kampung Banggol Kiri, 24000, Kemaman, Terengganu. Saudara boleh melihat keseluruhan biografi dalam buku Biografi Penulis Wajah edisi ke 3 terbitan DBP. atau hubungi Persatuan Penulis Terengganu (PELITA) atau SUK Negeri Terengganu kerana beliau pernah menjadi ADUN Kawasan BUkit BAndi pada tahun 1986 | Lain-lain | 17.03.2008 |
Salam sejahtera, Apakah terjemahan serta maksud bagi ‘the left’ dan ‘the right’ dalam politik? Contoh ayat: In political matters, people talk of ‘the left’ and the ‘the right’. Terima kasih. | Terjemahan yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanpun untuk membantu saudara menterjemah, disenaraikan dapatan daripada sumber kami yang boleh membantu saudara untuk menterjemah frasa yang tersebut. Kamus Inggeris - Melayu Dewan, menterjemahkan perkataan left dan right kepada kiri dan kanan. Dalam Kamus Dewan, perkataan kiri boleh membawa beberapa makna termasuklah kiasan kepada perkara yang kurang baik dan cenderung ke arah fahaman komunis atau sosialis. Manakala kanan boleh juga membawa maksud yang mengikut atau berdasarkan aliran politik yang sederhana. | Tatabahasa | 25.04.2013 |
apakah maksud pincangan? | Perkataan pincangan tiada dalam data kami. Perkataan yang hampir ialah pincang iaitu tempang (kaki atau jalannya), incut; 2. ada kekurangannya (cacatnya dll), tidak seimbang, tidak setimpal, tidak sebagai yang sepatutnya (keadaan dll): manusia terjepit kerana susunan masyarakat yang kucar-kacir dan ~ itu; 3. tidak tetap peraturan jalannya atau bunyinya (enjin kereta, jam, dll); ~-pincung tidak teratur (perjalanannya); memincangkan menyebabkan pincang: beramal tanpa ilmu boleh merosakkan diri dan berilmu tanpa amal akan ~ hidup; kepincangan 1. perihal pincang: sebetulnya ~ ekonomi dan sosial di Eropah menyebabkan separuh negeri di sana condong kpd komunis; 2. keadaan yg tidak seimbang atau tidak sbg yg sepatutnya, kekurangan, cacat cela. | Makna | 01.02.2013 |
Salam sejahtera. Apakah perbezaan huru-hara dan haru-biru dari segi penggunaan? Harap dapat keterangan yang jelas. Terima kasih. | Haru-biru ialah haru-hara, huru-hara, kacau-bilau, porak-peranda, kekalutan, kerusuhan: kota yang dahulunya sangat tenang telah menjadi haru-biru; Mengharu-birukan 1. menimbulkan kerusuhan (kekacauan dan lain-lain), mengelam-kabutkan, mengacau-bilaukan: rusuhan itu telah mengharu-birukan suasana di bandar itu; 2. menyebabkan sangat gelisah (runsing dan sebagainya): yang sangat mengharu-birukan fikirannya ialah perceraian anaknya; masalah itu mengharu-birukan fikirannya; keharu-biruan keadaan haru-biru: keharu-biruan yang berlaku dalam mimpinya itu pasti akan menambah tekanan jiwanya. Huru-hara ialah dalam keadaan tidak tenteram, kacau-bilau: negeri yang aman akan huru-hara akibat hasutan daripada anasir-anasir komunis; 2. dalam keadaan kelam-kabut (tidak keruan dan sebagainya): dia bimbang kalau diisytiharkan pada waktu itu, akan huru-haralah tentera yang berperang di bawah pemerintahannya; 3. bp berjalan dengan tidak tentu tujuan: janganlah huru-hara ke sana ke mari dengan kawan-kawan pada waktu malam; 4. keadaan kacau-bilau: ahli nujum meramalkan bahawa huru-hara akan berlaku di negeri itu dalam tahun 1990-an; | Tatabahasa | 08.07.2013 |