maksud kontak-kontak sosial dari aspek pengurusan kerja sosial | Sila rujuk bahan Ini : Kontrak sosial asas penting perpaduan kaum" [Diwawancara oleh Radzi Ismail] Liow Tiong Lai Dewan Masyarakat 01/10/2005 Terperinci Ekonomi unsur penting kontrak sosial A. Kadir Jasin Dewan Masyarakat 01/10/2005 Terperinci Kontrak sosial antara kaum di Malaysia Hassan Ahmad Dewan Budaya 01/04/2004 Terperinci Kontrak sosial eratkan perpaduan Ibrahim Musing Dewan Siswa Petualang kontrak sosial H.M. Jajuli Dewan Budaya 01/12/2006 Pengurusan sebagai fungsi sosial dan seni yang liberal Drucker, Peter F Dewan Ekonomi 01/07/1997 Terperinci | Lain-lain | 07.09.2007 |
maksud komunikasi non verbal dan komunikasi verbal? | Komunikasi verbal : komunikasi secara lisan (bercakap, berdialog, berbual, dsb.) Komunikasi non-verbal: komunikasi bukan secara lisan, bukan ujaran (bahasa isyarat, bahasa tubuh, kontak mata, penggunaan objek, dsb.) | Makna | 20.08.2009 |
Najib Noorashid Ubd THURS 17:42 Assalamualaikum dan selamat petang, Saya Najib Noorashid, seorang graduan lepasan ijazah dari Universiti Brunei Darussalam, ingin menemubual mantan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, Yang Berbahagia Datuk Dr Awang Sariyan, sebagai sebahagian dari tesis pengajian kedoktoran saya. Namun, saya gagal memperolehi kontak e-mel atau telefon beliau. Bolehkah saya mendapatkannya melalui pihak Tuan/Puan di Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia? Kerjasama anda sangat-sangatlah dihargai. Terima kasih Tuan/Puan. | Tuan boleh menghubungi melalui Facebook beliau iaitu Awang Sarian | Lain-lain | 23.02.2017 |
sila betulkan ayat-ayat berikut besertapenerangannya. 1. Bercakap tentang kebudayaan, kata kebudayaan itu sendiri perlu ditakrifkan dahulu. 2. Akibat kurangnya pengetahuan agama, banyak belia yang tersesat. 3. Bahasa Inggeris adalah bahasa pertuturan antarabangsa.Oleh itu tidak hairanlah di kota-kota banyak digunakan. | 1. Ayat yang dikemukakan ayat lisan. Dalam kontak ayat lisan, ayat ini betul. 2. Ayat ini betul. kata banyak merujuk kepada kata bilangan. 3. Bahasa Inggeris (ialah) bahasa pertuturan antarabangsa... | Tatabahasa | 29.09.2011 |