Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kons.ti.tuen] | کونستيتوئن

Definisi : (Lin) unsur bahasa yg merupakan satu juzuk (bahagian) drpd satuan bahasa yg lebih besar: satu atau beberapa perkataan yg berfungsi sbg satu ~ dlm binaan ayat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata konstituen


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
binaan ayat tunggal?Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja, iaitu yang mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Oleh yang demikian, ayat-ayat tunggal seperti ayat-ayat jenis lain juga terbit daripada ayat dasar. Untuk maklumat lanjut, Saudara boleh merujuk Tatabahasa Dewan muka surat 420.Tatabahasa12.02.2007
Apa beza ayat penyata dengan ayat tunggal?Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan. Contoh : Dia wartawan.  Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa, iaitu yang mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Contoh : Ayah Ali peguam. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Keempat, Bab 16 dan 17.Makna23.07.2008
Selamat Petang, Apakah 4 struktur frasa prediket dalam Bahsa Melayu.

Predikat ialah konstituen dalam ayat yang menerangkan subjek,; dalam bahasa Melayu konstituen predikat terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Tatabahasa17.08.2009
apakah beza ayat dasar dengan ayat tunggal

Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa.

Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja, iaitu yang mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat.

Tatabahasa01.06.2011
Apakah perbezaan ayat tunggal dengan ayat dasar? adakah ayat tunggal itu ialah ayat yang sudah mengalami proses transformasi?Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja, iaitu yang mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Ayat dasar adakalanya disebut ayat inti dan daripada ayat dasar ini kits dapat membina ayat-ayat lain yang lebih panjang. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 344.Tatabahasa29.05.2011
huraian mengenai frasa nama dan frasa kerjaFrasa nama ialah frasa yang perkataan utamanya terdiri daripada kata nama, kata nama terbitan atau kata ganti nama. Frasa nama ialah satu daripada konstituen utama dalam binaan ayat. Frasa kerja ialah sekumpulan perkataan yang perkataan utamanya terdiri daripada kata kerja. Frasa kerja ialah satu daripada konstituen utama dalam binaan ayat. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.Istilah01.02.2009
Merujuk kepada soalan saya yang sebelum ini, boleh tak tuan/puan terangkan bagaimana ayat yg pertama boleh menjadi ayat tunggal sedangkan ada perkataan untuk. Manakala bagaimana pula ayat kedua boleh menjadi ayat majmuk? Bagaimana cara saya hendak menerangkan kepada murid agar mereka faham?Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja, iaitu yang mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat.

 Ayat "Aktiviti fizikal ini dilakukan untuk pelbagai tujuan." merupakan ayat tunggal kerana mempunyai satu subjek  dan satu predikat iaitu Aktiviti ini sebagai subjek (FN)  manakala predikat ...dilakukan untuk pelbagai tujuan (FK). Predikat terdiri daripada kata kerja "dilakukan" manakala "untuk pelbagai tujuan"  berfungsi sebagai keterangan.

Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 486 untuk memahami dengan lebih lanjut mengenai ayat tunggal.
Tatabahasa19.05.2013
assalamualaikum..... apakah fungsi klausa dn frasa melalui bukti yang kukuhKlausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat, yang berfungsi sebagai konstituen kepada ayat. Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Untuk lebih jelas, anda boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 431 – 436.Tatabahasa28.07.2018
Saya Usman ingin bertanya klausa itu termasuk dalam bahagian apa?Klausa ialah unit yang merupakan rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat yang menjadi konstituen atau bahagian kepada ayat.Tatabahasa30.09.2015
Assalamualaikum saya Aeshah Maerah belajar Bahasa Melayu Dasar ingin pertanya tentang apakah perbezaan klausa dengan frasa
Klausa ialah unit yang merupakan rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat yang menjadi konstituen atau bahagian. Frasa ialah kumpulan kata yang membentuk unit sintaksis sesuatu klausa.
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat frasa ialah kumpulan kata yang membentuk unit sintaksis sesuatu klausa yang dapat bertugas sebagai subjek atau predikat atau objek dalam sesuatu ayat. Frasa bahasa Melayu ialah frasa nama,frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi.  Untuk lebih jelas, puan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa10.09.2015
123

Kembali ke atas