Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kon.fi.gu.ra.si] | کونفيݢوراسي

Definisi : (Kim) susunan atom sesuatu molekul di dlm ruang; ~ elektron susunan elektron di dlm atom; ~ mutlak gambaran terperinci sesuatu molekul, termasuk cara atom-atom tersusun di dlm ruang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kon.fi.gu.ra.si] | کونفيݢوراسي

Definisi : ist 1 susunan atom sesuatu molekul di dlm ruang. 2 cara atau kaedah perkakasan dan perisian komputer dihubungkan, dan dpt berfungsi bersama dlm sistem komputer. ~ elektron susunan elektron di dlm atom. ~ mutlak gambaran terperinci sesuatu molekul, termasuk cara atom-atom tersusun di dlm ruang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata konfigurasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
kofigurasi?Perkataan ini tiada dalam rujukan kami. Mungkin saudara/ saudari salah mengejanya. Perkataan yang hampir dengannya ialah 'konfigurasi' yang merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat bermakna  susunan atom sesuatu molekul di dlm ruang; ~ elektron susunan elektron di dlm atom. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Lain-lain13.10.2008
Salam dan terima kasih kerana sedia membantu. Dalam konteks teknologi maklumat, apakah padanan yang paling sesuai untuk perkataan "configure", contohnya "configure your browser"? Yang mana lebih sesuai: "menyusun pelayar anda", "mengkonfigurasi pelayar anda" atau padanan lain yang lebih sesuai? Bolehkahkah perkataan "mengkonfigurasi" diterima? Saya nampak perkataan ini sering diguna di internet.Padanan istilah “configuration” dalam bidang Teknologi Maklumat ialah konfigurasi. Perkataan konfigurasi juga telah terakam dalam Kamus Pelajar dan Kamus Dewan Edisi Keempat.  Kata terbitan mengkonfigurasi diterima dalam bahasa Melayu.Istilah04.04.2019

Kembali ke atas