Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kon.sén.sus] | کونسينس

Definisi : (konsénsus) persetujuan bersama (umum) terhadap sesuatu perkara, kesepa­katan pendirian, permuafakatan: namun demikian, semakin banyak ia dibincangkan dan didebatkan maka yg lahir bukanlah ~ tetapi sebaliknya konflik; pihak penganjur telah memberikan ~ mereka terhadap penggunaan segala kemudahan yg disediakan itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata konsensus


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud konsensus?Makna konsensus ialah persetujuan bersama (umum) terhadap sesuatu perkara, kesepakatan pendirian, permuafakatan (rujuk Kamus Dewan)Makna25.03.2007
Retorik merupakan penggunaan atau keupayaan menggunakan bahasa secara efektif. Kajian retorik merupakan satu kajian subliguistik dalam bahasa melayu. Soalan, berapa banyak teori retorik yang ada? yang saya ketahui dua, teori retorik klasik aristotle dan teori retorik moden enos dan brown? boleh terangkan teori retorik yang lain? terima kasih.
Teori-teori retorik melibatkan pelbagai pendekatan untuk memahami cara komunikasi digunakan untuk mempengaruhi pendengar. Teori klasik seperti yang dibincangkan oleh Aristotle memfokuskan tiga elemen utama: ethos (kredibiliti pembicara), pathos (emosi pendengar), dan logos (logik hujah). Teori retorik yang diperkenalkan oleh Chaim Perelman, menekankan pembentukan konsensus antara pembicara dan pendengar. Kenneth Burke, melalui konsep "identifikasi," melihat retorik sebagai cara untuk membentuk hubungan sosial dan identiti. Selain itu, teori kritikal mengkaji bagaimana retorik digunakan dalam konteks sosial seperti ras dan agama. Untuk bacaan lanjut, buku-buku berikut boleh dijadikan rujukan:
  1. Rhetoric oleh Aristotle – asas teori retorik klasik.
  2. The New Rhetoric: A Treatise on Argumentation - Chaim Perelman & Lucie Olbrechts-Tyteca – teori argumentasi moden.
  3. A Rhetoric of Motives oleh Kenneth Burke –  identifikasi dalam retorik.
  4. Rhetoric in Popular Culture oleh Barry Brummett – aplikasi retorik dalam media dan budaya popular.
  5. Rhetorical Criticism: Exploration and Practice oleh Sonja K. Foss – panduan dalam menganalisis wacana dan teks retorik.
Sekian, terima kasih.
Lain-lain13.11.2024

Kembali ke atas