| apakah yang dimaksdkan dengan konotatif dan denotatif? | Konotatif menurut pengertian linguistiknya berkaitan dengan atau mempunyai konotasi. Konotasi bermaksud asosiasi atau idea yang dimaksudkan oleh sesuatu perkataan atau ungkapan selain maknanya yang tersirat. Denotatif menurut Kamus Dewan pula berkaitan dengan denotasi. Denotasi bermaksud makna eksplisit sesuatu perkataan, atau lawan konotasi. Pengertian kedua untuk kata ini ialah hubungan semantik antara satuan bahasadengan benda, simbol dan lain-lain. | Tatabahasa | 21.03.2007 |
| Apakah yang dimaksudkan dengan konotatif? | Konotatif menurut pengertian linguistiknya berkaitan dengan atau mempunyai konotasi. Konotasi bermaksud asosiasi atau idea yang dimaksudkan oleh sesuatu perkataan atau ungkapan selain maknanya yang tersirat. | Tatabahasa | 13.10.2013 |
| Apakah maksud denotasi dan konotasi serta perbezaannya? | Denotasi ialah makna eksplisit sesuatu perkataan, lwn konotasi; 2. hubungan semantik antara satuan bahasa dgn benda (simbol dll). Konotasi pula ialah asosiasi atau idea yg dimaksudkan oleh sesuatu perkataan atau ungkapan selain maknanya yg tersurat: erti istilah perlulah tepat dan tidak boleh mempunyai ~ buruk; berkonotasi mempunyai konotasi, ada konotasinya. | Tatabahasa | 04.04.2010 |
| apakah konotasi untuk leksikal 'besar'? | Léksikal (Lin) bkn perkataan atau perbendaharaan kata sesuatu bahasa; makna sesuatu perkataan itu sendiri (tanpa melihat penggunaannya dlm ayat dsb). T.kasih. | Makna | 11.08.2008 |
| maksud lestikal, konotasi, denotasi, kolokasi, polisemi, humonim, implisit, eksplisit dan semantik | Menurut Kamus Dewan, leksikal bermaksud bkn perkataan atau perbendaharaan kata sesuatu bahasa. Contoh ayat : Makna leksikal merupakan makna sesuatu perkataan itu sendiri (tanpa melihat penggunaannya dlm ayat dsb). Konotasi pula merupakan asosiasi atau idea yg dimaksudkan oleh sesuatu perkataan atau ungkapan selain maknanya yg tersurat. Denotasi pula ditakrifkan sebagai makna eksplisit sesuatu perkataan, lwn konotasi. Pengertian kedua untuk denotasi ialah hubungan semantik antara satuan bahasa dgn benda (simbol dll). Kolokasi - hubungan kedudukan atau kewujudan antara satu perkataan dgn yg lain dlm satu susunan (mis dlm ayat). Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat lanjut berkaitan pengertian kata yang dikemukakan, mohon agar saudara membuat rujukan pada Buku Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Makna | 07.10.2007 |
| Apakah perbezaan antara perilaku negatif dalam peribahasa melayu dengan konotasi negatif dalam peribahasa melayu? Adakah mempunyai persamaan atau semata perbezaan kepada kedua-dua pemaknaan frasa tersebut? | Perilaku ialah segala perbuatan atau reaksi seseorang terhadap sesuatu rangsangan, tindakan dan sebagainya yang menggambarkan sikap individu tersebut, konotasi ialah idea yang dimaksudkan oleh sesuatu perkataan atau ungkapan selain maknanya yang tersurat dan negatif bermaksud sesuatu yang cenderung membawa kesan atau pengaruh yang tidak elok. Peribahasa Melayu pula telah dipraktikkan sebagai medium komunikasi untuk menyampaikan hasrat dan maksud tertentu. Untuk mendapatlan maklumat tentang perbezaan antara perilaku negatif dengan konotasi negatif dalam peribahasa Melayu, sila rujuk kajian dan makalah yang yang berkaitan. | Tatabahasa | 27.08.2024 |
| DEFINISI BAGI LESIKAL,KONOTASI,DENOTASI,KOLOKASI,POLISEMI,HOMONIM,KETAKSAMAAN,IMPLISIT,EKSPLISIT,SEMANTIK LINGUISTIK,SINONIM,MAKNA LITERAL | Menurut Kamus Dewan, leksikal - (Lin) bkn perkataan atau perbendaharaan kata sesuatu bahasa, atau (makna leksikal makna sesuatu perkataan itu sendiri (tanpa melihat penggunaannya dlm ayat dsb). Konotasi pula bermaksud asosiasi atau idea yg dimaksudkan oleh sesuatu perkataan atau ungkapan selain maknanya yg tersurat. Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat lebih terperinci berkaitan perkara di atas, saudara boleh membuat rujukan pada Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Makna | 06.08.2007 |
| adakah perkataan anasir hanya digunakan untuk konotasi negatif sahaja? boleh ke guna istilah anasir untuk ganti elemen/prinsip spt anasir islam dalam pemakanan? | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana (2020), perkataan anasir mempunyai empat makna. Makna pertama, fahaman, perbuatan dan sebagainya yang tidak diterima oleh masyarakat pada keseluruhannya. Makna kedua, unsur atau faktor yang mempengaruhi sesuatu, manakala makna ketiga ialah zat yang empat, iaitu air, api, tanah dan angin yang dipercayai menjadi asas segala yang wujud di seluruh alam. Makna keempat, segala yang terdapat di dunia. Walau bagaimanapun, penggunaan anasir bagi ayat ...anasir Islam dalam pemakanan adalah kurang tepat kerana berdasarkan kaedah penyusunan kamus, makna sesuatu perkataan disusun mengikut kekerapan penggunaan. Oleh itu, secara umumnya, makna anasir lebih kepada maksud negatif (makna pertama). | Makna | 07.10.2025 |
| SLM, SAYA INGIN BERTANYA TENTANG PERBEZAAN ANTARA KINAYAH DAN KONOTASI DALAM BALAGHAH, TIME KASIH. | Kinayah bermaksud contoh yang tersembunyi pengertian atau maksudnya, yang dapat difahami tanpa keterangan lain. Untuk mendapatkan maklumat perinci termasuklah perbezaan antara kinayah dengan aspek lain dalam bahasa Arab, sila rujuk buku yang berkaitan. | Makna | 24.07.2010 |
| Saya ingin tahu sekiranya terdapat sebarang makna bagi perkataan 'Latisa' dan adakah terdapat sebarang konotasi negatif terhadap perkataan ini atau maksudnya di dalam mana-mana bahasa? | Perkataan "latisa" tidak terdapat dalam bahasa Melayu. DBP tidak mempunyai maklumat sama ada perkataan ini mempunyai makna yang negatif dalam bahasa lain. | Istilah | 07.12.2016 |