Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kon.fron.ta.si] | کونفرونتاسي

Definisi : 1. persemukaan (keadaan saling berhadapan) antara dua orang (pihak, negeri, dll) yg bertentangan (berselisihan, bermu­suhan); 2. pertentangan (permusuhan) secara langsung yg menyebabkan orang atau pihak yg terlibat menghadapi kemungkinan berlaku­nya pergaduhan (peperangan dsb): kerana masing-masing hendak melamar gadis yg sama, timbullah ~ antara kedua-dua pemuda itu; dgn jatuhnya Presiden Soekarno, tamatlah ~ antara Malaysia dan Indonesia; berkonfrontasi 1. saling berhadapan antara dua orang dll yg bertentangan, bersemuka; 2. bermusuhan (bertentangan) secara langsung (yg boleh mencetuskan pergaduhan, peperangan, dsb): masing-masing ~ terhadap yg lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kon.fron.ta.si] | کونفرونتاسي

Definisi : perbuatan memusuhi atau menentang sesuatu pihak; persemukaan antara dua pihak yg bertentangan (bermusuhan). berkonfrontasi bermusuhan (antara dua pihak); bersemuka antara dua pihak yg bertentangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata konfrontasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah istilah Bahasa Melayu yang bersesuaian bagi perkataan Bahasa Inggeris ini? Word: Data confrontation Definition: The process of comparing data that have generally been derived from different surveys or other sources, especially those of various frequencies, in order to assess their coherency and the reasons for any differences identified. Explanation: Data confrontation may also take place between statistics produced in different countries. Such processes may or may not attempt to quantify the impact of any differences identified. Source: https://ec.europa.eu/eurostat/statistics-explained/index.php?title=Glossary:Data_confrontationCadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah data confrontation ialah konfrontasi data. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah06.05.2025

Kembali ke atas