Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kon.set] | کونسرت

Definisi : persembahan muzik oleh penyanyi atau pemain muzik di hadapan penonton: malam itu kami mendengar ~ karya Beethoven di Palais de Chaillot. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kon.set] | کونسرت

Definisi : pertunjukan atau persembahan muzik (nyanyian dsb) di khalayak ramai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata konsert


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
kami akan mengadakan konsert untuk meraikan keputeraan tuanku raja perlis. di sini, kami ingin meminta pandangan pihak tuan/puan berhubung nama untuk konsert ini. nama yang dipilih adalah " KONSERT DIRGAHAYU MUSTIKA TARI" @ "KONSERT PERDANA MUSTIKA TARI". mohon pandangan pihak tuan. terima kasihKOnsert Perdana Mustika Tari lebih sesuai. Perkataan dirgahayu digunakan untuk ucapan sempena keputeraan.  Tatabahasa25.03.2008
selamat pagi, saya ingin bertanya yang mana satukah betul..banyak memberi cenderamata atau memberi banyak cenderamata? satu konsert atau sebuah konsert? bolehkah encik jelaskan sebab penggunaannya? terima kasih

Penggunaan yang betul ialah memberi banyak cenderamata dan satu konsert. Banyak ialah kata bilangan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama dan hadir sebelum frasa nama tersebut.

Tatabahasa18.02.2011
Adakah ayat berikut betul atau tidak? Para penonton yang menyaksikan konsert tersebut terpukau oleh kelunakan suara penyanyi yang beruara emas itu.Ayat yang betul ialah Para penonton yang menyaksikan konsert tersebut terpukau oleh kelunakan suara penyanyi itu.Tatabahasa08.08.2010
apakah yang dimaksudkan dengan muzika tari?Kata muzika tari  tidak membawa apa-apa makna cuma sebagai nama yang saudara berikan kepada acara yang hendak diadakan. dengan demikian adalah lebih baik digunakan Konsert Perdana sahaja keran aperkataan konsert sudah membawa makna hiburan yang dipenuhi dengan persembahan muzik.  Makna25.03.2008

Kembali ke atas