Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kon.sép.tual] | کونسيڤتوال

Definisi : (konséptual) berkaitan dgn (mengenai) konsep, berasaskan konsep: para penonton juga dapat mengkaji persamaan dan perbezaan dlm idea-idea ~ serta gaya olahannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata konseptual


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah defini konseptual dan operasional
  •  Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ke-4, konséptual   berkaitan dgn (mengenai) konsep, berasaskan konsep: para penonton juga dapat mengkaji persamaan dan perbezaan dlm idea-idea ~ serta gaya olahannya. manakala operasioanl 1. berkaitan dgn operasi: strategi dan program yg ~; 2. berkeadaan baik dan sedia utk digunakan.
  • Makna10.01.2008
    apakah istilah bahasa melayu bagi conceptual framework.Untuk makluman tidak terdapat istilah bahasa yang khusus untuk "conceptual framework". Walau bagaimanapun, terdapat istilah bahasa Melayu untuk "conceptual", iaitu konseptual atau konsep. Istilah untuk "framework" pula ialah kerangka atau rangka. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah kerangka konseptual.Istilah12.03.2013
    apakah yang dimaksudkan dengan badan berkanun. adakah maksud secara literal ataupun konseptual mengikut persepsi masa kini?

    Berdasarkan Kamus Pelajar Edisi Kedua, badan berkanun ialah jabatan kerajaan yang dibentuk mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri. Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan salah satu contoh badan berkanun.   

    Makna26.12.2009
    apakah yang dimaksudkan dengan "pengaruh iklan dan pemasaran terhadap diet dan pemakanan kanak-kanak" dari segi hurufiah dan konseptual....

    Apa yang boleh kami bantu ialah menakrifkan kata demi kata (merujuk Kamus Dewan), iaitu: pengaruh = kuasa yg terbit drpd orang (benda dll) atas orang (benda dll) lain, kekuatan batin (ghaib dll) yg meninggalkan kesan pd orang (lain) dll; iklan = pemberitahuan kpd orang ramai melalui surat khabar, TV, radio, dll; pemasaran = perihal atau perbuatan memperdagangkan; terhadap = berkenaan, mengenai, tentang; diet = 1. makanan dan minuman yg biasanya diambil oleh sesuatu kumpulan, seseorang individu, atau seseekor binatang; 2. jenis dan banyaknya makanan yg ditetapkan utk seseorang atau seseekor binatang utk tujuan tertentu (spt mengawal berat badan dll); pemakanan = 1. jenis-jenis makanan yg lazimnya dimakan atau ditentukan utk dimakan, pilihan jenis-jenis makanan seseorang dll 2. perbuatan (proses) makan; kanak-kanak =  budak lelaki atau perempuan yg masih kecil (biasanya yg belum berumur lebih drpd 7 atau 8 tahun). Untuk maksud keseluruhan frasa sila rujuk artikel atau buku yang ditulis tentang perkara tersebut.

    Makna02.07.2008

    Kembali ke atas