Salam sejahtera. Apakah beberapa bentuk kata terbitan yang muncul daripada kata dasar 'kongsi'? Adakah kata kerja 'mengkongsikan' betul penggunaannya dalam bahasa Melayu, atau ada bentuk yang lain? Terima kasih. | Perkataan kongsi boleh menerbitkan beberapa perkataan yang lain seperti berkongsi, mengongsi dan perkongsian. Mengongsi bermaksud menggunakan atau menduduki bersama-sama. | Tatabahasa | 08.06.2013 |
Salam. Bolehkah saya tahu terjemahan untuk "payment partner" untuk ayat "Ery's payment partner is iPay88"? bolehkah saya guna "rakan kongsi pembayaran" atau "mitra pembayaran"? terima kasih. | Frasa "Rakan kongsi pembayaran" boleh digunakan untuk frasa "payment partner". | Tatabahasa | 19.04.2013 |
Rakan atau rakan-rakan? Contoh : kongsi barangan yang boleh digunakan semula dengan keluarga dan rakan. (atau rakan-rakan?) | Kata 'rakan' sudah memadai, tidak perlu digandakan. | Tatabahasa | 13.04.2011 |
Salam. Boleh pihak DBP menyemak penggunaan Bahasa di bawah? Berbekalkan pengalaman yang luas, pelbagai keupayaan dalam infrastruktur dan penyelenggaraan bangunan, pengurusan kemudahan serta perkhidmatan pembersihan industri - kami membina hari esok anda. Kami merupakan rakan kongsi anda yang boleh dipercayai, amanah serta berdedikasi untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan kami. K; kami juga menawarkan satu portfolio perkhidmatan yang komprehensif merangkumi semua fasa projek untuk semua pelbagai modul perkhidmatan kami. Membina berdasarkan teras kecekapan kami dalam bidang kejuruteraan dan pembinaan, kami amat sistematik dalam mengembangkan perkhidmatan kami untuk menjadi sebuah syarikat yang terkemuka di peringkat global yang berdaya saing dalam perkhidmatan kejuruteraan, pembinaan dan pengurusan yang bersepadu. | Berbekalkan pengalaman yang luas dalam penyelenggaraan bangunan, pengurusan kemudahan serta perkhidmatan pembersihan industri, kami membina hari esok yang lebih gemilang untuk anda. Kami merupakan rakan kongsi anda yang boleh dipercayai, amanah serta berdedikasi untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan kami. Kami juga menawarkan satu portfolio perkhidmatan yang komprehensif merangkumi semua fasa projek untuk pelbagai modul perkhidmatan. Membina berdasarkan teras kecekapan kami dalam bidang kejuruteraan dan pembinaan, kami amat sistematik dalam mengembangkan perkhidmatan kami untuk menjadi sebuah syarikat yang terkemuka di peringkat global yang berdaya saing dalam perkhidmatan kejuruteraan, pembinaan dan pengurusan yang bersepadu. | Tatabahasa | 07.09.2011 |
Salam sejahtera tuan. Peribahasa 'bagai cendawan tumbuh selepas hujan' membawa maksud apa dan biasanya digunakan dalam aspek apa? Bolehkah peribahasa ini digunakan dalam ayat yang berikut ini? - Belakangan ini, kongsi gelap yang terdapat di negara kita boleh dikatakan bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Maklum balas tuan amat dihargai. | Peribahasa "bagai cendawan tumbuh selepas hujan" bermaksud terlalu banyak pada sesuatu masa. Penggunaan peribahasa tersebut dalam ayat adalah betul. | Tatabahasa | 18.07.2013 |
Jika ITD = Information Technology Division bermaksud Bahagian Teknogi Maklumat. Jika IT SSO = IT Shared Services Organization = ??? Kerjasama tuan didahului dengan ucapan terima kasih. | IT SSO diterjemahkan sebagai organisasi perkhidmatan kongsi teknologi maklumat. | Istilah | 06.08.2007 |
Dengan imbuhan kata kerja pasif di-, ber-, ter-, ke-…-an, ter-…-kan, dan ter-…-i. Contoh: 1.Lelaki itu kemalangan. 2.Kelazatan makanan itu tak terkatakan. Bagaimana kita nak tukar jadi ayat aktif. Boleh kongsi jawapan. | 1. Kemalangan menimpa lelaki itu. 2. Makanan itu kelazatan tidak terkata. | Tatabahasa | 29.04.2013 |
Saya ingin kepastian adakah laman web ini http://www.smartebook.net/cgi/member/index.php ada kaitan dengan DBP kerana ada logo DBP dan Karyanet di sana ? Terima kasih. Maklumat ini adalah untuk kepastian syarikat yg menganjur web tersebut tidak memperdaya kami untuk menyertai mereka dengan mengunakan nama DBP. | DBP tidak pernah menjalinkan kerjasama dengan laman web http://www.smartebook.net. Kerjasama ini adalah antara syarikat IGD(rakan kongsi DBP yang membangunkan portal Karyanet) dengan pihak ketiga. Penggunaan logo DBP itu bukan dengan persetujuan DBP. | Lain-lain | 01.08.2007 |
Salam, saya ingin tahu apakah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan perasaan takut apabila melihat pokok-pokok yang tinggi di dalam hutan. Bolehkah perkataan 'gayat' digunakan untuk menggambarkan perasaan itu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, gayat bermaksud takut untuk melihat sesuatu dari atas ke bawah. Tetapi, dalam kes ayat yang saya berikan, perasaan takut itu datang apabila melihat sesuatu yang besar dan tinggi dari bawah. Bolah saudara@saudari jelaskan? Terima kasih. | Tuan/puan boleh menggunakan perkataan "gerun" bagi mengambarkan keadaan di atas. Gerun membawa maksud takut, ngeri, gamang: dia gerun dgn keadaan dlm hutan; ~ gementar takut yg amat sangat: hati mereka ~ gementar kerana mereka yakin akan kembali kpd Tuhan mereka; menggerunkan menimbulkan rasa gerun: peristiwa itu ~, ngeri, dan menakutkan; angkatan tentera yg terkuat, yg dapat ~ musuh; kegerunan perasaan atau keadaan gerun, kengerian, ketakutan: kumpulan kongsi gelap itu benar-benar menimbulkan ~ di kalangan orang awam; penggerun (orang, benda) yg menimbulkan gerun: azimat ~. | Istilah | 23.05.2013 |