Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata konsistensi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Hi min nak tanya, yang betul konsistensi atau kekonsistenan? Ke sama je dua tu? Mohon penjelasan terima kasih.

Kedua-dua perkataan ini betul apabila digunakan mengikut konteks dan konsep penggunaan.

Konsistensi bermaksud tetap berpegang pada pendirian, pendapat dan sebagainya yang sama; tekal. Contoh ayat: Ayob begitu konsisten ketika dia menyampaikan dakwaannya. Rujuk Kamus Dewan Perdana, (DBP, 2021), halaman 1149.

Kekonsistenan bermaksud hal atau keadaan yang konsisten, ketekalan. Contoh ayat: Ketekunan dan kekonsistenan ketika melakukan sesuatu pekerjaan adalah antara kunci untuk meraih kejayaan. Rujuk Kamus Dewan Perdana, (DBP, 2021), halaman 1149.

Makna10.08.2024
Garis panduan ini adalah bertujuan untuk mewujudkan keseragaman dan konsistensi cara berpakaian dan penampilan diri bagi melahirkan imej korporat IKIM. soalannya: bolehkah letak adalah pada baris pertama di atas.Sering berlaku kekeliruan antara penggunaan kata pemeri ialah dan adalah. Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala adalah    yang menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Selain itu  pengguna bahasa Melayu cenderung untuk menggunakan pemeri   adalah + kata kerja contohnya; ...adalah berasaskan.. / ...adalah bertujuan.../ adalah merupakan... dan sebagainya. Ayat  "Garis panduan ini adalah bertujuan untuk mewujudkan keseragaman dan konsistensi ... Ayat di atas dikategorikan sebagai ayat yang salah kerana tanpa kata adalah, ayat tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa. kata adalah sebelum kata kerja berkenaan tidak membawa sebarang maksud atau fungsi tatabahasa sama ada berfungsi sebagai penegas atau seumpama dengannya. Ayat yang betul ialah:
1. Garis panduan ini adalah  untuk mewujudkan keseragaman dan konsistensi cara berpakaian ..,
2. Garis panduan ini bertujuan untuk mewujudkan keseragaman dan konsistensi cara berpakaian ...
Tatabahasa27.07.2017
Frasa “Isi Kemeriahan” merupakan kesinambungan daripada kempen sedia ada yang menggunakan struktur “Isi + kata nama” seperti Isi Minyak dan Isi Ganjaran. Dalam kempen ini, ia digunakan secara metafora untuk menggambarkan pengisian pengalaman perayaan yang meriah dan mudah difahami oleh khalayak. Penggunaan frasa ini mengekalkan konsistensi bahasa dan identiti kempen tanpa menjejaskan kejelasan mesej.

Frasa “Isi Kemeriahan” tidak sesuai digunakan dalam konteks kandungan iklan tersebut. Perkataan “isi” bermaksud kandungan, manakala “kemeriahan” membawa maksud perihal sesuatu yang meriah. Perkataan “kemeriahan” apabila digandingkan dengan kata kerja “isi” tidak sesuai dan tiada makna yang boleh dikaitkan dengan konteks iklan tersebut. Sehubungan dengan itu, kami mencadangkan tuan/puan untuk menggunakan frasa lain yang lebih jelas maknanya, seperti “Nikmati Kemeriahan” atau “Alami Kemeriahan”. Kami mencadangkan pembetulan, seperti yang berikut:

“Nikmati kemeriahan, ini barulah Mesra!”

“Alami kemeriahan, inilah dikatakan Mesra!”

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), halaman 842 dan 1455.

Lain-lain15.12.2025

Kembali ke atas