Puan,bolehkah saya tanya “mempengaruhi konsep kendiri”betul atau “mempengaruhi konsep sendiri”?Bolehkah memberi penjelaskan dan sebab-sebab memilih rangkaian kata itu? | Ayat mempengaruhi konsep kendiri adalah betul bergantung pada konteks dan penggunaanya dalam ayat. Berdasarkan Kamus Dewan Keempat, kendiri bermaksud sendiri; kekendirian keadaan atau sifat kendiri; kediri. Dalam data rujukan kami juga, terdapat istilah konsep kendiri dalam bidang psikologi dan komunikasi. Konsep kendiri dalam bidang psikologi ialah pengamatan individu terhadap trait personaliti diri mereka sendiri. Konsep ini mempunyai semua idea, pengamatan dan perasaan tentang siapa sebenarnya seseorang itu. Contohnya, individu menganggap atau menyatakan bahawa dirinya seorang yang segak, rajin bekerja atau mudah bergaul. Untuk maklumat lanjut, puan boleh merujuk pautan berikut konsep+kendiri">https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=konsep+kendiri | Tatabahasa | 15.07.2021 |
Konsep ayat aktif kepada ayat pasif. Soalan : Pihak bomba telah berjaya memadamkan kebakaran di rumah itu. Jawapan yang manakah paling tepat? Jawapan 1 : Kebakaran di rumah itu telah berjaya dipadamkan oleh pihak bomba. Jawapan 2 : Kebakaran telah berjaya dipadamkan oleh pihak bomba di rumah itu. | Jawapan yang lebih tepat ialah "Kebakaran di rumah itu telah berjaya dipadamkan oleh pihak bomba" | Tatabahasa | 23.02.2023 |
Dalam konsep qazaf, ada beberapa pendapat bercanggah dalam memberi makna qazaf tersebut. Versi pertama, qazaf bermaksud menuduh perempuan suci berzina (berdasarkan buku teks pendidikan islam kssm tingkatan 5). Versi kedua, menuduh perempuan solehah/baik berzina(melalui enjin carian Google). Adakah kedua-dua versi ini membawa kepada makna yang sama? | Khidmat Nasihat DBP tidak dapat menentukan takrif yang paling tepat antara kedua-dua sumber yang diberikan. Walau bagaimanapun, berdasarkan himpunan fatwa yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, qazaf dari segi istilah ialah tuduhan berzina pada tempat celaan dan mengaibkan (Mukhtar al-Sihah), dan sebahagian ulama lagi mendefinisikan qazaf sebagai menuduh seseorang melakukan zina, liwat atau menafikan nasab.
| Tatabahasa | 16.04.2022 |
Apakah konsep kepada pelan pensampelan? | Mohon berikan tentang persoalan bahasa Melayu agar pihak kami dapat berikan jawapan yang diperlukan. | Lain-lain | 25.11.2021 |
Apa beza konsep "Cerita Peribahasa Kanak-Kanak" dgn "Peribahasa dalam cerita kanak-kanak"? | Untuk makluman, "Cerita Peribahasa Kanak-kanak" menerangkan tentang peribahasa yang digunakan dalam buku tersebut. "Peribahasa dalam cerita kanak-kanak" pula lebih kepada persembahan penceritaan. Misalnya sebagai perbandingan atau perumpamaan dalam cerita. Bagi penjelasan lebih lanjut, tuan boleh menghubungi pegawai Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja melalui talian utama DBP, iaitu 03-2147 9000. | Sastera | 16.01.2025 |
Adakah ayat untuk subtajuk ini betul? -Mengintegrasikan universiti ke dalam konsep masyarakat madani | Ayat yang betul ialah “Mengintegrasikan universiti dalam konsep masyarakat madani.” | Lain-lain | 18.02.2024 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bagaimanakah untuk membezakan penggunaan "bawah" dan "di bawah"? Adakah konsep "ada ruang/tiada ruang/abstrak" boleh digunakan untuk membezakan dua perkataan ini? Terima kasih. | Konsep “ada ruang/tiada ruang/abstrak" memang boleh digunakan untuk membezakan perkataan bawah dan di bawah. Perbezaan dua perkataan ini boleh dilihat dengan contoh-contoh ayat yang berikut: 1. Ayah berehat di bawah pokok jambu. 2. Mimpi selalunya dikaitkan dengan perasaan bawah sedar.
| Tatabahasa | 19.12.2024 |
Apakah terjemahan sesuai untuk "trustor" iaitu entiti yang mencipta dan membuka amanah. | Sekiranya bersesuaian dengan konsep penulisan tuan, kami mencadangkan padanan trustor dengan "pemberi amanah". Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Lain-lain | 06.09.2021 |
Break the Bias Translate ke bahasa : Hapuskan Stereotaip | Padanan bahasa Melayu untuk break the bias ialah "hapuskan kecenderungan terhadap sesuatu". Jelaskan konsep atau makna frasa kerana padanan perkataan bergantung pada kesesuaian mengikut laras bahasa atau konsep penggunaan dalam sesuatu bidang. | Makna | 22.12.2021 |
Salam, Apakah terjemahan Bahasa Malaysia yang setara untuk konsep "presenteeism", seperti dalam konteks penggunaan di bawah? Presenteeism is the act of employees showing up for work despite being ill. Terima kasih. | Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut: presenteeism - bekerja ketika sakit Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 04.07.2021 |